Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi Bisnes

3 CARA BERBISNES DENGAN MODAL SKALA SEMUT UNTUK USAHAWAN BARU

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Freelancer Sumber: Majalah Niaga Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya adalah antara pelanggan setia Majalah Niaga. Banyak nasihat niaga yang diberi percuma. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi salah satu artikel majalah tersebut mengenai perniagaan dengan modal sekecil semut. Ciri-cirinya memang amat menepati ciri-ciri akademi bekerja di rumah. Silakan baca dan kongsi jika ia bermanfaat untuk anda dan kawan-kawan. ↖(^▽^)↗ Ramai bercita-cita bergelar usahawan, namun tidak semua menjadi realiti. Modal antara sebab cita-cita itu terbantut. Tanpa modal yang besar, wajarkah cita-cita perniagaan berkubur begitu sahaja? Jawapannya tentu tidak. Malangnya, terdapat ramai usahawan gagal menilai keperluan modal yang sebenar untuk perniagaan. Semuanya berlaku kerana pandangan mereka yang konvensional dan kurang kreatif. Antara modal dan rupa perniagaan, mana yang harus ditentukan dahulu? Tidak guna membayangkan perniagaan yang besar dan gah ta...

45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5000

45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5,000 Artikel ini dipetik dari  Majalah AO Tribe Edisi #2 Ramai orang menyangka, jika seseorang itu ingin memulakan perniagaan, dia haruslah memiliki sebuah kedai, barangan yang cukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutan dan akhirnya ia dijangkakan paling kurang mestilah memiliki modal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untuk memulakan sesuatu perniagaan. Akan tetapi, hakikat mana-mana perniagaan pun di dunia ini tidak bermula dengan semalam selesai proses mendaftarkan syarikat, hari ini syarikatnya sudah setanding syarikat gergasi seperti Apple atau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulu mereka juga bermula daripada menjadikan garaj kereta sebagai pusat permulaan operasi. Oleh itu, modal bukanlah penghalang utama untuk memulakan sesuatu perniagaan dan ketahui 45 teknik bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal kurang daripada RM5000 khususnya bagi mereka yang betul-betul b...

30 KEMUNGKINAN ANDA BAKAL USAHAWAN

Teks: Dr. Azizan Osman Sumber: Dr. Azizan Osman Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan. 1.  Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri. 2. Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindaka...

5 KESILAPAN BISNES SAMBILAN DI RUMAH

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: usahawan.com Bekerja di rumah sangat memerlukan disiplin tinggi. Mari baca 5 kesilapan yang sering berlaku apabila berbisnes di rumah. 1- SAMBIL LEWA. Melakukan bisnes sambil lewa. Tidak mengawasi panggilan telefon, whatsapp, sms dan lain-lain kerana tidak menumpukan perhatian. Anda mungkin kehilangan pelanggan berharga anda. Sekiranya ada panggilan tidak berjawab, hubungi semula dengan segera. 2- BANYAK HABISKAN MASA PERKARA TIDAK PENTING. Membelek Facebook berjam-jam, tetapi tiada hasil. Sediakan pelan perniagaan yang mantap. Jangka panjang dan pendek. Laksanakan segera. Cari peluang dan ruang baru untuk tembus pasaran. 3- TIADA PERSEDIAAN RAPI. Jangan sambil lewa. Ada yang hanya memuatnaik iklan Facebook sambil baring-baring atas tilam. Anda silap. Sepatutnya sediakan satu ruangan khas di rumah anda, sediakan tempat display yang menarik, meja kerusi bekerja yang lengkap dengan komputer dan pencetak serta sediakan internet. Jika...

TIPS ROBERT KIYOSAKI

Ini adalah perkongsian dari majlis Robert Kiyosaki, Master of Wealth yang diadakan pada 10 hingga 11 November 2015 di One World Hotel, PJ. - Untuk berjaya, dengar pendapat isteri anda. - Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mengumpul aset. - Orang Kaya tidak takut membuat kesilapan. - Kebanyakan orang yang berjaya di atas dunia ini melakukan kesalahan yang sangat teruk dan mereka belajar dari kesalahan itu. - Jangan rasa bodoh apabila melakukan kesilapan. - Orang Miskin tidak pernah meminta tolong, orang kaya selalu meminta tolong dari orang lain. - Dua minda adalah lebih baik dari satu minda. - Orang Kaya selalu bekerjasama dengan pakar-pakar dari bidang berlainan. - Jangan simpan duit dalam pemasaran saham, risikonya sangat tinggi. - Anda boleh menjadi penduduk global dan membuat duit sekeliling dunia. - Fokus, fokus & fokus atas pengumpulan aset. - Aset adalah perniagaan, hartanah, kertas dan komoditi. - Liabiliti adalah rumah dan kenderaan. - Ora...