Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ZAPS

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Imej
Alhamdulillah. Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci". Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada: 1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul. 2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR. 3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang. 4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya. 5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam. Syukur atas kurniaan Allah s.w.t. -------------------------------- Perkongsian mengenai MLB pula.  Selfie dulu s...

JOB DESIGN PERTAMA DARI KHALIFRAME

Imej
Pagi-pagi dah mengadap muka Puan Dhuha Rashidi, bos dan juga founder  Khaliframe. Dia bagi gambar seketul-seketul muka dia pegang cenderahati khat Khaliframe. Minta tolong aku buatkan design untuk posting testimoni Khaliframe. Siap bagi contoh dan draf. Aku memang suka sangat bila pelanggan bagi draf dan contoh dia sendiri sebab aku tak payah susah-payah fikir dia nak warna apa, nak susun macam mana. Mempercepatkan kerja-kerja aku untuk beralih kepada tempahan pelanggan lain. Menyanyi aku buat design yang 1 ni. Maklumlah, founder  tu senyum je kan. Hihihi Gambar founder Khaliframe yang sudah dibuang background. Ni la jadinya lepas aku design. Syukur siap cepat dan draf diterima dengan minor correction . Hihihi

RUSH HOUR

Imej
Tengah sedap buat design yang banyak, tiba-tiba pula mouse buat hal. Ha!!! Berkejar aku ke Tesco Kajang nak mencari mouse. Apa tak berkejarnya? Dah jam 9 lebih. Kedai dah nak tutup! Masuk Tesco, naik escalator, ternampak pula kedai Mr. DIY belum tutup. Syukur sangat. Cepat-cepat beli 1 mouse comel. Balik rumah terus sambung kerja design khat dan design dari kawan-kawan lain. Terpaksa siapkan cepat sebab aku memang suka buat kerja siap cepat. Hehehe Inilah si tikus robot comel yang menyelamatkan job designku. Terima kasih sangat dengan suami yang sanggup bawa isteri dia ni cepat-cepat ke Tesco. Dah mula faham dah dia tugasan isterinya ni sebagai freelance graphic designer. Alhamdulillah. Ia satu nikmat.

1 BENDA PATUT TAHU TENTANG KHALIFRAME

Imej
Korang memang patut tahu satu benda ni. Tulisan yang dibuat bentuk-bentuk tu kan semua tu asalnya ditulis tangan. Penulis khat Khaliframe ni pulak akan tulis ikut macamana yang kita pilih. Fuh memang special-lah. Bukan main conteng-conteng je. Yang tambahkan lagi specialnya, tulisan original tadi dikemaskan pula lagi oleh designer. Antara designer tu, akulah.  Kasi lebih segak. Lebih wow. Lebih premium. Tentunya hanya di Khaliframe.  Ingat je cenderahati khat, terus sebut Khaliframe tau. NOTA: Tulisan khat yang ditempah hanya ada warna hitam atau putih sahaja ye. Yang dalam gambar bawah ni hanya nak bagi jelas kat mata aku.

DESIGN STICKER

Imej
Ni la gambar design sticker yang urgent tu. Tempahan dari pelanggan setia aku, seorang pemilik Cyber Cafe di Klang. Mujur bahannya aku ada. Kalau tak, makan hari juga nak siapkan. Dari gambar contoh tu, nak design semula. Aku memang boleh buat. Kalau korang nak pun boleh. Kerja siap pun bergantung kepada keadaan semasa aku. Kesihatan, anak-anak, barisan tempahan dan sebagainya. Kata freelance . Memang begitulah.

PAGE FACEBOOK ZAPS

Imej
Alhamdulillah. Siap dah Page Facebook untuk ZAPS (Ziadah Artwork & Printing Services). Alhamdulillah. Logo tu aku minta adik aku edit semula dari logo asal sebab aku tak cukup masa siapkan. Rezeki sejak akhir-akhir ni agak memberangsangkan sampai aku tak cukup tangan uruskan page sendiri.😅 Korang boleh klik link ni untuk ke Page Facebook Bisnes aku tu:  Ziadah Artworks & Printing Services . Logo Ziadah Artwork & Printing Services (ZAPS) Design cover page facebook untuk upload menggunakan laptop/komputer. Design cover page facebook untuk upload menggunakan smartphone.

GET BACK IN TRACK!!!

Imej
Bapak la lama tak update blog. Bukan bersawang je, dah penuh serangga.  Alhamdulillah bermula 4 Oktober 2018, aku masuk balik kelas blogging dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Dibimbing oleh guru aku yang sangat konsisten menulis blog, Puan Anys Idayu Zakaria. Aku usahakan masuk kelas ni balik sebab risiko hilang akaun Facebook agak tinggi kan? Sayang la penulisan kat dalam tu semua jika hilang. So, aku putuskan untuk berblog semula. Khas buat bisnes persendirian yang aku sudah aktifkan lesennya, Ziadah Artwork & Printing Services atau ringkasannya, ZAPS . ZAPS mengutamakan servis rekagrafik ( graphic design ) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran ( flyers ), kain-kain rentang ( bunting , banner , backdrop ), pelbagai pelekat ( sticker ) dan sebagainya. Selain itu, ZAPS adalah pengedar dan penjual sah dan berdaftar cenderahati khat dari Khaliframe By Dhuha Rashidi dengan kod pendaftaran DK...