Selasa, 26 April 2016

RAIKAN KEJAYAAN KECIL UNTUK KEJAYAAN LEBIH BESAR

Alhamdulillah. Masih sihat jari-jemari ni nak menaip kat blog ni. (^_^)

Apa khabar semua? ヽ(´▽`)/
👆 Soalan klise. Haha

Lama tak update blog ni. Apa sangatlah yang sibuk tu kan sampai naik sawang dah blog ni. -_-||

Sebenarnya jadual saya semenjak hidupkan semula Legasi Cetak jadi agak huru-hara. ~T_T~

Maklumlah. Baru fasa "minta nyawa". 😅😅😅

Hari ni saya kembali usaha ikut jadual sebab dah sync dengan Google Calendar. Insya-Allah. Istiqomah. 😌

Banyak sebenarnya nak cerita. Banyak sangat. Tu la... Cikgu dah cakap. Catat kat buku. Degil! Kan dah keliru sebab banyak sangat ilmu nak kongsi.

Dalam 2 bulan ni, banyak sangat ilmu dan energi positif saya terima dan sebar. Hasil memasuki rangkaian persahabatan Group Support Like (GSL) yang dikelola oleh tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Bermula dengan kumpulan kecil GSL Wira dan Sabtu lalu GSL Elite Force. Huru-hara dinding Facebook saya dengan friend request kumpulan elit. (^O^)

Ok. Tajuk blog hari ni RAIKAN KEJAYAAN KECIL kan?

Sebenarnya saya nak kongsi kejayaan kecil saya yang berjaya belajar tukar imej raster kepada imej vector menggunakan perisian Adobe Illustrator CS6.

Apa benda la pulak raster vector ni...? (─‿─)

Raster image adalah imej atau gambar yang korang biasa kutip kat Google tu dan biasanya format jpeg, png dan sebagainya. Imej jenis ni akan pecah-pecah bila dibesarkan. Tak percaya cuba korang download 1 gambar dari Google, pastu korang besarkan gambar tu. Apa jadi?

Vector image pula adalah imej beresolusi tinggi dan tidak akan pecah bila dibesarkan. Cuba la korang cari dan besarkan. Gambar tak pecah. Cantik je. Itulah vector. Vector biasanya berformat ai, psd dan sebagainya. Senang cerita dalam format Adobe la.

Oleh sebab pereka grafik perniagaan percetakan saya dan keluarga bercuti panjang sebab masalah kesihatan di samping kehamilan dengan rhesus negatif, terpaksalah saya singsing lengan dan turun padang belajar reka grafik sendiri. ::>_<::

Teringat kak Felina pula bila belajar buat grafik sendiri, dokumen-dokumen SOP sendiri, kira-kira kewangan sendiri dan sebagainya semua sendiri. ::>_<::

Tapi takpe. Sekurangnya saya tak sia-siakan masa yang ada dengan menunggu. Bertindak je walaupun kita terpaksa seret badan macam orang accident patah kaki!

Lagi satu kejayaan hari ni, saya berjaya dapatkan e-book PERCUMA dari Dr. Azizan Osman bertajuk "MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN" dan e-book ini adalah e-book penuh! Takde sekerat-sekerat!

Baru je buka Bab 1, belum baca, skrol je, keluar 20 soalan wajib jawab jujur. Terus tergamam. Macam-macam rasa ada. Tak sanggup baca lagi sebab buku MUDAHNYA BERNIAGA tu pun baru separuh baca. Ilmu dalam buku Dr. Azizan Osman ni lain sikit aura dia. Rasa macam kena hempap batu juga nak jawab soalan tu. (^.^)

Ok la. Tu je kot kejayaan hari ni. Ngantok la. Dah jam 12 pagi. Selamat malam.😉

Selasa, 12 April 2016

MASALAH PENDAWAIAN ELEKTRIK SELESAI DENGAN RZK SERVICES

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. 

Lama tak bersiaran di blog ini atas kesibukan yang melanda. Lebih-lebih lagi bila tiba hari minggu. Maklumlah bila sudah ada kenderaan yang selesa tu, perasaan nak bagi orang tua senang hati jalan-jalan tu susah nak tahan.

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu tu saya seperti minggu sudah, bermarathon dengan bantuan suami untuk memenuhi tuntutan pelanggan.

Balik rumah dah penat sangat. Faham-fahamlah kalau dah berurusan sana-sini sambil bawa anak kecil, letihnya... memang kaw! Itu pun sampai rumah jam 10 malam. Buka pagar, parking, buka pintu, buka lampu... Oh! Ada percikan api masa tekan suis lampu dan kipas. Blackout!!! Hampir 1 jam kami cuba on fius utama.

Dah la penat. Balik rumah, blackout dan fius utama "tendang" pula. Tak boleh buka langsung!

Suami malas nak pening kepala. Keluar, kunci pintu, kunci pagar, cari hotel. Nak balik kampung, dah jauh malam. Kampung yang dekat pun rasa jauh. Nasib baik anak-anak dah tidur dalam kereta on the way balik tadi.

Saya sempat hantar mesej ke RZK Services lagi sambil suami memandu ke hotel berdekatan. Dah jauh malam. Siapa yang nak layan? Haha

Esoknya, saya mesej lagi ke RZK Services ni. Hari Ahad mana ada kedai buka. Saja la cuba nasib kan... Hihi

Kata RZK Services, "Hari ni Ahad. Takde budak kerja..." - Sabar je la dengan pelanggan yang saja-saja buat-buat tak faham ni kan. Hihi

Jadi, saya minta mereka datang esoknya iaitu Isnin. Panggil adik-adik saya sekali teman saya. Gila kau nak bagi orang yang kita pertama kali berurusan ni masuk rumah dengan saya seorang dengan anak kecil sahaja di rumah? Memang tak la!

Esoknya, adik-adik saya datang. Sementara tunggu RZK Services datang rumah, sempat lagi saya singgah ke pejabat operasi cetak kami dan buat rakaman amatur cetak baju silkscreen. Sekitar jam 5 petang, kami bergegas ke rumah dan cuba on semula fius utama. Ok je. Tapi takpe. Japgi dia buat hal balik tu.

Pekerja RZK Services sampai jam sekitar 5 petang juga kalau tak salah. 3 orang. 2 warga asing. 1 warga Malaysia (Melayu). Beruniform.

First impression for the first time customer yang bagus, fikir saya.

Saya tunjukkan dan ceritakan masalahnya. Sangkaan saya ini semua SALAH TIKUS!!! Saya ingat dia periksa tempat yang saya cakap selalu ada percikan api tu. Tapi mereka periksa suis seluruh rumah. Siap panjat siling yang macam dah nak roboh tu (bukan sebab rumah season tapi sebab ada orang baiki paip air dulu buat pecah siling tu dan tak ganti balik).

Katanya, "Kak, wayar atas siling tu cantik je. Takde pun bekas gigit ke cakar ke..."

OK. Rasa berrsalah jap sebab tikus ternyata tak bersalah. Haha

Jadi, mereka periksa lagi semua suis. Bilik utama dan bilik ketiga yang bawa masalah. Bilik utama masalah berpunca dari pendawaian dalam lampu kalimantang yang dah "tercair" sebab panas sangat. Bilik ketiga masalah pada soket bilik yang wayarnya "tercium" sesama sendiri yang menyebabkan blackout.

Kerja-kerja pembetulan dan gantian fius, soket dan sebagainya yang berkaitan pun bermula. Warga asing tu la yang buat. Yang Melayu tu supervisor kot. Tapi dia tahu dan faham dari mana masalah dan cara selesaikan. Jangan nak sangka buruk kata Melayu nak jadi bos je ke apa ye. Tak layak jadi bos kalau tak ada ilmu, ok? Korang pun teringin juga kan? So, jangan beri komen negatif. Awal-awal dah bagi amaran. Haha.. Agak defensif kan saya ni?

Sekejap je dah siap pasang semua. Dalam 10 minit je rasanya. Laju. Tanya harga. Agak-agak dalam RM200 ke kan.

"RM80 kak."

Syukur pada Allah s.w.t sebab dalam dompet, saya tak simpan banyak tunai. Huhuhu

Selesai masalah pendawaian elektrik yang terbiar selama beberapa tahun. Fuh... Jadi, kalau korang ada masalah macam saya, jangan biar-biar. Hubungi RZK Services ni. Dorang ada Facebook. Whatsapp pun boleh.

Ini baru betul TRUSTED REPAIRMAN!!! - Teringat tukang baiki yang acah-acah trusted tu pula. Haha. Jangan tanya! Tak nak cerita. Biarlah. Allah kan ada.

 RZK Services
Facebook RZK Services
Sumber: Facebook