Ahad, 21 Oktober 2018

MESEJ & WAJAH BAHAGIA OKTOBER 2018

       

Alhamdulillah. 


Alhamdulillah

ANYS IDAYU ZAKARIA

Dah 4 tahun rupanya kita berjodoh, cikgu. Banyak perubahan diri yang terjadi sejak kita berkawan. Alhamdulillah. Semoga hubungan ini dalam rahmat Allah.

Guru blog yang mengubah persepsi aku tentang rezeki. Kenal melalui sebuah transaksi jual-beli buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin.💞


Khamis, 18 Oktober 2018

TIPS BISNES ONLINE

Berbisnes secara online ni selalunya tidak memerlukan kita keluar rumah dan bersusah-payah demi mendapatkan pelanggan. Tapi ada sedikit tips yang sudah lama saya amalkan dalam berbisnes secara online ni.

1) PELANGGAN ALLAH YANG HANTAR
Ya atau tidak, tanyakan jauh di dalam hati anda. Tak mungkin seseorang pelanggan itu mahu membeli dengan kita jika bukan kerana Allah telah gerakkan hatinya untuk berurusan dengan kita. Bukan kita saja yang menjual produk kan?

2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB
Pernah tak, kita buat sesuatu kraf untuk kegunaan sendiri, tiba-tiba ada seseorang yang tertarik dengan hasil tangan kita tu. Dengan tak semena-mena dia jadi pelanggan pertama kita.

3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB
Ya. Jangan gentar. Jangan rasa terlalu perlukan fb. Percayalah. Yang kita patut gentar ialah bila kita mula leka dengan hasil hingga meninggalkan Allah seinci demi seinci.

4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA.
Sebagai penjual, kita sangat perlu dekat dengan Allah. Kerana keberkatan dan peningkatan rezeki kita ditentukan Allah.

Utamakan solat dan anda akan lihat hasil keajaiban mendahulukan perintah Allah di dalam hidup, kerjaya dan usaha.

Sumber: Page Fb Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin
Olahan: Ziadah Zainal Abidin

Selasa, 9 Oktober 2018

JOB DESIGN PERTAMA DARI KHALIFRAME

Pagi-pagi dah mengadap muka Puan Dhuha Rashidi, bos dan juga founder Khaliframe. Dia bagi gambar seketul-seketul muka dia pegang cenderahati khat Khaliframe. Minta tolong aku buatkan design untuk posting testimoni Khaliframe. Siap bagi contoh dan draf.

Aku memang suka sangat bila pelanggan bagi draf dan contoh dia sendiri sebab aku tak payah susah-payah fikir dia nak warna apa, nak susun macam mana. Mempercepatkan kerja-kerja aku untuk beralih kepada tempahan pelanggan lain.

Menyanyi aku buat design yang 1 ni. Maklumlah, founder tu senyum je kan. Hihihi

Image may contain: 1 person, smiling
Gambar founder Khaliframe yang sudah dibuang background.

Ni la jadinya lepas aku design.



Syukur siap cepat dan draf diterima dengan minor correction. Hihihi

RUSH HOUR

Tengah sedap buat design yang banyak, tiba-tiba pula mouse buat hal. Ha!!! Berkejar aku ke Tesco Kajang nak mencari mouse. Apa tak berkejarnya? Dah jam 9 lebih. Kedai dah nak tutup!

Masuk Tesco, naik escalator, ternampak pula kedai Mr. DIY belum tutup. Syukur sangat. Cepat-cepat beli 1 mouse comel. Balik rumah terus sambung kerja design khat dan design dari kawan-kawan lain. Terpaksa siapkan cepat sebab aku memang suka buat kerja siap cepat. Hehehe

Inilah si tikus robot comel yang menyelamatkan job designku.

Terima kasih sangat dengan suami yang sanggup bawa isteri dia ni cepat-cepat ke Tesco. Dah mula faham dah dia tugasan isterinya ni sebagai freelance graphic designer. Alhamdulillah. Ia satu nikmat.

RUTIN BIASA

Rutin pagi biasanya aku sehabis boleh tak nak TheForth bangun tidur sebab bila dia bangun, aktiviti aku yang menyandang pelbagai jawatan kat rumah ni jadi haru-biru. Apa taknya, asyik melayan dia yang memanjang nak menyusu badan. Umurnya dah 1 tahun 8 bulan tapi masih kuat menyusu.

Bukan aku tak nak ajar dia guna botol dan susu formula tapi alang-alang dah nak 2 tahun tu, biar je la. Dia boleh dah minum susu formula. Cuma aku tak bagi kerap la. Sebolehnya aku nak bagi dia puas menyusu 2 tahun genap. So, kena la aku tanggung kesusahannya kan. Hehe

Semoga kesusahan itu menambahkan pahala aku. Aamiin.

Aku banyak meronda Facebook je bila menyusu TheForth ni. Sama ada aku membaca dan komen posting kawan-kawan atau salin iklan berjadual yang disediakan bos Khaliframe. Bila TheForth tertidur semula barulah aku sambung kerja dapur dan rekagrafik.

Image may contain: 2 people, including Ziadah Zainal Abidin, hat, selfie and close-up
Gambar sekadar hiasan. Kamera kabur sebab skrin retak.

Isnin, 8 Oktober 2018

1 BENDA PATUT TAHU TENTANG KHALIFRAME

Korang memang patut tahu satu benda ni. Tulisan yang dibuat bentuk-bentuk tu kan semua tu asalnya ditulis tangan. Penulis khat Khaliframe ni pulak akan tulis ikut macamana yang kita pilih. Fuh memang special-lah. Bukan main conteng-conteng je. Yang tambahkan lagi specialnya, tulisan original tadi dikemaskan pula lagi oleh designer. Antara designer tu, akulah. Kasi lebih segak. Lebih wow. Lebih premium. Tentunya hanya di Khaliframe. Ingat je cenderahati khat, terus sebut Khaliframe tau.

NOTA:
Tulisan khat yang ditempah hanya ada warna hitam atau putih sahaja ye. Yang dalam gambar bawah ni hanya nak bagi jelas kat mata aku.

Image may contain: textNo automatic alt text available.

Ahad, 7 Oktober 2018

DESIGN STICKER

Ni la gambar design sticker yang urgent tu. Tempahan dari pelanggan setia aku, seorang pemilik Cyber Cafe di Klang.

Mujur bahannya aku ada. Kalau tak, makan hari juga nak siapkan. Dari gambar contoh tu, nak design semula. Aku memang boleh buat.

Kalau korang nak pun boleh. Kerja siap pun bergantung kepada keadaan semasa aku. Kesihatan, anak-anak, barisan tempahan dan sebagainya. Kata freelance. Memang begitulah.

HATI BAHAGIA

Sinopsis cerita hari ni bermula dengan aku yang selsema sikit. Menjelang tengahari, sambil siapkan design tempahan urgent pelanggan setia, aku dah mula tak sedap badan. The Forth (anak aku yang ke-empat) juga begitu. Selsema teruk.

Anak kecil ni, bila tak sihat lagilah kuat melekap dengan maknya. Asyik mengamuk je dia kat aku bila aku dekat dengan laptop. ~^O^~ Bila baring takde pula dia nak mengempeng. Ditinggalnya kita sesorang atas katil tu. -_-

Tengahari lepas Zohor, encik suami bawa balik KFC untuk anak-anak. Sangkanya aku tak masak. Rezeki. Syukur jelah.*^▁^* Dah kenyang semua, aku tak boleh tahan dah selsema teruk sangat. Telan sebiji chlorphenoramine maleate. Tidur terus. Adik ipar datang rumah pun aku tak layan. ^_^¦¦¦ Dia yang layan anak-anak aku. Siap bawa ke taman.(*¯︶¯*)

Sedar dari tidur (aku tidur lepas solat Asar), jam dah 6.30 petang. Badan semua sakit oi! Tak nak bangun rasanya. ^_^|| Tapi tak boleh. Kena bangun juga. Mandi dan cuba kemas rumah. Tak mampu pula. Dapat jemur kain je. Waktu Maghrib pula tu! ^_^||

Lepak dengar berita jam 8, pastu solat Isyak, terus masuk bilik. Minta suami urutkan kaki. Tak boleh tahan rasa sakit. Suami pun tak larat sama. ^_^¦¦¦ So, aku guna mesin urut kaki yang mak aku pinjamkan beberapa bulan lalu. Lama juga mengurut kaki sambil melayan kerenah The Forth yang tak sudah-sudah cuba pakaikan seluar abang dia kat kaki aku.^O^

Masa tengah urut tu, The First pula minta izin ikut adik ipar aku balik rumah mertua aku. Aku on je. Bukan selalu dia ke sana. Lagipun banyak benda dia boleh belajar di kampung. Lepas adiknya, The Second tidur, baru dia bergerak keluar. The First ni lebih banyak ciri-ciri aku yang sangat sukakan privasi.

Lepas aku habis berurut, aku tidurkan The Forth. Mujur dia mahu. Dah tidur, aku masuk ke SOHO aku. Tujuannya nak padam laptop. Aku perasan ada terselit nota di bawah laptop aku. The First yang meninggalkan nota tu rupanya. Cuba korang tengok gambar. Comel je. Hilang sikit sakit aku rasanya. *^▁^*

Aku balas dan ambil gambar kat bawah tu. Kemudian aku hantar ke Whatsapp adik ipar. Seronok betul The First baca.

Ok la. Aku dah sakit kepala dah ni. Nak kena rehat lagi. Semoga esok lebih baik dari hari ini.

Sabtu, 6 Oktober 2018

PAGE FACEBOOK ZAPS

Alhamdulillah.

Siap dah Page Facebook untuk ZAPS (Ziadah Artwork & Printing Services). Alhamdulillah.

Logo tu aku minta adik aku edit semula dari logo asal sebab aku tak cukup masa siapkan. Rezeki sejak akhir-akhir ni agak memberangsangkan sampai aku tak cukup tangan uruskan page sendiri.😅

Korang boleh klik link ni untuk ke Page Facebook Bisnes aku tu: Ziadah Artworks & Printing Services.

Logo Ziadah Artwork & Printing Services (ZAPS)

Design cover page facebook untuk upload menggunakan laptop/komputer.

Design cover page facebook untuk upload menggunakan smartphone.

Jumaat, 5 Oktober 2018

GET BACK IN TRACK!!!

Bapak la lama tak update blog. Bukan bersawang je, dah penuh serangga. 

Alhamdulillah bermula 4 Oktober 2018, aku masuk balik kelas blogging dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Dibimbing oleh guru aku yang sangat konsisten menulis blog, Puan Anys Idayu Zakaria.
Aku usahakan masuk kelas ni balik sebab risiko hilang akaun Facebook agak tinggi kan? Sayang la penulisan kat dalam tu semua jika hilang.

So, aku putuskan untuk berblog semula. Khas buat bisnes persendirian yang aku sudah aktifkan lesennya, Ziadah Artwork & Printing Services atau ringkasannya, ZAPS.

ZAPS mengutamakan servis rekagrafik (graphic design) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran (flyers), kain-kain rentang (bunting, banner, backdrop), pelbagai pelekat (sticker) dan sebagainya.

Selain itu, ZAPS adalah pengedar dan penjual sah dan berdaftar cenderahati khat dari Khaliframe By Dhuha Rashidi dengan kod pendaftaran DKF180515. Dengan aku, pemilik ZAPS sendiri sebagai salah seorang perekagrafik di Khaliframe.

Alhamdulillah. Oleh kerana aku sangat tak suka guna Instagram kerana kurang ilmu mengenainya, malah bengang sebab lambat faham, aku alihkan fokus aku kepada menulis blog untuk Khaliframe. Daripada aku stress, baiklah aku buat apa yang aku tahu dan faham dulu. Tenang dunia aku.
So, nanti korang sudi-sudikanlah jenguk blogshop aku tu ye. Aku tengah pasang tiang lagi sekarang ni.

Foto: Senarai tugasan yang perlu dibuat. Buku nota wajib sediakan.

Teks dan foto oleh Ziadah Zainal Abidin