Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

KARNIVAL 1001 RASA SATE DI STADIUM KAJANG

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi ini hampir saja terlepas Subuh. Terima kasih kepada suami yang menelefon demi mengejutkan saya untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah. Usai solat, saya bancuh kopi jenama Power Root yang sudah lama saya tidak beli dan minum. Sambil minum kopi, sambil membaca status rakan-rakan Facebook. Tangan pula menggagau meletakkan cawan kopi. Tiba-tiba terasa hangat seluruh kain yang dipakai. Allah! Tumpah pula air dek kerana tidak melihat ke mana diletakkan cawan tadi. Leka sangat membaca. Sebenarnya rasa malas mandi pagi. Akhirnya kena mandi kopi. Aduhai diri. Disiplin itu kan penting. Ibu saya memasak sarapan untuk kami 5 beradik, 1 menantu dan 4 cucu lelakinya. Seorang lagi adik saya tidak kelihatan. Tidur di rumah satu lagi. Menu sarapan ringkas dan menu tengahari juga dimasaknya. Nasi goreng biasa dan ayam goreng berempah.  Usai membersihkan diri, saya memandikan anak-anak pula. Se

BERKUNJUNG KE RUMAH KELUARGA DI KAJANG

Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih mampu menghirup udara bersih pemberian Allah s.w.t yang percuma ini. Pagi ini suami bersiap pergi ke Sik, Kedah pula. Tengah pagi tadi dia menghantar mesej. Malam tadi dia hanya berkesempatan tidur beberapa jam saja kerana majlis makan malam yang dihadiri pegawai atasan lewat habis. Jam 2 pagi baru dia sampai rumah. Entah bila dia mengemas begnya, saya tidak perasan. Aleef bangun awal pagi ini. Sempatlah mengiring ayahnya ke pintu. Kelihatan tidak puas suami meluangkan masa bersama keluarga. Dipeluk erat, dicium sepuasnya. Harga pengorbanan masa ini terlalu besar. Moga Allah memberkati dan melindungi kami. Selepas bersalaman dengan suami dan mengiringnya ke pintu, merestui dan mendoakannya ke tempat kerja, saya mandikan Aleef. Selesai memakaikannya pakaian, saya bancuhkan susu untuk Akif. Aleef saya tinggalkan di dalam kerusi rodanya sementara saya membasuh pinggan dan ku

30 KEMUNGKINAN ANDA BAKAL USAHAWAN

Teks: Dr. Azizan Osman Sumber: Dr. Azizan Osman Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan. 1.  Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri. 2. Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindakan ke atasnya. 3. Anda yakin pada diri sendiri. Adakah anda p

AKTIVITI BIASA SAMBIL CURI MASA BERBLOG

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini suami perlu lebih awal ke tempat kerja. Sebelum jam 6.30 pagi dia perlu berada di sana untuk menjemput pegawai atasan. Aktiviti hari ini bermula lewat sedikit. Mungkin kerana cuaca yang nampak 'malas'. Anak-anak masih sedap tidur. Saya ambil peluang mengemas apa perlu dan menyediakan sarapan. Saya menjeling lubang tikus di siling. Nampaknya suami saya berjaya selesaikan masalah siling berlubang itu. Disumbatnya pembaris plastik yang tebal untuk sementara waktu. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu risau lagi tikus menggigit wayar telefon kami. Cuma tikus masih masuk melalui ruang udara di bawah pintu pula. Sabar sajalah. Waktu saya sedang minum dan bersarapan, Akif datang sambil menggosok mata dan menyatakan dia haus. Saya berikan air dan dia duduk di sebelah saya sambil menonton kartun di TV2. Saya bangun dan mengambil Aleef pula yang sudah merengek. Selesai mandikan

5 KESILAPAN BISNES SAMBILAN DI RUMAH

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: usahawan.com Bekerja di rumah sangat memerlukan disiplin tinggi. Mari baca 5 kesilapan yang sering berlaku apabila berbisnes di rumah. 1- SAMBIL LEWA. Melakukan bisnes sambil lewa. Tidak mengawasi panggilan telefon, whatsapp, sms dan lain-lain kerana tidak menumpukan perhatian. Anda mungkin kehilangan pelanggan berharga anda. Sekiranya ada panggilan tidak berjawab, hubungi semula dengan segera. 2- BANYAK HABISKAN MASA PERKARA TIDAK PENTING. Membelek Facebook berjam-jam, tetapi tiada hasil. Sediakan pelan perniagaan yang mantap. Jangka panjang dan pendek. Laksanakan segera. Cari peluang dan ruang baru untuk tembus pasaran. 3- TIADA PERSEDIAAN RAPI. Jangan sambil lewa. Ada yang hanya memuatnaik iklan Facebook sambil baring-baring atas tilam. Anda silap. Sepatutnya sediakan satu ruangan khas di rumah anda, sediakan tempat display yang menarik, meja kerusi bekerja yang lengkap dengan komputer dan pencetak serta sediakan internet. Jika

10 TIPS MENARIK MINAT ANAK MEMBACA, TANPA DIPAKSA!

Imej
Teks: Ziadah ZainalAbidin Foto: Ziadah Zainal Abidin Sumber: saatakukaupilih.blogspot.com TIPS 1: PENDEDAHAN AWAL °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Awal itu bermaksud dari saat anak berada dalam kandungan lagi. Dalam Islam juga telah ditekankan mengenai pentingnya ibu yang hamil untuk membaca al-Quran. Ibu yang hamil juga digalakkan membaca bahan-bahan ilmiah dan berbual dengan anak di dalam kandungan. Deria pertama yang terbentuk semasa anak dalam kandungan ialah deria pendengaran. Percaya atau tiadak, ini bermakna bayi mampu mendengar ibunya membaca, mengaji dan menyanyi untuknya. Jadi, bacakanlah dengan jelas dan kuat. Pada permulaan memang akan terasa seperti orang gila bila asyik bercakap dengan perut. Pedulikan perasaan itu. Kita akan nampak kesannya apabila bayi itu lahir nanti. Denga izin Allah. TIPS 2: SEPAHKAN BUKU °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Selalunya kita akan lihat mainan bersepah tetapi buku tersimpan kemas di r

RINDUKAN ANAK DAN KELUARGA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Entri: 44 Alhamdulillah. Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi ini guru di sekolah Aiman menelefon tetapi saya tidak perasan kerana telefon pintar saya matikan bunyinya dari malam tadi. Saya cuba menelefon ibu mertua saya menggunakan telefon rumah tetapi tidak berjaya. Telefon rumah saya langsung tidak mengeluarkan bunyi. Entah kenapa. Mujur kredit simkad baru saya masih ada. Ibu mertua saya setuju untuk mengambil Aiman pulang. Semoga dia tidak apa-apa di sana. Saya sangat berharap Aiman tidak terasa hati kerana terpaksa tinggal bersama neneknya di kampung. Bukanlah sengaja kami tinggalkannya di sana tetapi oleh kerana sudah 'terdaftar' sekolahnya di sana, terpaksalah juga tinggalkan dia. Sabarlah anakku.  Semasa mengemas ruang tamu saya lihat lubang di siling sudah terbuka semula. Bau tikus sangat kuat memenuhi ruang tamu. Kertas yang saya sumbat di siling pula, sudah koyak digigit tikus. Entah bagaimana l

IMAGINASI ANAK MELANGKAU LOGIK FIKIR MAMA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Ziadah Zainal Abidin Entri: 43 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya kembali menyusun rutin saya mengikut jadual yang saya sediakan di Google Keep sebelum ini. Alhamdulillah. Saya dapat sentiasa berada di atas landasan dengannya. Saya membuat sedikit penambahan waktu untuk dhuha, tahajjud dan bacaan al-Quran. Alhamdulillah. Semoga istiqomah terus. Tengahari selepas makan, saya berbaring di bilik bersama anak-anak dan melayan mereka. Akif yang sekarang sudah semakin banyak celotehnya juga berjaya buat saya tertawa dengan idea kreatifnya. Lihat gambar di bawah. Nampak warna hijau dalam bulatan itu? Itu adalah gam bersifat seperti plastesin. Diambil dari poster belajarnya yang saya sudah cabut untuk diletakkan di sudut dinding rumah yang lebih baik. "Mama! Tengok! Adik dah letak kasut kat situ!", jerit Akif. Saya cuba lihat apa yang dibuatnya. Sekali imbas, saya hanya nampak setempek gam plastesin.

HOMESTAY

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah Entri: 42 Perhatian untuk pengusaha homestay seluruh Malaysia! ======================== ✅ Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana? ✅ Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun? Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online surirumah bernaung AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu membantu. BERIKLAN dengan kami kerana : ✔ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay di Malaysia ✔ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan sepanjang tahun. ✔ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi. (Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan) ✔ BONUS 1: Harga tapak kekal hanya RM150 sahaja untuk dua tempat iklan. ✔ Bonus 2: Temuramah untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook mula bisnes homestay. Selagi mana ebook ini terjual maka berterusan homestay diiklankan. Hubungi saya di 01118578412 atau Facebook saya.

SEDIKIT KEBOSANAN

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Entri: 41 Allahurabbi, alhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar. Terima kasih untuk hari ini yang menyenangkan walaupun ada bibit-bibit keresahan hati kerana melayan kerenah anak-anak syurga amanah-Mu ini ya Allah. Ketiadaan suami hari ini memang agak menggelisahkan hati. Tidak sampai 24 jam bertemu, dia sudah ditugaskan untuk berangkat ke Johor berhampiran sempadan Singapura selama 3 hari. Boleh lihat dengan jelas jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura ini melalui gambar yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp. Saya banyak menghabiskan masa membaca di laman Facebook, aplikasi WeChat dan blog hari ini. Tidak ketinggalan juga membaca buku-buku yang dihadiahkan seorang isteri kepada rakan sekampung suami saya. Buku apa ye? Nanti saya akan kongsikan. Banyak tips menarik usahawan ini kongsikan. Boleh juga dipraktikkan bersama. Sambung cerita hari ini, sepanjang hari ini saya berkepit dengan Aleef y

BANTUAN ZAKAT

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Peribadi Foto: Printscreen Status Facebook Dr. Maza Entri: 40 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu 'alaikum. Setelah membaca status Dr. Maza di lama Facebook, saya ingin berkongsi pengalaman saya berurusan dengan pusat zakat ketika saya dan suami cuba mohon bantuan zakat hampir hujung tahun 2013 dahulu. Saya agak keberatan sebenarnya tetapi apa yang diutarakan Dr. Maza ada benarnya. Kami tiada wang simpanan lagi ketika itu. Ke sana ke mari mencari pekerjaan namun tiada jawapan. Kami usaha ke pusat zakat berdekatan kerana memang sudah benar-benar kekeringan untuk membeli barangan dapur dan keperluan anak-anak. Hari itu, kami bersiap seperti biasa. Kami memakai pakaian yang elok dan cantik. Ia pemberian saudara-mara. Alhamdulillah. Pertama kali melangkah masuk ke dalam pejabat zakat di tengah bandar itu, sebak sedikit hati ini. Namun udara yang nyaman sekali dari penghawa dinginnya terasa menenangkan berbanding cuaca pana

BILA SUSAH, KELUARGA PEMBANTU PALING DEKAT

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 39 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat yang indah harmoni. Pagi ini suami bersiap ke tempat kerja seperti biasa. Dari minggu lepas sudah ditunjukkannya pada saya surat arahan mengikuti kursus transformasi yang dianjurkan kerajaan di Port Dickson bermula hari ini hingga hari Ahad. Jadi, minggu ini tiada cuti untuk kami bersiar-siar. Selepas entah berapa kali kami anak-beranak suami isteri bersalaman,  saya iringi pemergiannya dengan doa agar tiada panahan syaitan yang menusuk hatinya untuk selingkuh di belakang saya mahupun meninggalkan kewajibannya sebagai hamba Allah. Amin ya rabbal 'alamin. Saya jenguk anak-anak yang masih tidur. Bagi suri yang sibuk seperti saya, waktu anak-anak diulit mimpi adalah waktu paling efektif untuk bekerja. Melihatkan baju-baju yang bertimbun sudah mencecah 2 bakul penuh, inilah masanya saya lipat dan kemas kain baju yang tidak teratur akibat penangguhan kerana mengutamakan si kecil Aleef ya

WAYAR INTERNET DIGIGIT TIKUS

Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 38 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur untuk rezeki yang murah minggu ini. Hari ini suami pulang agak lewat. Saya fikirkan dia melepak bersama kawan sekerja. Rupanya dia sudah terima gaji yang tertangguh 2 bulan. Jadi, dia terus ke kedai telefon untuk membeli telefon bimbit baru untuk kemudahannya bekerja dan berhubung. Betapa syaitan itu berusaha supaya saya berburuk sangka dengannya. Astaghfirullahal azhim. Dapatlah saya menggunakan kembali telefon saya yang dihadiahkannya 2 bulan lalu semula untuk berblog dan berniaga. Alhamdulillah lagi sekali. Memandangkan talian internet tanpa wayar atau wifi rumah saya sudah terputus kerana digigit tikus, saya terpaksa tangguhkan semua aktiviti atas talian sehingga pihak Telekom memasang semula wayar baru. Syukur untuk hari ini. Semoga esok dan seterusnya menjadi hari yang menggembirakan juga. Terima kasih Allah.

MAJLIS TAHLIL, NAZAR & CUKUR RAMBUT

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Peribadi Entri: 37 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi ini ibu mertua saya paling awal bangun menyiapkan makanan untuk sarapan pagi para pembantu majlis yang dirancang hari ini. Saya tidak dapat membantu kerana menyusukan Aleef. Majlis ini diadakan atas 3 tujuan iaitu untuk menunaikan nazar suami saya, meraikan kehadiran Aleef dan mengadakan tahlil untuk arwah bapa mertua saya (bapa kandung). Hampir jam 8.30 pagi adik-beradik dan ipar duai ibu mertua saya sampai bersama sepupu-sepupu suami saya. Meriah dan kecoh. Anak-anak seronok bermain dengan pakcik-makcik mereka yang sesetengahnya hampir sebaya dan ada yang lebih muda juga. Maklumlah, keluarga ibu mertua saya ini besar. Jadi, kalau setakat kenduri kecil-kecilan begini, serah saja pada mereka. Saya agak bernasib baik dengan adanya mereka. Kebetulan pula Akif tidak sihat kerana diserang selsema, batuk dan asma. Jadi saya hanya melayan kerenah Akif dan Aleef. Suami kadang

HARI KURANG SIHAT

Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 36 Alhamdulillah kerana suami pulang dengan selamat malam ini. Hari ini saya cuma online sekejap-sekejap sahaja. Sakit kepala dan mata menyerang. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas. Sekarang ini saya ingin juga menaip di sini hanya untuk melepaskan rindu menaip menggunakan telefon yang dihadiahkan suami ini. Maklumlah, suami pinjam telefon ini untuk kemudahannya menggunakan Google Maps semasa memandu. Telefon lamanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda uzur. Sementara menunggu suami beli yang baru, saya gunakanlah telefon lamanya. Saya kan 24 jam di rumah. Jadi, senang untuk mengecas bateri telefon yang sudah mula bermasalah itu. Cerita tentang aktiviti hari ini, saya hanya buat kerja rutin utama saja iaitu memasak, melayan anak-anak, mengemas rumah, menjaga solat dan membaca Quran beberapa mukasurat. Sudah sampai surah an-Nisaa. Walaupun tiada terjemahannya, saya harap bolehlah ia menyucikan semula rohani saya yang memang sekian lam

SUPER WAHM, SUPER MOM

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 35 Ini e-book yang diberi guru online saya sebelum saya mulakan pembelajaran blog. Semua yang tercatat di dalam e-book ini memang memberi gambaran sebenar bekerja di rumah. Cabaran-cabaran yang dilalui sebelum saya masuk ke akademi ini turut dicatat. Semuanya amat dekat dan berkaitan. Antaranya apabila kita sedang dalam keadaan supersibuk kerana anak-anak menangis atau merengek mahukan sesuatu dalam masa serentak dan dalam masa sama juga kita sedang melakukan sesuatu perkara, bagaimana kita uruskan keadaan supersibuk ini? Ia tidak mudah tetapi ia tidak mustahil. Saya sarankan kepada ibu-ibu yang sering mengalami masalah pengurusan di rumah dan sering mengalami tekanan untuk memiliki e-book ini. Belajar bagaimana mengurus masa, tenaga dan rumahtangga dengan tenang walaupun supersibuk.

SEHARIAN KE SANA SINI

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber Gambar: Peribadi Entri: 34 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Ahad ini selalunya suami saya akan berniaga di Car Boot Sales di Semenyih. Entah kenapa dia hanya ingin berjalan-jalan sahaja di sana pagi ini. Selepas bersiap-siap dan bersarapan, saya dan suami mengemas rumah sedikit. Anak-anak sudah kelihatan tidak sabar lagi. Akif sampaikan terjatuh hingga luka lutunya bermain bola sambil menunggu kami siap. Selesai semuanya, kami mulakan destinasi pertama hari ini ke Car Boot Sales di Semenyih. Kebeutlan di sebelahnya ada permainan dinosaur yang saya tulis beberapa minggu lepas. Teruja betul anak-anak melihat dinosaur patung yang besar itu. Selalu tengok dalam komputer riba sahaja dari permainan Dora The Explorer. Kami tidak masuk. Cuma berdiri dan berjalan mengelilingi pagar sahaja. Ia dibuka jam 5 petang. Jadi kami sekadar melihat sahaja. Kadar harganya adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Cuaca sudah mula

BEKERJA SEBAGAI KERANI AM DI MEGA DISCOVERY SDN. BHD.

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber Gambar: Printscreen Status Facebook Entri: 33 Baca status ni buat saya teringat tentang sebuah syarikat pembekal bahan kek tempat saya kerja dulu. Ada seorang pelanggan wanita bangsa saya yang bersifat begini. Kedai keknya di Kuala Lumpur. Orangnya sangat kasar dan kadang-kadang biadab. Namun, oleh kerana dia pelanggan setia, bos tetap melayannya. Kadang-kadang kami (kerani) yang geram mengadu pada bos hingga menganggap pelanggan ini seperti 'tahi'. Bos yang faham kerenah pelanggan yang seorang itu, akan menenangkan kami dan berkata, 'Jangan cakap tu tahi. Dia la yang buat kita ada duit bayar gaji kamu. Sabar je.' Ayat bos ini akan serta-merta buat kami diam. Dalam hati, bos memang seorang yang sabar. Sebab itu dia boleh berjaya dan syarikatnya semakin besar. Bos saya ini berbangsa Cina. Mari saya ceritakan serba sedikit tentang kilang ini.       Mega Discovery Sdn. Bhd. ini ditubuhkan lebih dari 20 tahun lalu d