10 TIPS RUMAH SENTIASA KEMAS & BERSIH
Sebagai surirumah seperti saya, menguruskan 3 orang anak sendirian memang rasa seperti nak gila. Apalagi mereka yang mempunyai lebih ramai anak. Ada hari-hari yang kita rasa huru-hara. Di samping menyiapkan anak-anak, menjalankan perniagaan online dan penulisan, menyediakan makanan tepat pada masanya, kerja-kerja rumah yang ada berkemungkinan besar tertangguh. Walau bagaimana gila pun hidup kita, ada beberapa perkara mudah kita boleh lakukan untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas — hanya dalam beberapa minit setiap hari! #1 15 MIN IT SAHAJA Setiap petang, ambil 15 minit untuk mengemas rumah. Bila kita lakukan ini, kita akan tidur dengan rumah yang teratur dan bangun dengan keadaan yang sama. Ini akan menurunkan kadar tekanan atau stress ketika bangun dari tidur, terutama apabila terpandang pinggan-mangkuk yang perlu dibasuh atau permainan anak-anak yang bersepah menanti diletakkan di tempatnya semula. Kita akan rasa menakjubkan apabila dapat membuat perkara ini dalam mas...