Ahad, 28 Ogos 2016

HOBI BARU: MEMANCING - MENDIDIK SABAR

Assalamu'alaikum semua.

Sekian lama tidak menaip di blog ini. Entah apalah yang disibukkan sangat. #^_^

Hari ni cadangnya nak sambung kira-kira akaun untuk tutup dan bubar perniagaan percetakan pertama saya yang sangat mengecewakan.

Suami pula ajak berkelah sambil memancing. Saya fikir, elok juga bawa kerja saya ke tempat yang penuh kehijauan setelah sekian lama terperap dalam simen (rumah). ╮(╯▽╰)╭

Jadi, dari pagi kami bersiap pergi beli khemah dan joran. Konon nak dapat yang murah, pergi ke Nilai 3. Hampeh! Semua RM150 ke atas untuk harga khemah walaupun kualiti tak sesuai harga. Cis! Cari joran pula, kedai pancing tak buka. -_-

Sambung cari khemah kat Semenyih Sentral. Tak ada! Cari pula kat Econsave Semenyih. Pun tak ada! Grrr!!! Penat dah ni dengan anak-anak melasak dalam kereta. -_-||

Masa tunggu suami cari khemah tu, terpandang papan tanda "Akuarium & Alatan Memancing" kat depan kereta. Masa tu parking depan kedai yang ada jual burung dan anak ayam.

Dalam 15 minit agaknya, tiba-tiba suami terpacul dari kedai tu dengan joran sebatang. Katanya tu je joran yang ada. Mungkin sebab hari ni ada pertandingan memancing kat kolam-kolam pancing area Sungai Tekala, jadi habis joran dijual.

Teringat pula yang Tesco ada jual khemah. Bergegas ke sana. Alhamdulillah jumpa. Untuk khemah 2 orang RM78.90. Untuk 4 orang RM110. Murah juga berbanding tempat yang kami dah pergi dari pagi tadi. Beli terus.

Lepas Zohor, kami bergerak dari rumah mertua (mak mertua ikut sekali) ke kolam pancing. Macam-macam perangai ada. -_-#

Lepas makan tengahari yang sangat lewat (jam 2.30 petang), saya cuba sambung kerja akaun. Tapi mata berpinar-pinar sampai tak nampak tulisan dan kepala sakit sangat. Saya jadi stress. Mak mertua cakap, relaks dulu lepas tengok saya stress tak dapat teruskan kerja.

Saya cuba baring, tak selesa. Cuba tidur, tak boleh. Akhirnya saya turun ke tepi kolam pancing. Hampir dapat seekor ikan lepas hampir 15 minit saya turun menanti tali pancing disentap. Terlepas! ~T_T~

Tunggu... Dan tunggu... Dan tunggu... Suami suruh saya tunggu dalam kereta saja bila anak-anak meragam dan buat bising. Risau orang sebelah-sebelah marah.

Mak mertua tawarkan diri bawa Aleef berjalan sekitar kolam sambil menonton orang bertanding memancing ikan di kolam sebelah.

Saya pula tertidur dalam kereta. Betul-betul tak larat menahan sakit kepala. Jam 4.45 petang saya tersedar. Suami bawa masuk Akif yang benjol kepala akibat terjatuh dan terhantuk kepala di batu tangga. Saya turun ke kolam semula sebab tak hilang juga sakit kepala sementara Akif tidur. Mertua pula berehat selepas menguap beberapa kali.

Akhirnya jam 6 petang (lebih kurang), orang sebelah (memancing juga) kasihan tengok kami perang dengan anak sambil pancing ikan tak dapat-dapat, dia pun bagi seekor ikan yang dia dapat. Ikan pacu. Lama tak rasa dah. Setahun lebih juga tak rasa ikan tu. Alhamdulillah, rezeki. ^_^||

Aiman pula merayu-rayu minta nak belajar memancing dan minta suami simpan umpan untuknya. (*¯︶¯*)

Baru beberapa minit menanti Aiman sudah mula hilang sabar. "Mana ikan ni...?" Sambil pegang kepala. Geram sebab tak dapat-dapat ikan.

Suami berjanji akan belikan joran seorang satu nanti untuk didik kami sabar. #^_^

Dekat jam 7 petang, kami beransur balik. Takpe la. Pengalaman pertama. Aiman dan Akif paling teruja. Insya-Allah boleh teruskan lagi. ^O^