TIPS BISNES ONLINE
Berbisnes secara online ni selalunya tidak memerlukan kita keluar rumah dan bersusah-payah demi mendapatkan pelanggan. Tapi ada sedikit tips yang sudah lama saya amalkan dalam berbisnes secara online ni. 1) PELANGGAN ALLAH YANG HANTAR Ya atau tidak, tanyakan jauh di dalam hati anda. Tak mungkin seseorang pelanggan itu mahu membeli dengan kita jika bukan kerana Allah telah gerakkan hatinya untuk berurusan dengan kita. Bukan kita saja yang menjual produk kan? 2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB Pernah tak, kita buat sesuatu kraf untuk kegunaan sendiri, tiba-tiba ada seseorang yang tertarik dengan hasil tangan kita tu. Dengan tak semena-mena dia jadi pelanggan pertama kita. 3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB Ya. Jangan gentar. Jangan rasa terlalu perlukan fb. Percayalah. Yang kita patut gentar ialah bila kita mula leka dengan hasil hingga meninggalkan Allah seinci demi seinci. 4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA. Sebagai penjual, kita sangat perlu dekat dengan Allah. Kerana...