Ahad, 16 Oktober 2016

PROJEK 1 RUMAH 1 TABUNG BERSAMA AMAL TILL JANNAH

Assalamu'alaikum.

Beberapa hari lalu, saya diminta Puan Emme Marina, salah seorang admin kumpulan Amal Till Jannah (ATJ) dan juga pengurus online ABDR, untuk membantu menyediakan tutorial menyediakan tabung DIY  di rumah.

Template poster diberikan kepada saya untuk dicetak. Ada 2 jenis template (lihat Gambar 1). Saya pilih template kedua (Gambar 2).

Gambar 1 - tiada garisan tepi

Gambar 2 - siap garisan tepi
Sudah terbayang di minda saya bagaimana rupa tabung DIY saya nanti. Selepas saya cetak, saya fikir untuk tampal terus tapi saya terfikir; dengan anak-anak yang dah pandai bereksperimen ni, pasti nanti poster ni akan koyak. Jadi, saya putuskan untuk laminate poster tersebut. Mula-mula saya potong poster ikut garisan template. Kemudian, saya masukkan ke dalam plastik laminate (lihat Gambar 3).

Gambar 3 - masukkan dalam plastik laminate
Saya gunakan jenis ini (lihat gambar 4).
Gambar 4 - guna plastik laminate jenis ni je
Saya gunakan mesin laminate biasa saja. Ada dijual di Tesco.
Gambar mesin laminate yang dibeli di Tesco. Harga sekitar RM200.
Lepas tu, saya potong lagi ikut bentuk template (lihat Gambar 5).
Gambar 5 - potong ikut template.
Mula-mula saya nak guna bekas plastik yang digunakan untuk isi biskut raya. Tapi saya rasa susah juga kalau nak lubangkan penutupnya. Kebetulan saya terpandang cawan-cawan plastik street coffee yang saya kumpul. Muncul idea baru. Tambahan pula cawan plastik tersebut besar dan penutupnya memang ada lubang dan mudah dibuka. Sangat sesuai untuk tabung DIY.

Penutup cawan yang sememangnya berbelah (untuk masuk straw), saya potong lagi untuk buat lubang lebih besar. Mudah untuk anak-anak masukkan duit.

Cawan plastik street coffee yang biasa dibeli di tepi jalan.
Kemudian saya tampalkan poster tadi guna selotape biasa saja.
Tampal poster yang dipotong tadi pada cawan tadi.
Dah siap. Tabung DIY.
Gambar dari bahagian atas tabung. Bahagian penutup cawan, saya gunting bahagian masukkan straw tu. Senang masuk duit.
Dah siap, saya minta anak saya cuba masukkan duit. Dengan senang hatinya dia masukkan.
Model tengah masukkan duit dalam tabung. Hihi
Tabung DIY versi Ziadah
Semoga dengan ini, kami lebih istiqomah untuk menabung. Bukan sahaja untuk belajar infaq rezeki tetapi juga belajar menyimpan.

Mungkin kawan-kawan ada idea lain. Bolehlah kongsi ye...