Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulasan Ebook

BELAJAR ASAS BLOG

Imej
Ini ebook pertama saya terima selepas membuat pembayaran pertama Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Bisnes. Mula-mula saya sangka ebook ini adalah langkah demi langkah belajar pasang blog. Rupanya ia adalah langkah demi langkah untuk kita menulis di blog. Di dalamnya disediakan cara memulakan penulisan blog, membahagikan bab demi bab penulisan blog dan ebook, contoh-contoh blog dan bagaimana untuk mendapatkan idea dengan apa yang ada pada diri kita. Ia memang perkara sangat asas yang sangat penting sebelum memulakan langkah memiliki blog.

TEKNIK MAK DIDIK ANAK HAFAL QURAN

Imej
Assalamu'alaikum kepada pembaca. Saya ingin kongsi 1 teknik untuk mendidik anak membaca al-Quran. Teknik ini sangat baik. Langkah demi langkah. Satu per satu. Teknik ini hasil salah seorang rakan niaga akademi bekerja di rumah iaitu seorang ustaz muda. Teknik ini diberi melalui ebook dan percuma. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita mendidik anak-anak. Di bawah ini salah satu ulasan pengamal Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran. ******************** Alhamdulillah ustaz...saya sudah baca. Kagum dan tersentuh hati kecil saya. Saya akan panjangkan usaha ustaz kepada insan lain dan semoga ia menjadi batu pemberat dalam timbangan ustaz di sana nanti. InsyaAllah. Pada saya teknik 'subconscious mind' ini popular barat. Memang ternyata berkesan dalam mengaktifkan minda bawah sedar anak dalam pelajaran, malah pada pembentukkan tingkah laku, moral dan disiplin diri. Malah untuk anak dewasa sekali pun, kita mungkin boleh mencadangkan pendekatan mainkan tape recorder ...

SUPER WAHM, SUPER MOM

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Entri: 35 Ini e-book yang diberi guru online saya sebelum saya mulakan pembelajaran blog. Semua yang tercatat di dalam e-book ini memang memberi gambaran sebenar bekerja di rumah. Cabaran-cabaran yang dilalui sebelum saya masuk ke akademi ini turut dicatat. Semuanya amat dekat dan berkaitan. Antaranya apabila kita sedang dalam keadaan supersibuk kerana anak-anak menangis atau merengek mahukan sesuatu dalam masa serentak dan dalam masa sama juga kita sedang melakukan sesuatu perkara, bagaimana kita uruskan keadaan supersibuk ini? Ia tidak mudah tetapi ia tidak mustahil. Saya sarankan kepada ibu-ibu yang sering mengalami masalah pengurusan di rumah dan sering mengalami tekanan untuk memiliki e-book ini. Belajar bagaimana mengurus masa, tenaga dan rumahtangga dengan tenang walaupun supersibuk.