Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

TAK MUNGKIN BOLEH KEKAL KEMAS SELAGI ADA ANAK SEDANG MEMBESAR

Aku dah faham kenapa dulu ada surirumah yang kata jangan risau kalau susun atur jadual, perabot & sebagainya agak serabai. Sebab keadaan akan sentiasa berubah setiap kali bertambah anak dan anak semakin membesar. Dari pengurusan masa hinggalah susun atur perabot. Lambat juga aku faham. Ambil masa 11 tahun. 😂😂😂 Dari #TheFirst lahir aku cuba macam-macam cara untuk stay organized. But in the end... It doesn't even matter... Eh ternyanyi lak. 😆😆😆 Ni baru selesai setup buai, alih almari & laci baju dengan encik suami. Terus rasa bantal hotel murah tu memanggil-manggil. 😴😌

AJAR ANAK SEKARANG SUPAYA MUDAH KITA DI HARI BERUSIA

Imej
Aku dah serik kena bentan. So, hari ni, ajarlah #TheFirst buat kerja dapur & macam-macam kerja rumahtangga. Bukan hari ni je baru nak ajar kerja gini. Cuma hari ni baru aku ajar dia cara siang sayur ni. Bila ajar dia buat ni, teringat masa kecik aku dulu. Mak ajar masak sayur sawi ni. Umur sebaya dia rasanya. 🤔 Apa yang mak ajar, tu la kemahiran hidup yang aku guna sampai sekarang. Cuma sekarang dah bertambah la sebab banyak belajar dengan mertua juga. Aku tak guna kemahiran tu masa remaja tau. Masa umur aku 18 tahun ke 20 tahun gitu, kemahiran tu memang tak guna. Sebab aku jenis tak kenal rumah masa tu. Aku kenal komputer & kawan-kawan je. Lepas habis belajar, dah menikah, barulah kemahiran tu aku guna dan tambah baik. 😄 Ajar anak sekarang, supaya nanti kita dah berusia, mereka tahu apa nak buat pula. Kan?

BENTAN SEMASA PANTANG BERSALIN

Imej
Pernah kau buat bersauna macam ni? Ni pagi tadi punya gambar. Dengan kepala aku sekali masuk dalam tu. 😆😆😆 Ada la rupa kura-kura jap sebab kejap keluar kepala kejap masuk balik. Bila keluar kepala, sejuk oi! Gelak la kan. Nampak kelakar. Aku pun gelak tengok gambar diri sendiri. Tapi sakit bentan tu, aku dan sape yang pernah kena je la tau macam mana leganya dapat masuk bersauna dalam tu. Lega dia sama macam aku duduk kat dapur, buka api dapur tu, berdiri je depan api tu. Macam orang Eropah yang suka pasang unggun api tu. Nak kehangatan semata-mata. Tak pernah seumur hidup aku kena bentan dalam pantang. Sekali kena, ambik! Derita tu, kau je tau. Orang lain nampak kau biasa-biasa je. Boleh berjalan, bergerak, masak, mengemas bagai. Muka kau macam biasa je. Tak nampak sakit pun. Lagi-lagi anak kecil macam #TheForth tu, tak faham Mama sakit lagi. Main terjah je Mama dia, pijak kaki Mama, panjat Mama... Allahu... Menahan je wei! Huhuhu Tahan punya tahan, haaa ini la maka