Isnin, 30 Mei 2016

JODOH : SEGALANYA RAHSIA TUHAN

Asslamu'alaikum dan salam sejahtera.

Perancangan hari ini sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan Mak Tam (isteri bapa saudara suami saya) di Felda Pasoh 1 yang diadakan pada hari ini. Sudah beberapa bulan perancangan ini berlangsung. Kad sudah diedar. Semua orang sudah bersedia.

Tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Manusia merancang namun Allah punya perancangan yang jauh lebih baik dan manusia tidak tahu di mana hikmahnya hingga dia redha dengan semua ketetapan itu.

Sudah hampir 2 minggu pemergian Mak Tam. Kali terakhir kami berjumpa adalah 2 minggu sebelum pemergiannya.

"Kaki ni dah takde terasa apa lagi ha... Selegho pun dah takdo. Sobu yo poghut ni... Minum air yo.." Adunya semasa kami berbual.

"Mak Tam jadi ke kahwin? Kalau jadi, Azie nak sponsor bunting dan banner." Saya bersungguh dan ikhlas mahu ikut menyumbang sesuatu dalam majlisnya nanti.

"Ontah la.. Kalau ado jodoh, jadi la. Kau tunggu yo la." Sayu suaranya.

Saya malas mahu bertanya lanjut. Bimbang terjadi umpatan pula.

"Awak ni sakit. Kalau jadi, jadi la..." Suaranya lagi meluah rasa.

Ya. Sudah lama Mak Tam sakit. Bertahun-tahun selepas pemergian arwah suaminya 10 tahun lalu. Namun ibu gigih ini tidak mengalah. Biarpun sakit, 3 anak perempuan yang ditinggal arwah suami memerlukannya.

Dari tidak tahu memandu, dia belajar memandu. Dari surirumah, dia bekerja dan berhasil mendapatkan jawatan guru. Anak bongsunya masih sangat kecil semasa arwah suaminya pergi. Masih bayi.

10 tahun dia mengasuh anak tanpa suami di sisi. Hanya ada ibu, ayah dan adik-beradik.

Selepas hampir 10 tahun, dia mengkhabarkan ada yang merisik. Orang bujang. Fikirnya, jika sudah tua, anak-anak sudah berumahtangga, dia akan tinggal sendirian. Dia perlukan seseorang untuk membantu menjalani usia emasnya nanti.

Semua persiapan sudah hampir 100% siap. Bilik pengantin, baju pengantin, warna tema, bahan-bahan cenderamata sudah dibungkus, kad sudah diedar, katering sudah ditempah.

Namun, kuasa Allah s.w.t. menentukan hayatnya tidak kekal ke jinjang pelamin untuk kali kedua. Mak Tam pergi meninggalkan kami selepas dibawa ke hospital akibat sesak nafas. 2 hari dia di hospital. Khabar dari anaknya menyatakan dia boleh bercakap sikit-sikit. Hari terakhir, saya hanya tahu Mak Tam pergi selepas suami menelefon dan memberitahu berita sedih itu.

Sedih. Terpana. Betapa Allah Maha Mengatur. Subhanallah...

Kini hanya tinggal 3 beradik perempuan yatim-piatu ditinggalkan Mak Tam. Usia sekitar 20 hingga 10 tahun.

Semalam, majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan, diganti dengan majlis tahlil arwah Mak Tam. Paling mengusik hati adalah diari anak bongsunya yang berusia 10 tahun yang semakin berubah dari periang kepada pendiam dan mengasingkan diri. Hati si kecil itu sangat rindu ibunya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada arwah Mak Tam dan menguatkan hati anak-anaknya untuk menjalani hidup mereka tanpa ibubapa di sisi untuk selamanya. Semoga mereka menjadi anak solehah yang mendoakan ibubapa sentiasa.

Selamat malam.

Rabu, 18 Mei 2016

PROGRAM HI-TEA 2014 - MAMA BIDADARI CINTA

Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera.

Hari ni memori 2 tahun lalu semasa bekerja sebagai pengurus media sosial untuk sebuah syarikat perniagaan yang menjual jubah, muncul di dinding Facebook. Pengarah syarikat, Wan Sabariah mengajak saya menemaninya.

Sempat juga terserempak dengan Nurul Izzah, anak pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim semasa kami menanti program bermula. Orangnya tinggi lampai. Mesra dan ramah. Beliau bersendirian ketika saya terserempak dengannya. Walaupun kelihatan tergesa-gesa, beliau masih mahu melayani saya mengambil gambar dengannya.

Ini adalah pengalaman pertama saya "mengopi" atau hi-tea bersama usahawan-usahawan muslimah sempena hari Ibu pada tahun itu. Sebenarnya, saya tidak berminat bersosial begitu. Apalagi majlis makan-makan yang menelan belanja besar di hotel-hotel.

Tapi sebenarnya saya yang cetek ilmu dan pengalaman. Program sebegitu adalah tempat di mana para usahawan besar berkumpul dan memperkenalkan produk masing-masing. Saya masih belum faham bagaimana dan tujuan pengarah-pengarah syarikat bersosial begitu.

Acara-acara yang diadakan hari itu termasuklah demonstrasi lukisan tangan dan pertunjukan fesyen dan rekaan jubah terkini.

Jemputan istimewa adalah Dr. Robiah K. Hamzah yang hanya diberi masa sekitar 15 minit sahaja untuk berucap berkaitan tajuk program, "Mama Bidadari Cinta". Sempat juga beliau menegur penganjur kerana melebihkan acara hiburan berbanding ilmu yang akan disampaikan.

Saya pulang dengan membawa sekotak besar kek yang sebenarnya diberikan kepada pengarah syarikat. Tetapi beliau memberikan kepada saya kerana sudah biasa menerima hadiah-hadiah sebegitu.

Itulah antara saat-saat terakhir saya bekerja dengan syarikat tersebut. Saya diberhentikan kerana gagal menaikkan nama dan jualan syarikat melalui media sosial selepas tempoh percubaan selama 3 bulan.

Apa pun, pengalaman itu sangat berharga.

Ahad, 8 Mei 2016

TUNTUTAN INSURANS KENDERAAN

Sumber: Facebook Bie Aleyana

APA ITU TUNTUTAN INSURANS?

Tuntutan insurans merupakan satu permintaan rasmi kepada syarikat insurans untuk membayar sejumlah wang berdasarkan insurans polisi sebagai ganti rugi terhadap apa-apa yang berlaku pada kenderaan anda seperti kemalangan atau kehilangan.

Terdapat banyak syarikat insurans seperti yang kita ketahui, contohnya Kurnia Insurans, MAA Assurance, Pacific & Orient, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Great Eastern, Berjaya dan lain-lain lagi yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan kita tahu kenderaan yang kita miliki diinsuranskan oleh siapa tetapi adakah kita tahu bagaimana untuk membuat tuntutan insurans apabila kejadian yang tidak diingini berlaku? Dalam artikel ini akan diceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita membuat tuntutan kepada syarikat insurans dan bagaimana untuk tuntutan kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah kelak. Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sebagai “Claim Officer” di salah sebuah syarikat kredit di Malaysia.

BERAPA LAMA TEMPOH MASA NAK BUAT TUNTUTAN TU?

Sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. malah, bagi tuntutan sendiri (Own Damage Claim) mahupun OD KFK, Bank Negara telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sykt insurans dan pemilik dalam usaha mempercepatkan proses tuntutan iaitu:

1. Pemilik mestilah laporkan kepada polis dalam masa 24 jam. lebih dari itu kena sama RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sbgnya.

2. kemudian pemilik mestilah memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. pihak insurans akan keluarkan borang tuntuan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.

3. Sebaik saja insurans dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster utk menilai kerosakan kereta iaitu dalam tempoh 24 jam.

4. Pihak adjuster pula perlu melakukan survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster, baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta kau ialah pada hari ke 8 atau 9. tapi apa yang berlaku ialah pihak bengkel berlumba2 untuk membaiki kereta tanpa menunggu approval utk menjaga imej dan nama baik mereka. so, selalunya, mereka akan mula kerja selepas adjuster membuat taksiran kerugian.

TUNTUTAN SEKIRANYA KERETA KITA DILANGGAR ORG LAIN?

Ada 2 cara utk buat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, maka konpem dia bersalah. dan barulah kita leh wat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB kita.

1. Cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. kita baiki kereta kita, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah kita boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta kita tersadai selama 20 hari di bengkel dan kita dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. kira macam duit teksi lah.

2. Cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. kaedah ini diwujudkan oleh Bank Negara pada zaman 90an. proses tuntutan sama iaitu kita claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans kita.dalam erti kata lain, kita claim melalui sykt insurans kita (krn lebih cepat) dan kemudian sykt insurans kita akan claim semula dari sykt insurans pihak ketiga. NCB kita tidak akan terjejas.

NCB ialah No Claim Bonus juga diketahui sbg NCD atau No Claim Discount. Bila kita tak buat sbrg claim dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan menganugerahkan kita Bonus kerana tidak claim.. Kiraannya adalah begini:

1st year = 25% 2nd year = 33.3% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yg lain.

BAGAIMANA NAK CLAIM INSURANS? CLAIM DARI SYARIKAT INSURANS SENDIRI ATAU CLAIM INSURANS DARI PIHAK KETIGA?

Kita hanya boleh buat tuntutan insurans dari pihak ketiga seandainya pihak ketiga didapati bersalah oleh polis. Selalunya keputusan keluar dalam tempoh 14 hari. anda boleh claim insurans sendiri, dan insurans kita akan claim dari insurans pihak ketiga. Ini dipanggil KFK claim (knock-for-knock)

MASA BUAT TUNTUTAN, PERKARA BERIKUT MESTILAH DI PATUHI:

1. Salinan asal laporan polis.
2. Sketch map polis kena gak ada lukisan pelan mcm mana kemalangan boleh terjadi / kena pi balai polis balik utk beli pelan kemalangan(dokument report tu pelan dan keputusan polis..)
3. Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim)
4. Selain dari itu, pastikan kita menghantar ke bengkel yang tauliahkan oleh insurans. kebanyakan insurans tidak mahu membayar jumlah yang dibaiki pada bengkel yang tidak authorised.
5. Borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
6. Pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
Jika kereta tak rosak teruk, anda boleh mintak utk guna kereta dulu sehinggalah pihak insurans hantar adjuster dan kemudian meluluskan jumlah tuntutan.

*Semua dokumen (1,2,3) mesti ada letterhead traffic police department.

BOLEH JELASKAN SIKIT TAK TENTANG  PIHAK KETIGA?

Pihak ketiga ialah semua pihak di keliling kita semasa memandu. ia boleh jadi:
a. pejalan kaki
b. pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
c. pemandu dan penumpang kenderaan awam.
d. pemilik harta benda termasuk kerajaan serta sykt konsesi lebuhraya
Apa dia pihak ketiga tu? Pihak yg melanggar anda. di sebelah dia pula, anda ialah pihak ketiga.OD KFK bermaksud Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat. dan oleh kerana insurans anda tidak keluarkan duit 1 sen pun, maka sebab itu NCB anda selamat.

REPORT DARI PIHAK YG MELANGGAR TU PERLU TAK?

Tak perlu report pihak yg melanggar.. report sendiri sudah cukup..yg no 3 tu jika membabitkan 3rd party atau orang ketiga.. selalunya berlaku dalam accident jenis KFK (Knock for knock)..keputusan akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh kurang dari 2 minggu setelah siasatan dibuat..jika tiada sebarang aral melintang, masing2 mengaku salah, sekejap je result bole keluar..tambah sikit..
semasa pergi ke workshop untuk membuat tuntutan insurance,anda perlu ada :
1.Salinan geran kenderaan
2.Salinan policy insurance
3.Salinan report police
4.Salinan lesen memandu
5.Salinan I/C
6.Salinan cover note (optional)

Borang tuntutan akan diberi sebelum kerja membaiki dijalankan..document yg perlu ditanda tangan ialah Claim Form..selepas kereta siap, pastikan wshop memberi anda Letter of Offer dan Discharge Voucher untuk ditandatangani..excess perlu dibayar sendiri oleh owner sekiranya :-unamed driver-underage driver-driver experience is less than 2 years (dalam kata lain, still lesen P)nilai excess yg perlu dibayar ialah RM200 (minima) dan RM400 (maksima).

Excess ialah 1% dari jumlah nilai keta yang diinsuranskan dan ianya tidak wajib. selalunya di letakkan pada pemandu yang pernah buat tuntutan atau pemandu yang berisiko (terlalu muda sbg cth).bagi
-pemandu yang tidak dinamakan
-pemandu bawah 21 tahun
- pemandu berpengalaman kurang 2 tahun
-atau pemandu lesen P (ada orang ambil lesen semasa berumur 30)maka dikenakan compulsory excess. ini terletak di bawah jadual 2F dalam setiap polisi insurans kereta Malaysia.jumlahnya tetap iaitu RM400.bagi excess yang diletakkan pada polisi terhadap pemilik pula, sekiranya nilai kereta ialah RM75,000 maka excessnya ialah 1% iaitu RM750.

***

Semoga dapat membantu sesiapa yang memerlukan panduan mengenai tuntutan insurans.

Khamis, 5 Mei 2016

PROGRAM AMAL BERSAMA STREET CAFE ON WHEELS (SCOW)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Hari ni saya mesti kongsi program amal ini dengan anda. Sepatutnya saya kongsi minggu lepas. Tapi dek kerana "busy-ness", saya lupa draf tentang SCOW ni. Maaf ye kakak SCOW.


Gambar SCOW di waktu malam.
Sumber: Facebook

Program ini:
- dibuka pada bulan ini iaitu sebulan sebelum puasa bertema FRIDAY @ STREET CAFE SEMENYIH "SAYANG SI ANAK".
- khas untuk membant golongan asnaf, gelandangan atau mereka yang kais pagi makan pagi.
- menyediakan makan tengahari atau makan malam PERCUMA UNTUK GOLONGAN DI ATAS.
- mengagihkan makanan pada SETIAP JUMAAT!

Untuk mereka yang berminat boleh private message ke 0193001230 dengan maklumat:
- Nama
- Alamat
- Nombor Untuk Dihubungi
- Nama Anak2 Terlibat (jika anda menjaga mereka)

CARA MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM INI:
1. Hantar maklumat seperti di atas ke talian 0193001230.
2. Pihak SCOW akan berikan harga mengikut jumlah anak-anak asnaf dan gelandangan yang anda mahu bantu.
3. Bayar harga dan ambil tempahan anda serta berikan kepada golongan tersebut.

NOTA:
1. SCOW akan hubungi pihak PENERIMA untuk maklumkan jumlah bungkusan nasi set utk anak2. 2. PENERIMA mesti beri feedback stesen mana yang berdekatan bagi memudahkan pengambilan self pickup atau ambil sendiri.
3. SCOW akan sediakan secukupnya untuk GOLONGAN2 ASNAF, GELANDANGAN atau yang lebih tepat golongan kais pagi makan pagi.
4. Mohon BERI LALUAN kepada mereka yang istimewa ini.
5. Data setepat mungkin akan dikumpulkan untuk rujukan keperluan-keperluan yang akan datang.

Semoga Allah memberkati kita semua. Sila whatsapp ke 0193001230.

Kerjasama serta sokongan anda bagi kami mendekati golongan ini amat diperlukan.

Nak kenal dulu dengan SCOW tu ke? Baca kat bawah ni ye.

Apa tu SCOW?
Datang dari singkatan Street Cafe On Wheels, ia merupakan sebuah perniagaan berkonsepkan Trak Makanan (Food Truck) yang menjual nasi kukus berlauk dan beberapa hidangan sampingan. Pengasas SCOW ini adalah Hjh. Wan Ramlah bt Wan Zakaria dan Hj. Safein @ Md. Zain b Che Mat dari Nasi Kukus Tok' We.

Lokasi?
Taman Pelangi Semenyih, 43700 Semenyih, Selangor.

Itu saja ringkasnya. Nak kenal lebih, jenguklah Facebook mereka di SINI dan di SINI.