MENAIP - Hobi Dan Kegilaan Yang Bermanfaat
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 4 Sumber Rujukan: Pengalaman dan laman amirul.my/ tips - menaip -dengan- pantas / Sumber Gambar: www.gamehouse.com (gambar 1) games.brothersoft.com (gambar 2) us.boonty.com (gambar 3) Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin kongsi mengapa saya minat menaip, tips menaip pantas sehingga pernah bercita-cita menjadi kerani, sedangkan saya memperolehi Diploma. Cita-cita yang suami saya sendiri berpendapat agak pelik sebab saya boleh saja jadi kerani walaupun tanpa memegang Diploma. Saya pun tak faham kenapa saya minat sangat menaip dan bercita-cita demikian. Masa tu saya cuma sangka kerja kerani hanya menaip. Bila dah kerja baru tahu kerja kerani bukan setakat menaip tetapi juga termasuk komunikasi dengan pelanggan, mengetahui dan menghafal barangan kilang, mencetak dokumen, membuat kira-kira dan sebagainya. Saya minat bidang menaip dan menulis sejak kali pertama ayah saya beli komputer. Jika tidak salah, umur saya...