Rabu, 30 Mac 2016

Perjalanan Legasi Cetak Yang Terkini

Assalamu'alaikum kepada muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim.

Hari ini saya luangkan masa untuk menaip di sini tentang perjalanan Legasi Cetak; perniagaan percetakan yang saya usahakan bersama suami, ibu dan adik-adik perempuan saya.

Setelah setahun saya lepaskan Legasi Cetak di bawah pengurusan adik saya, Nash, saya lihat tiada perkembangan memberangsangkan memandangkan ketika itu hidupnya dihimpit masalah teman lelaki yang "kurang siuman". Ini menyebabkan saya mula melangkah masuk kembali dan berusaha menyatukan semula anggota perniagaan kami yang telah berpecah-belah.

Ya. Bukan mudah berniaga di bawah satu bumbung bernama keluarga apabila kesatuan hati itu tidak pernah terjadi sedari kecil. Namun, usaha tetap perlu agar tidak dipersoal di akhirat nanti.

Entah bagaimana, kami tiba-tiba bersatu setelah diberi peluang rakan Nash, Raden Ahmad dari Eventers Management & Services untuk mempromosikan Legasi Cetak dengan menaja produk percetakan kami melalui pertandingan Muslim Model Show 2016.

Pihak kami diminta menaja sama ada 100 helai baju-T atau mereka beli 50 helai baju-T, 50 helai baju-T lagi ditaja bersama bunting, banner dan pelekat. Untuk penajaan 100 helai baju-T adalah amat berat memandangkan kos yang tinggi bagi perniagaan kami yang baru "terjaga dari tidur yang sangat panjang". Jadi, kami ambil keputusan untuk memilih pilihan kedua.

Kelewatan kami menghantar invois untuk rujukan dan kelewatan pihak Eventers menghantar rekaan yang mahu dicetak serta pembetulan rekaan yang berulang-kali yang perlu dilakukan adik saya, Alya (pereka grafik) menjadikan semua tempahan dicaj sebagai tempahan urgent di mana ia pastilah memakan kos yang lebih lagi. Tiada orang yang mahu bekerja lebih masa tanpa dibayar lebih, kan? Tambahan lagi pada masa itu semua tempahan kecuali 50 helai baju-T yang kami taja siap direka pada Hari Raya Cina. Mana ada kilang yang buka! Mujur ada kilang berdekatan yang baru buka mahu menyiapkan tempahan kami sehari sebelum saringan pertandingan Muslim Model Show 2016 berlangsung.

Setelah semua t-shirt siap dicetak oleh adik lelaki saya, Yusuf dari Zatshin Enterprise, Nash pula menjadi runner untuk menghantar semua tempahan memandangkan suami saya bekerja sebagai pemandu JUSA A di sektor kerajaan yang tidak memungkinkan dia membantu saya kerana masa yang sangat terhad.

Emak saya menyuntik semangat kami dengan saluran dana berjumlah RM3000 memandangkan kos yang tinggi. Terima kasih mak. Malahan emak juga bantu kami jahit selempang untuk model-model finalis nanti! Tapi selempang tersebut terpaksa dibatalkan.

Setelah semua tempahan dihantar, Nash yang juga dijemput menjadi krew Muslim Model Show 2016 membantu memasang banner (telah ditukar kepada backdrop mengikut kehendak pelanggan). Emak yang risau, memanjang mengarahkan Nash pulang kerana Petaling Jaya dan Kajang bukanlah dekat untuk pulang di tengah malam. Tambahan pula, Nash baru beransur pulih setelah peristiwa dipukul bekas teman lelaki kurang siumannya sebelum itu. Ditambah lagi bekas teman lelakinya itu hampir setiap hari menanti di tangga apartment untuk berjumpa Nash sehingga ke tengah pagi (merujuk kepada cerita rakan bekas teman lelakinya). Jadi, Nash tidak dapat melibatkan diri sebagai krew Muslim Model Show 2016 kerana soal keselamatan yang tidak terjamin.

Sepanjang menyiapkan rekaan tempahan Muslim Model Show 2016, sekali lagi, anggota Legasi Cetak bercakaran demi menyiapkan tempahan. Bahkan salah seorang anggota keluar dari kumpulan. Setelah seorang ahli keluar, seorang anggota lagi pula bercakaran dengan pihak Eventers. Aduhai... Mujur saya masih boleh berbincang dengan mereka. Saya sebagai mastermind memanglah kecewa tetapi saya tetap akan berusaha mempertahankan perniagaan ini selagi boleh. Biarlah semua anggota bergaduh pun. Air dicincang takkan putus. Lama-lama bersatu semula. Asalkan perniagaan ini tidak mati, cukuplah.

Setelah beberapa minggu berlalu dan Legasi Cetak mula mendapat bayaran jualan kredit beberapa hari lalu, kini tiba masa untuk kami menyiapkan 50 helai lagi baju-T yang kami telah setuju untuk taja. Pihak Eventers memohon untuk menyelesaikan bayaran akhir pada penghujung April 2016. Alhamdulillah.

Saya enggan mengganggu tugas hakiki pereka grafik kami, Alya, yang sedang hamil dan punya kerja hakiki dengan syarikat percetakan lain. Jadi, saya putuskan belajar membuat rekaan sendiri. Sedikit-sedikit saya cuba belajar semula menggunakan perisian Adobe Illustrator, Photoshop dan sebagainya. Alhamdulillah. Menjadi. Kan ada hikmah di sebalik setiap kesusahan?

Sekarang tinggal kerjasama antara Legasi Cetak dan Zatshin Enterprise untuk menyiapkan tajaan baju-T model-model Muslim Model Show 2016 tersebut. Semoga kejayaan akan menempa kami semua dan memperoleh hasil yang diberkati. Amiin.

Oh! Lupa pula. Saya telah membeli domain Legasi Cetak tetapi sayangnya masih belum sempat memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Saya masih dalam usaha menyiapkan koleksi rekaan baju-T Legasi Cetak dan sebagainya.

Begitulah perjalanan Legasi Cetak yang terkini. Susah tau! Ingat mudah ke jadi orang berniaga ni? Kalau rakan kongsi bercakaran, terkontang-kantinglah kita ni fokus sorang-sorang. Biarkan yang bercakar tu sejuk dan dengan rela hati mahu bekerjasama. Semoga dibukakan pintu rezeki lebih luas lagi apabila bersatu hati nanti.

Semoga usaha ini diberkati-Mu ya Allah. Terima kasih semua yang sudi baca.

Gambar 1 - Tempahan dan Draf

Gambar 2 - Nash dan Persiapan MMS2016 di MBPJ

Gambar 3 - Rekaan Tempahan Tajaan Baju-T oleh saya sendiri melalui idea Raden Ahmad.

Ahad, 27 Mac 2016

TANGAN BESI URAT DAWAI - Ingatan Untuk Ibu

Dulu, semasa kecil, saya sangat suka membelek tangan ibu saya. Saya suka melihat urat-urat yang timbul di tangannya. Saya rasa urat-urat itu mencantikkan tangan ibu saya dan berharap urat-urat itu berada pada tangan saya.

Setelah mencecah usia begini, barulah saya faham kenapa tangan ibu penuh urat-urat yang cantik tu.

Ia tanda kerja keras ibu membanting tulang, menjaga anak-anak yang beratnya 3kg hingga 10kg ke atas yang minta dikelek ke sana ke mari setiap hari sambil memasak, mengemas mahupun membuang air.

Hargai ibu sehingga habis hayat kita. Bukan hingga habis hayat ibu kerana alam kubur adalah 'hayat seterusnya' di mana kita tidak lagi dapat mendoakan sesiapa melainkan menanti doa tiba.

Nota: Betulkan jika tafsiran saya salah.

Selasa, 15 Mac 2016

GSL BATCH WIRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sihat sikit selepas beberapa hari merana kerana masalah resdung menyerang kembali dengan lebih teruk selepas saya berhenti menggunakan Bella Formula Sinus Cure selama sebulan. Ternyata saya memang perlu bergantung dengan produk tersebut untuk sentiasa sihat.

Kebetulan hari saya diserang penyakit ini, adalah hari saya perlu beri komitmen tinggi dengan GSL (Group Support Like) Batch Wira. Saya dapat online sekali-sekala sahaja memandangkan mata saya sangat sukar melihat kerana terlalu gatal apabila dibuka. Sangat seksa.

Suami saya naik risau melihat saya menenyeh dan menggaru mata hingga merah menyala. 😞

Dia ambil keputusan membeli semula Bella Formula Sinus Cure walaupun saya berat hati kerana produk ini memerlukan kami mengeluarkan belanja RM60 setiap bulan. Untuk orang seperti saya, RM60 setiap bulan itu agak banyak walaupun suami tak kisah. 😢

Apa pun, terima kasih kepada cikgu Anys yang membantu saya menyertai GSL yang begitu padat jadualnya. Tiba-tiba dinding Facebook saya penuh dengan friend request. Terkejut saya.😅

Banyak yang perlu saya kejar untuk get on track. Cuti lama sangat dari online. 3 hari tu lama la kan.😁