Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Harian

AJAR ANAK SEKARANG SUPAYA MUDAH KITA DI HARI BERUSIA

Imej
Aku dah serik kena bentan. So, hari ni, ajarlah #TheFirst buat kerja dapur & macam-macam kerja rumahtangga. Bukan hari ni je baru nak ajar kerja gini. Cuma hari ni baru aku ajar dia cara siang sayur ni. Bila ajar dia buat ni, teringat masa kecik aku dulu. Mak ajar masak sayur sawi ni. Umur sebaya dia rasanya. 🤔 Apa yang mak ajar, tu la kemahiran hidup yang aku guna sampai sekarang. Cuma sekarang dah bertambah la sebab banyak belajar dengan mertua juga. Aku tak guna kemahiran tu masa remaja tau. Masa umur aku 18 tahun ke 20 tahun gitu, kemahiran tu memang tak guna. Sebab aku jenis tak kenal rumah masa tu. Aku kenal komputer & kawan-kawan je. Lepas habis belajar, dah menikah, barulah kemahiran tu aku guna dan tambah baik. 😄 Ajar anak sekarang, supaya nanti kita dah berusia, mereka tahu apa nak buat pula. Kan?

BENTAN SEMASA PANTANG BERSALIN

Imej
Pernah kau buat bersauna macam ni? Ni pagi tadi punya gambar. Dengan kepala aku sekali masuk dalam tu. 😆😆😆 Ada la rupa kura-kura jap sebab kejap keluar kepala kejap masuk balik. Bila keluar kepala, sejuk oi! Gelak la kan. Nampak kelakar. Aku pun gelak tengok gambar diri sendiri. Tapi sakit bentan tu, aku dan sape yang pernah kena je la tau macam mana leganya dapat masuk bersauna dalam tu. Lega dia sama macam aku duduk kat dapur, buka api dapur tu, berdiri je depan api tu. Macam orang Eropah yang suka pasang unggun api tu. Nak kehangatan semata-mata. Tak pernah seumur hidup aku kena bentan dalam pantang. Sekali kena, ambik! Derita tu, kau je tau. Orang lain nampak kau biasa-biasa je. Boleh berjalan, bergerak, masak, mengemas bagai. Muka kau macam biasa je. Tak nampak sakit pun. Lagi-lagi anak kecil macam #TheForth tu, tak faham Mama sakit lagi. Main terjah je Mama dia, pijak kaki Mama, panjat Mama... Allahu... Menahan je wei! Huhuhu Tahan punya tahan, haaa ini la maka...

KONSISTEN & ISTIQOMAH = REZEKI

Wow! Dah Februari 2020! Yup! 14 FEBRUARI 2020! Baru terhegeh-hegeh Ziad ni nak update blog ni. Ya Allah, istiqomah atau konsisten ni memang perlu dipaksa diri bertindak selama 40 hari ke atas, barulah melekat tindakan tu untuk buat setiap hari. Ternyatalah sikap konsisten itu adalah REZEKI juga ye. Perkara paling sukar untuk diubah adalah perkara yang sebati bertahun-tahun dalam diri. Sikap bertangguh terutamanya. Selagi rasa tenang, selesa, selagi tu la bertangguh. Hai lah diri!!! Kau lebih baik dari ini! Bangkit! Bertindak lebih konsisten! Barulah kau semakin berjaya.

DO I HAVE ANXIETY DISORDER?

Malam ni, ditakdirkan rajin pula nak membaca mesej-mesej grup. Baru-baru ni tak sengaja terima pelawaan seorang coach psychology untuk masuk ke grup whatsapp beliau. Mula-mula Ziad buat tak tau je mesej dalam tu. Sekadar respon bila diminta saja. Tapi sejak beberapa hari ni, rasa malas yang melampau, bosan dan give up. Kemuncaknya pagi tadi, ada airmata mengalir yang tak tahu puncanya kenapa. Entah sebab bisnes yang rasa stuck sebab komitmen kekeluargaan sangat tinggi sebagai seorang surirumah atau bosan terpaksa mengharap bantuan keluarga untuk urusan luar rumah. Malam ni, coach buka topik anxiety disorder. Bila Ziad jawab soalan diagnosis coach, nampaknya Ziad juga ada masalah ini. Alhamdulillah sahaja atas apapun ujian Allah beri. Ziad mungkin perlukan guru ini. Sekian lama meninggalkan dunia terapi, mungkin sudah tiba masa merawat diri lagi.

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Imej
Alhamdulillah. Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci". Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada: 1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul. 2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR. 3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang. 4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya. 5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam. Syukur atas kurniaan Allah s.w.t. -------------------------------- Perkongsian mengenai MLB pula.  Selfie dulu s...

ANYS IDAYU ZAKARIA

Imej
Dah 4 tahun rupanya kita berjodoh, cikgu. Banyak perubahan diri yang terjadi sejak kita berkawan. Alhamdulillah. Semoga hubungan ini dalam rahmat Allah. Guru blog yang mengubah persepsi aku tentang rezeki. Kenal melalui sebuah transaksi jual-beli buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin.💞

RUTIN BIASA

Imej
Rutin pagi biasanya aku sehabis boleh tak nak TheForth bangun tidur sebab bila dia bangun, aktiviti aku yang menyandang pelbagai jawatan kat rumah ni jadi haru-biru. Apa taknya, asyik melayan dia yang memanjang nak menyusu badan. Umurnya dah 1 tahun 8 bulan tapi masih kuat menyusu. Bukan aku tak nak ajar dia guna botol dan susu formula tapi alang-alang dah nak 2 tahun tu, biar je la. Dia boleh dah minum susu formula. Cuma aku tak bagi kerap la. Sebolehnya aku nak bagi dia puas menyusu 2 tahun genap. So, kena la aku tanggung kesusahannya kan. Hehe Semoga kesusahan itu menambahkan pahala aku. Aamiin. Aku banyak meronda Facebook je bila menyusu TheForth ni. Sama ada aku membaca dan komen posting kawan-kawan atau salin iklan berjadual yang disediakan bos Khaliframe. Bila TheForth tertidur semula barulah aku sambung kerja dapur dan rekagrafik. Gambar sekadar hiasan. Kamera kabur sebab skrin retak.

HATI BAHAGIA

Imej
Sinopsis cerita hari ni bermula dengan aku yang selsema sikit. Menjelang tengahari, sambil siapkan design tempahan urgent pelanggan setia, aku dah mula tak sedap badan. The Forth (anak aku yang ke-empat) juga begitu. Selsema teruk. Anak kecil ni, bila tak sihat lagilah kuat melekap dengan maknya. Asyik mengamuk je dia kat aku bila aku dekat dengan laptop . ~^O^~ Bila baring takde pula dia nak mengempeng. Ditinggalnya kita sesorang atas katil tu. -_- Tengahari lepas Zohor, encik suami bawa balik KFC untuk anak-anak. Sangkanya aku tak masak. Rezeki. Syukur jelah.*^▁^* Dah kenyang semua, aku tak boleh tahan dah selsema teruk sangat. Telan sebiji chlorphenoramine maleate . Tidur terus. Adik ipar datang rumah pun aku tak layan. ^_^¦¦¦ Dia yang layan anak-anak aku. Siap bawa ke taman.(*¯︶¯*) Sedar dari tidur (aku tidur lepas solat Asar), jam dah 6.30 petang. Badan semua sakit oi! Tak nak bangun rasanya. ^_^|| Tapi tak boleh. Kena bangun juga. Mandi ...

GET BACK IN TRACK!!!

Imej
Bapak la lama tak update blog. Bukan bersawang je, dah penuh serangga.  Alhamdulillah bermula 4 Oktober 2018, aku masuk balik kelas blogging dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Dibimbing oleh guru aku yang sangat konsisten menulis blog, Puan Anys Idayu Zakaria. Aku usahakan masuk kelas ni balik sebab risiko hilang akaun Facebook agak tinggi kan? Sayang la penulisan kat dalam tu semua jika hilang. So, aku putuskan untuk berblog semula. Khas buat bisnes persendirian yang aku sudah aktifkan lesennya, Ziadah Artwork & Printing Services atau ringkasannya, ZAPS . ZAPS mengutamakan servis rekagrafik ( graphic design ) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran ( flyers ), kain-kain rentang ( bunting , banner , backdrop ), pelbagai pelekat ( sticker ) dan sebagainya. Selain itu, ZAPS adalah pengedar dan penjual sah dan berdaftar cenderahati khat dari Khaliframe By Dhuha Rashidi dengan kod pendaftaran DK...

BERMULA SEMULA

Salam'alaik pembaca setia. Sekian lama saya tak jengah blog ini. Banyak perkara berlaku dan begitu pantas meregut masa. Lebih-lebih lagi dengan lahirnya bayi ke-empat saya. Kesibukan bersama 4 orang anak itu bukan mudah ditangani apabila bersendirian menguruskan hampir segalanya. Hidup jadi tak terurus sejak saya ada bayi baru ni. 😅 Hari ini saya menaip di sini kerana rindu menaip (menulis). Dulu, masa remaja,  dunia saya adalah dunia penulisan dan lukisan. Selalunya hingga 3-4 pagi saya melukis dan menulis. Sampai ponteng sekolah. 😅 Perasaan saya biasanya saya gambarkan dengan tulisan dan lukisan kerana tiada tempat meluah rasa. Dan hari ini, situasi ini berulang. Sebelum saya ditendang keluar dari kumpulan percetakan Put3 Sweet Gallery kerana tidak mencapai target, saya sempat mengasah bakat lukisan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Terima kasih semua yang terlibat untuk pengalaman selama setahun dalam bidang kad kahwin itu. Hingga hari ini, saya ...

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Imej
Lagi 3 hari dah bulan Ramadhan. Yang lebih mengujakan, Ramadhan kali ni disambut bersama cuti sekolah. Ya Allah, sampaikan kami semua (umat Islam) ke bulan Ramadhan yang Kau sediakan dengan pahala berlipat kali ganda. Tambahkan iman kami, kuatkan iman kami. Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan kami hidup untuk bertaubat atas dosa lalu kami. Ampuni seluruh dosa kami ya Allah. http://get.muslimpro.com #muslimpro

GURU KEROHANIAN

Salam'alaik. Testimoni saya sendiri hari ni, dengan amalan tasbih asmaulhusna, selawat dan bicara hati, saya lakukan mengikut saranan Tuan Hazehan, hajat saya mahu buat duit dengan kemahiran yang saya ada, semakin nampak jalannya. Selain tu, hajat yang tidak berkaitan dengan kemahiran juga termakbul. Bermula 4 April 2017, saya mulakan amalan ini hingga hari ini. Setakat ini saya terima kurnia Allah yang banyak. Antaranya: 1. Saya dapat coaching dengan Umi on call. 2. Saya dapat semula pelanggan untuk kerja2 rekagrafik (graphic design). 3. Saya dapat jadi admin group ini dan diamanahkan menghasilkan ebook group ini. 4. Permohonan pinjaman suami saya diluluskan di saat-saat kami hanya ada tak sampai RM50 untuk menampung belanja 5 tanggungan untuk masa sebulan dan pinjaman ini juga akan digunakan untuk rumah baru kami yang juga sudah lulus permohonannya dan dijangka siap sebelum Syawal tahun ini. 5. Saya dapat smartphone baru untuk kegiatan perniagaan saya yang saiz storagenya ...

RUMAH ORANG DISANGKA RUMAH ABAH

Imej
Baca tajuk pun dah pelik kan? Ya. Itu hakikat. Tahun 2007. Tarikh hari ini, 31 Mac. 10 tahun lalu. Selepas sebulan usia perkahwinan dan tinggal bersama ibu mertua dan ipar-duai, saya dan suami berpindah ke sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih. Rumah tu asalnya arwah abah (bapa mertua saya) tinggal semasa dia masih berniaga pasar di kawasan sekitar Semenyih. Selepas abah tidak lagi tinggal di situ (berpindah ke tempat yang kami tak tahu), kami pun pindah masuk dengan yakinnya bahawa rumah itu rumah abah. Siap pinjam lori kilang suami bekerja dulu bawa barang pindah masuk. Siap cakap dengan jiran yang bertanya, itu rumah abah kami.  Dokumen-dokumen abah masih ada di situ masa kami pindah masuk. Bersepahnya, tak tahu nak cakap. Abah tinggalkan macam tu je? Pelan tanah felda abah pun ada selain dokumen penting lain. Saya rasa pelik tapi saya simpan dan kemaskan saja dokumen tu semua. Ibu saya turut datang membantu kami kemaskan rumah tu. Bau najis tikus kuat. Di belakan...

A STORY TO TELL

Imej
MACAM DIA... Saya seorang surirumah, macam dia. Saya pernah bermula sebagai seorang dropshipper, macam dia. Saya pernah berjaya menjual hanya 1pcs produk dalam masa 2 bulan, macam dia. Sebab TAK SERIUS. Suka-suka. Sekadar mahu tahu. Saya pernah "jatuh", macam dia. Semua hilang saat kejayaan baru mengintai, macam dia. Tapi dia berjaya bangkit dalam masa sangat singkat selepas habis pantang. Mula dari kosong semula. Subhanallah. Betapa kejayaan itu mudah dicapai bila kita buat apa patut kita buat. Akhirnya, saya upgrade diri dengan tambah ILMU YANG DIPERLUKAN, dari dia. Saya masuk kelas anjurannya, Kelas Newbie Meroket Batch Pertama. Sambil melayan anak-anak di rumah, sambil kutip ilmu dalam kelas online. Dia juga sama. Dek kerana sambil melayan anak, membuatkan sukar menaip, dia kongsikan rahsia kejayaannya melalui audio. Walaupun saya rasa "bising" sebab dah malam, anak-anak nak tidur, saya cuba ikuti apa ilmu yang diberinya juga. Serius ilmu ini sangat ...

KELAS ONLINE NEWBIE MEROKET

Imej
Salam'alaik semua. Baru-baru ini saya ada masuk kelas online percuma yang diadakan pada 12 Mac 2017 yang lalu di group Whatsapp. Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua mengenai kelas ini kerana ia bermanfaat buat mereka yang masih sangat baru dalam perniagaan. Siapa dia ni? Dia juga seorang ibu dan surirumah seperti saya. Bezanya, dia adalah  Stokis Auoliya berumur 25 tahun yang berjiwa besar. Bangkit dari fasa kejatuhan dan kini sedang aktif berkongsi ilmu tentang bagaimana beliau naik dengan sangat cepat ketika mulakan perniagaan online walupun bermula dari zero. Kini ZULAIKHA RAMLAN telah/sedang menuntut ilmu di :  💟 Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama Dr Azizan Osman 💟 Group Support Like bersama En Khairul Zahrin Abd Karim 💟 Group Support Like Elite Force bersama -En Khairul Zahrin Abd Karim -Cekgu Daus ( Big Why ) -Aiman Ismail ( Content Marketing ) -Storytelling (Tuan Izan Shafie) 💟 All About Marketing bersama Norain...

SISTEM AKAUN TERBAIK

Imej
Saya baru saja selesai merekodkan transaksi kewangan saya untuk tahun 2014 melalui sistem akaun yang saya sewa di niagawan.com . Dari dulu saya mula berniaga saya tercari-cari sistem akaun seperti ini. Apatah lagi saya memang aliran perakaunan semasa sekolah menengah dan pengetahuan mengenai prinsip akaun diserap lagi semasa menjejak kaki ke kolej-kolej. Saya tidak pandai cipta sendiri sistem begini walaupun saya pelajar perakaunan dulu yang dapat markah CGPA 4.0 untuk subjek akaun ini. Malah saya teruskan membeli dan mencari sistem yang sangat menepati imaginasi saya.  Agak perfectionist kan? Ya. Walaupun markah 4 flat dalam subjek akaun tapi kalau dah hampir 10 tahun tak pernah amalkan, confirm jadi kosong semula kan bila nak guna ilmu tu untuk bisnes sendiri? Itulah yang terjadi pada saya.  Sebab tu saya tak pernah dapat kembangkan bisnes. Akaun berterabur! Bisnes sendu, hidup segan mati tak mahu. Untuk kawan-kawan yang baru nak belajar buat duit, saya sangat saran...

CHECKLIST SOP KEROHANIAN

2017, SOP dalaman dan Kerohanian CHECKLIST =========== 1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya 2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat) 3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. ibn Sunni 4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya) 5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat. 6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu 7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat 8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari ...

Hari yang sangat letih...

Imej
Salam'alaik semua. Semalam adalah hari yang agak letih untuk saya. Pagi-pagi sudah bergegas ke klinik untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Bukan 1 temujanji tapi 3; saya, anak kedua dan anak ketiga. Mujurlah suami tidak ke luar kawasan dan dibenarkan keluar pejabat. Kalau tak, mungkin saya tak pergi temujanji tu semua. Faham-fahamlah situasi jika 3 orang kanak-kanak bersama seorang ibu sarat ke klinik. Dapat bayangkan kerenahnya? Demam! Terima kasih suami yang sudi membantu. Urusan temujanji di klinik pun memakan masa 4 jam tidak termasuk urusan mengambil ubatan di kaunter farmasi. Sabarlah yang paling penting. 😅 Pulang ke rumah, kami singgah membeli nasi ayam untuk makan tengahari sekeluarga. Nak memasak memang tak sempat memandangkan jam hampir pukul 1 petang dan anak pertama belum makan dan belum siap pakaian sekolahnya. Selesai makan, cepat-cepat bersiap dan hantar anak ke sekolah. Suami terus bergegas ke pejabat. Saya yang tinggal dengan 2 orang anak lagi, su...

RELAKS DI USIA 40

Salam'alaik semua. Beberapa hari ni kesihatan tak mengizinkan saya fokus pada perancangan bisnes. Batuk-batuk, asma dan sakit pinggang silih berganti. Mujurlah anak-anak sudah sihat. Kalau tak, ke hospital sudahnya saya ni. 😅 Kandungan pun sudah mencecah 9 bulan lebih. Menunggu masa saja melahirkan. Harapnya dah sembuh batuk ni barulah bersalin. Kalau tak, seksa nak menahan batuk dengan luka bersalin. 😱 Soal bisnes percetakan, perlahan-lahan Allah bukakan jalan. Bertemu dengan pembekal-pembekal lain secara online. Ia betul-betul jalan untuk saya merancang dengan lebih baik perlahan-lahan dan sendirian. Mungkin benar kata mak mertua saya, nanti umur kau 40 barulah boleh relaks. Begitulah katanya ketika mengetahui saya hamil cucunya yang ke-4 beberapa bulan lalu. Ya. Memang saya berniat relaks pada usia 40-an. Relaks yang bermaksud, perniagaan saya sudah mampu dijalankan secara automatik. Wallahua'lam. Saya hanya merancang. Allah saja tentukan segala...

Kerjasama dengan HARASH COLLECTIONS

Imej
Salam'alaik semua. Hari ni nak kongsi kerjasama saya dan Harash Collection, peneraju pakaian sedondon patuh syariah. Sebenarnya dah lama saya ikut Harash Collection diam-diam sebab rekaan baju berpasangan (couple t-shirt) mereka sangat cantik. Kalau banyak duit, semua saya borong. 😁 Bermula raya 2016 yang lalu saya mula membeli. Saya tak beli banyak. Hanya sepasang untuk saya dan suami. Kemudian baru saya beli pakaian untuk anak-anak. Tunggu bajet la katakan.... 😅 Tak berapa lama kemudian saya terbaca Harash Collection buka peluang menjadi agen dropship secara percuma dan akan mengadakan kelas percuma juga. Teruja dengan ilmu yang bakal diterima, saya daftar. Saya hadir ke kelas mereka yang saya rasa ilmunya sangat-sangat mahal kerana co-founder mereka, Tuan Zulqurnain mengajarkan kami ilmu dari BRC (Bukhari Ramli) dan Write To Wealth (Aqif Azizan) secara percuma untuk melatih kami menjadi agen yang bagus. Tapi sayang... Seperti biasa, ilmu yang saya b...