Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Pengalaman

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Imej
Alhamdulillah. Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci". Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada: 1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul. 2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR. 3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang. 4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya. 5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam. Syukur atas kurniaan Allah s.w.t. -------------------------------- Perkongsian mengenai MLB pula.  Selfie dulu s...

BERMULA SEMULA

Salam'alaik pembaca setia. Sekian lama saya tak jengah blog ini. Banyak perkara berlaku dan begitu pantas meregut masa. Lebih-lebih lagi dengan lahirnya bayi ke-empat saya. Kesibukan bersama 4 orang anak itu bukan mudah ditangani apabila bersendirian menguruskan hampir segalanya. Hidup jadi tak terurus sejak saya ada bayi baru ni. 😅 Hari ini saya menaip di sini kerana rindu menaip (menulis). Dulu, masa remaja,  dunia saya adalah dunia penulisan dan lukisan. Selalunya hingga 3-4 pagi saya melukis dan menulis. Sampai ponteng sekolah. 😅 Perasaan saya biasanya saya gambarkan dengan tulisan dan lukisan kerana tiada tempat meluah rasa. Dan hari ini, situasi ini berulang. Sebelum saya ditendang keluar dari kumpulan percetakan Put3 Sweet Gallery kerana tidak mencapai target, saya sempat mengasah bakat lukisan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Terima kasih semua yang terlibat untuk pengalaman selama setahun dalam bidang kad kahwin itu. Hingga hari ini, saya ...

GURU KEROHANIAN

Salam'alaik. Testimoni saya sendiri hari ni, dengan amalan tasbih asmaulhusna, selawat dan bicara hati, saya lakukan mengikut saranan Tuan Hazehan, hajat saya mahu buat duit dengan kemahiran yang saya ada, semakin nampak jalannya. Selain tu, hajat yang tidak berkaitan dengan kemahiran juga termakbul. Bermula 4 April 2017, saya mulakan amalan ini hingga hari ini. Setakat ini saya terima kurnia Allah yang banyak. Antaranya: 1. Saya dapat coaching dengan Umi on call. 2. Saya dapat semula pelanggan untuk kerja2 rekagrafik (graphic design). 3. Saya dapat jadi admin group ini dan diamanahkan menghasilkan ebook group ini. 4. Permohonan pinjaman suami saya diluluskan di saat-saat kami hanya ada tak sampai RM50 untuk menampung belanja 5 tanggungan untuk masa sebulan dan pinjaman ini juga akan digunakan untuk rumah baru kami yang juga sudah lulus permohonannya dan dijangka siap sebelum Syawal tahun ini. 5. Saya dapat smartphone baru untuk kegiatan perniagaan saya yang saiz storagenya ...

RUMAH ORANG DISANGKA RUMAH ABAH

Imej
Baca tajuk pun dah pelik kan? Ya. Itu hakikat. Tahun 2007. Tarikh hari ini, 31 Mac. 10 tahun lalu. Selepas sebulan usia perkahwinan dan tinggal bersama ibu mertua dan ipar-duai, saya dan suami berpindah ke sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih. Rumah tu asalnya arwah abah (bapa mertua saya) tinggal semasa dia masih berniaga pasar di kawasan sekitar Semenyih. Selepas abah tidak lagi tinggal di situ (berpindah ke tempat yang kami tak tahu), kami pun pindah masuk dengan yakinnya bahawa rumah itu rumah abah. Siap pinjam lori kilang suami bekerja dulu bawa barang pindah masuk. Siap cakap dengan jiran yang bertanya, itu rumah abah kami.  Dokumen-dokumen abah masih ada di situ masa kami pindah masuk. Bersepahnya, tak tahu nak cakap. Abah tinggalkan macam tu je? Pelan tanah felda abah pun ada selain dokumen penting lain. Saya rasa pelik tapi saya simpan dan kemaskan saja dokumen tu semua. Ibu saya turut datang membantu kami kemaskan rumah tu. Bau najis tikus kuat. Di belakan...

PEGAWAI JUALAN HARASH COLLECTION

Imej
Pengalaman singkat dari 6 Januari 2017 hingga 15 Januari 2017 sebagai pegawai jualan Harash Collection banyak mengajar saya ilmu close sales dan menyimpan data pelanggan. Ia mampu buat kita lihat lebih jelas adakah target kita mampu dicapai atau tidak. Perancangan untuk menjadi pegawai jualan ini tidak mampu saya teruskan lagi selepas melihat wajah suami yang mula mencuka setiap kali pulang kerja apabila melihat saya asyik memegang smartphone menjawab mesej Whatsapp yang bertalu-talu sambil mencatat di dalam laptop. Ya. Saya sangat sibuk. Sehari akan masuk sekurang-kurangnya 20 ke 30 mesej Whatsapp. Tidak kira siang mahupun malam. Ya. Memang mampu jana RM1000 ke atas setiap bulan hanya dari rumah jika saya teruskan tapi apabila pertukaran nilainya adalah MASA BERSAMA KELUARGA terlalu tinggi, pastilah kita perlu lepaskan demi menjaga rasa hati keluarga yang jauh lebih bernilai dari wang dan ringgit. Kita bekerja di rumah atas alasan mudah jaga anak membesar di depan mata tapi ADAKA...

HOBI BARU: MEMANCING - MENDIDIK SABAR

Imej
Assalamu'alaikum semua. Sekian lama tidak menaip di blog ini. Entah apalah yang disibukkan sangat. #^_^ Hari ni cadangnya nak sambung kira-kira akaun untuk tutup dan bubar perniagaan percetakan pertama saya yang sangat mengecewakan. Suami pula ajak berkelah sambil memancing. Saya fikir, elok juga bawa kerja saya ke tempat yang penuh kehijauan setelah sekian lama terperap dalam simen (rumah). ╮(╯▽╰)╭ Jadi, dari pagi kami bersiap pergi beli khemah dan joran. Konon nak dapat yang murah, pergi ke Nilai 3. Hampeh! Semua RM150 ke atas untuk harga khemah walaupun kualiti tak sesuai harga. Cis! Cari joran pula, kedai pancing tak buka. -_- Sambung cari khemah kat Semenyih Sentral. Tak ada! Cari pula kat Econsave Semenyih. Pun tak ada! Grrr!!! Penat dah ni dengan anak-anak melasak dalam kereta. -_-|| Masa tunggu suami cari khemah tu, terpandang papan tanda "Akuarium & Alatan Memancing" kat depan kereta. Masa tu parking depan kedai yang ada jual burung dan anak ayam. Dala...

PUSAT RAWATAN AL-HABIB

Imej
Hari ni saya dan suami bawa mak mertua saya ke sebuah pusat rawatan Islam atas rekomendasi dari mak ayah saya yang telah berhasil mengubati adik perempuan saya yang kebetulan dikesan mempunyai "penumpang" di badannya. Mulanya kami berhajat membawa mak mertua saya berurut kerana kerap mengadu sakit kaki dan badan. Selalunya selepas kami (saya, suami dan adik ipar) urut mak, mak dah boleh buat kerja. Tapi semenjak akhir-akhir ni, setiap kali kami urut, dah tak kebah lagi sakit urat mak. Sebaliknya, kami yang kebas-kebas dan sakit tangan mengurut mak. Oleh kerana bulan ini bulan puasa, kami buat keputusan bawa mak pergi mengurut sebab di rumah tiada apa nak dibuat. Tak kiralah berapa kosnya. Kami tak mahu fikir. Saya hubungi mak ayah saya. Saja beritahu kami berjalan-jalan bawa mak mertua pergi mengurut. Mak saya cadangkan supaya kami ke pusat rawatan Islam di Reko Sentral, Kajang. Namanya Pusat Rawatan Al-Habib . Gambar hadapan Pusat Rawatan Al-Habib Sumber: Faceb...

PROGRAM HI-TEA 2014 - MAMA BIDADARI CINTA

Imej
Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera. Hari ni memori 2 tahun lalu semasa bekerja sebagai pengurus media sosial untuk sebuah syarikat perniagaan yang menjual jubah, muncul di dinding Facebook. Pengarah syarikat, Wan Sabariah mengajak saya menemaninya. Sempat juga terserempak dengan Nurul Izzah, anak pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim semasa kami menanti program bermula. Orangnya tinggi lampai. Mesra dan ramah. Beliau bersendirian ketika saya terserempak dengannya. Walaupun kelihatan tergesa-gesa, beliau masih mahu melayani saya mengambil gambar dengannya. Ini adalah pengalaman pertama saya "mengopi" atau hi-tea bersama usahawan-usahawan muslimah sempena hari Ibu pada tahun itu. Sebenarnya, saya tidak berminat bersosial begitu. Apalagi majlis makan-makan yang menelan belanja besar di hotel-hotel. Tapi sebenarnya saya yang cetek ilmu dan pengalaman. Program sebegitu adalah tempat di mana para usahawan besar berkumpul dan memperkenalkan produk masing-masing. Saya masi...

Perjalanan Legasi Cetak Yang Terkini

Imej
Assalamu'alaikum kepada muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim. Hari ini saya luangkan masa untuk menaip di sini tentang perjalanan Legasi Cetak; perniagaan percetakan yang saya usahakan bersama suami, ibu dan adik-adik perempuan saya. Setelah setahun saya lepaskan Legasi Cetak di bawah pengurusan adik saya, Nash, saya lihat tiada perkembangan memberangsangkan memandangkan ketika itu hidupnya dihimpit masalah teman lelaki yang "kurang siuman". Ini menyebabkan saya mula melangkah masuk kembali dan berusaha menyatukan semula anggota perniagaan kami yang telah berpecah-belah. Ya. Bukan mudah berniaga di bawah satu bumbung bernama keluarga apabila kesatuan hati itu tidak pernah terjadi sedari kecil. Namun, usaha tetap perlu agar tidak dipersoal di akhirat nanti. Entah bagaimana, kami tiba-tiba bersatu setelah diberi peluang rakan Nash, Raden Ahmad dari Eventers Management & Services untuk mempromosikan Legasi Cetak dengan menaja produk percetakan kami melalui ...

TAMBAH ILMU PERCETAKAN BERSAMA KOTAK HITAM ART STUDIO

Imej
Semalam adalah hari yang telah dijanjikan untuk saya berjumpa semula dengan rakan sekelas masa sekolah menengah dahulu. Dia adalah antara pengasas Kotak Hitam Art Studio dan Kotak Hitam Clothing (seingat saya la). Saya pula antara rakan yang sering mengikuti perkembangan perniagaannya. Lebih-lebih lagi apabila bidang yang diceburinya sama dengan bidang yang saya baru belajar iaitu percetakan. Sebenarnya saya telah bertanya pakcik Google banyak kali kalau-kalau ada kursus percetakan yang percuma. Ternyata kursus-kursus yang ada dalam senarai pakcik Google tidak menepati keinginan saya. Kesemuanya memerlukan pembayaran yuran sekurang-kurangnya RM500 hingga ribuan. Allah Maha Pemurah telah menggerakkan hati saya mengintai-intai perniagaan rakan saya ini. Kebetulan pula dia mengadakan sesi "Sembang Kopi" secara percuma untuk rakan niaga. Saya tak faham konsep "Sembang Kopi" sebenarnya. Rupanya ia adalah ruang untuk saya bertanya apa saja mengenai percetakan. ...

PANDUAN BERNIAGA PASAR MALAM

Malam ni saya cuba cari idea untuk menaip di blog ini berdasarkan pengalaman dulu dan dapat idea untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang baru nak mula berniaga di pasar malam dan tidak tahu bagaimana. Sebelum anda pergi ke pasar malam dan dengan selamba letak kenderaan dan buka tapak meja tanpa segan silu atau main 'langgar' je, ada baiknya anda baca dulu sedikit perkongsian saya. 1. Cari tapak niaga pasar malam paling dekat dengan kawasan tempat tinggal anda supaya mudah anda mengusung barang dan jimat petrol. Sekarang zaman online . Cari saja guna khidmat Google. Masuk ke laman web Majlis Perbandaran kawasan anda dan anda akan jumpa senarai pasar malam yang ada di kawasan anda. Jadi, anda tak perlu buang masa dan duit untuk pergi berpusing seluruh daerah untuk mencari. Senaraikan ikut hari setiap pasar diadakan. 2. Dah ada senarai pasar mana anda mahu berniaga, kenalah anda "berjalan-jalan" sambil beramah-mesra bertanya dan berbual-bual dengan peniaga yang s...

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-9

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat hari ini dan sebelumnya. Kalau rajin, bacalah. Bawah sekali saya kongsikan sikit tips cari jodoh. Sikit je. Ya. Hari ini ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-9 tahun. Banyak perubahan sepanjang perjalanan mengenalnya. 2004 - Kami berkenalan sebagai rakan biasa. Asalnya saya mahu jadi 'cupid' untuk kawan baik saya. Bahasa KAU - AKU itu biasa walaupun dia tua 4 tahun. Tak hormat orang tua betul kan?  2005 - Dari cuba jadi 'cupid', saya akhirnya terpanah diri sendiri. Baru belajar guna bahasa ABANG - AWAK. Kelakar pun ada dari KAU - AKU jadi ABANG - AWAK.  Sakitnya tu di sana sini! Sebab saya dan dia bercinta jarak jauh. Pada katil double decker asrama, saya tampal gambar ukuran pasport dia di papan katil atas saya (saya tidur katil bawah) dan tengok setiap hari sambil berbual bila saya bosan. Kami juga guna cara kirim surat. Tu pun beberapa bulan sekali. Telefon 3 kali saja sepanjang saya di asrama. Maklumlah. Sa...

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

Dua minggu sebelum tarikh 3 November 2011, satu panggilan telefon meminta saya bersiap-sedia untuk melapor diri di Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Saya hairan kerana saya belum ditemuduga. Saya hanya menghantar borang memohon jawatan melalui ayah saya yang kebetulan bekerja di universiti itu kira-kira 2 bulan sebelumnya. Saya terima pelantikan itu hanya melalui telefon dengan menjawab mahu atau tidak. Pastilah saya mahu merasa bekerja dalam sektor kerajaan itu. Ia peluang yang sangat ditunggu-tunggu semua orang! Tambahan lagi saya tidak perlu temuduga! Macam bermimpi rasanya. Hanya ada dua kemungkinan saya diterima bekerja tanpa perlu temuduga. Pertama, semasa ayah saya menghantar borang tersebut kepada pihak atasan di Sekolah Pengajian Siswazah itu, ayah saya memakai baju uniform universiti. Jadi, ayah saya mungkin dikira sebagai "orang dalam". Kedua, berkat hamil anak kedua saya. Ketika saya menerima jawatan tersebut, saya sedang sarat hami...

KISAH SI PERANTAU: KATIL 19 WAD NICU HOSPITAL KAJANG

Ini kisah setahun lalu. 1 December 2014 at 17:23 Catatan petang ini. KISAH SI PERANTAU KATIL 19. Seorang ibu yang kelihatannya agak berumur untuk melahirkan seorang bayi. Namun, Allah adalah pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Takdir menentukan bayi ke-2nya ini menghidap leukimia, jantung berlubang dan sindrom down. Bayinya tidak pernah menangis seperti bayi yang lain. Saya juga tidak pernah melihat ibu bayi ini menangis atau mengeluh. Kuatnya semangat seorang perantau... Ya, dia sang perantau dari negara seberang. Umurnya mungkin sekitar 50-an. Bekerja sebagai tukang membersih di Mines, Serdang. Tidak tinggal bersama suaminya kerana suaminya bekerja di Johor. Saya hairan melihat tabah dan kuatnya dia sebagai ibu. Saya tak sekuat itu. Petang ini ibu itu tiada di katilnya. Bos tempat dia bekerja telefon dan ingin berjumpa. Saya hairan lagi.. Bos dia tak tahu ke dia baru bersalin beberapa hari? Saya tanya siapa bos dia. Katanya sebangsa dengan saya. Terdetik...

KISAH SI JURURAWAT : KENANGAN SETAHUN LALU

Imej
1 December 2014 pada 21:38 · Kajang · Catatan malam ini. KISAH KERJA/TUGAS/AMANAH. Hari pertama di sini hingga hari ini, sudah lebih 10 kali Aleef "terseksa" dicucuk jarum. Hanya kerana sikap dan cara kerja seorang jururawat yang sangat tidak peka. Nyatanya ia mendatangkan kesusahan hati bukan sahaja pada saya sebagai ibu malahan kepada rakan sekerjanya juga yang terpaksa "membersihkan" kerjanya. Sebagai ibu, saya hairan melihat cara kerjanya yang sangat teruk. Melakukan banyak kerja dalam satu masa namun kesemua kerjanya tidak selesai tetapi menyusahkan orang lain. Salah seorang rakan sekerjanya mengeluh kerana cara kerjanya membahayakan pesakit di mana pesakit2 adalah bayi2 baru lahir. Pada mulanya saya fikir hanya saya yang marah... Alkisahnya, setiap kali jururawat tersebut ditugaskan memberi ubat pada anak saya, pasti berlaku jarum tercabut, bengkak atau tersumbat pada saluran urat tempat masukkan ubat samada di kaki, tangan atau betis. Sehingga kesaba...

DUNIA CETAK: PERMULAAN PENGLIBATAN SAYA

Imej
Assalamualaikum. Hari ini sekali lagi Facebook mengingatkan saya permulaan penglibatan saya dalam dunia percetakan t-shirt kira-kira 2 tahun yang lalu. Ketika itu saya tinggal bersama adik bongsu saya yang sudah bernikah. Beliau bekerja sebagai seorang pereka grafik syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur. Isterinya juga bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat percetakan kad kahwin di Taman Putra Kajang. Saya agak kagum melihat kesungguhannya bekerja. Pada siang hari dia akan ke pejabat. Pada malam hari pula dia akan menyiapkan tempahan baju cetak. Saya perhatikan dari awal dia mula melibatkan diri dalam dunia percetakan ini. Dia sendiri menukang dan merekacipta meja mencetak baju sebaik pulang dari kerja atau ada waktu terluang. Berbagai percubaan dilakukan. Baju-baju lama yang tidak digunakan menjadi mangsa hasil cetakan percubaannya. Gigih dan konsisten. Lampu pemanas untuk mengalih imej yang dicetak di kertas ke atas kain yang digunakan untuk mencetak baju juga diusahakannya...

SAKIT PERUT? INI UBAT PALING MUJARAB!

Imej
Oleh kerana hari ni suami mengadu sakit perut, cirit-birit dan sebu, saya ingin kongsi dengan anda satu resepi turun-temurun yang memang belum pernah gagal sepanjang saya amalkan. Resepi yang sangat mudah. Jom baca! Bahan: Beras segenggam. Air suam segelas. Gula / madu. Cara-cara: 1. Basuh beras bersih-bersih. Jangan lupa selawat. 2. Masukkan dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga hitam atau perang. 3. Masukkan beras yang sudah digoreng ke dalam gelas. 4. Tambah air suam dan gula. Madu juga boleh dijadikan pemanis. 5. Siap untuk diminum. Nota: Beras yang keperangan tidak pahit dan sedap dikunyah juga. ********* Selamat mencuba!

1 HARI SEBAGAI PEMBANTU RESTORAN

Imej
Assalamu'alaikum. Hari ini sekali lagi Facebook mengingatkan saya pengalaman bekerja 4 tahun lalu di sebuah restoran makanan. Ketika itu saya tinggal di Taman Kajang Sentral, Kajang, Selangor. Telah 5 bulan hamil anak kedua dan sudah 3 bulan mencari kerja di sekitar tempat tinggal. Entah bagaimana saya "terborak" dengan jiran sebelah rumah saya. Maksud "terborak" ini kerana saya seorang yang tidak keluar rumah untuk menemuramah dan bermesra dengan jiran-jiran. Hidup saya hanya di dalam rumah. Jika keluar pun hanya untuk ke kedai runcit berdekatan bagi membeli barangan keperluan dapur. Jika pembaca pernah menemui saya, memang akan faham bagaimana saya. Saya agak pasif dan introvert, jika tidak kenal. Kesempatan berbual ini hanya terjadi apabila saya dan jiran terserempak ketika mahu masuk ke rumah masing-masing. Melalui perbualan inilah saya diberikan peluang bekerja di restoran ini (rujuk gambar Facebook di bawah). Rupanya saya berjiran dengan seora...

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Koleksi persendirian Hari ni Facebook mengingatkan saya perniagaan percetakan saya pada tahun lepas. Setahun sudah berlalu. Sayang sekali kerana saya terpaksa lepaskan syarikat kerana tidak menang tangan menguruskan syarikat 'hampir bersendirian'. Dengan visi saya menubuhkan syarikat percetakan untuk menjana pendapatan berpanjangan bersama adik-beradik perempuan saya supaya seandainya berlaku sesuatu di dalam keluarga, kami tidak terkapai-kapai berjuang sendirian, saya daftarkan syarikat di bawah nama Legasi Cetak dengan bantuan suami. Syarikat kami dianggotai oleh saya, ibu saya, adik-adik perempuan saya dan suami. Penglibatan ibu saya adalah sebagai penasihat. Adik perempuan saya, Angah saya letakkan di bahagian jualan kerana dia lebih pakar dalam bidang jualan. Seorang lagi adik perempuan, Alya, saya letakkan di bahagian pereka grafik atas kepakarannya dalam bidang itu. Suami pula saya letakkan di bahagian kerja-kerja 'atas jalan raya...