Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

KAWAN & KELUARGA MENJAUH BILA MENJUAL?

Imej
Ramai orang selalu tulis, kawan-kawan menghilang bila mereka mula buka mulut untuk menjual. Bagi aku pula, selepas beberapa tahun masuk dunia perniagaan dengan bermacam jenis bisnes yang aku cuba, buat aku kurang setuju dengan apa saja ayat yang menyatakan kawan dan keluarga hilang kerana menjual. Pada pemerhatian aku, ia bukan kerana kita menjual. Sebaliknya, ia kerana teknik yang kita gunakan dan pelanggan yang kita patut dekati. Contoh gambar bawah ni. Ini gambar aku dan rakan lama di sekolah menengah dulu. Dia agen insurans dan juga peniaga online . Masa aku berniaga rekagrafik dan percetakan, dia tak pernah tempah apa-apa. Kenapa? Sebab tiada keperluan atau kehendak dia di situ. Masa aku promosikan minyak Bubble Belly juga dia tak beli. Sebaliknya, ahli keluarga aku yang beli. Kenapa? Diulang sekali lagi. Sebab belum atau tidak berkeperluan. Bila aku mula berniaga coklat Chocodap's, dia orang pertama membeli. Kenapa? 1. Dia pernah beli dengan orang lain. 2. Dia tahu rasa cokla

CUBAAN BISNES DENGAN CHOCODAP'S

Imej
Ini gambar semalam (19 Mac 2021). Masa ni blackout . Memang aku dah jadualkan nak bungkus coklat semalam. Tapi petang tu hingga ke malam, blackout . Itulah cabaran pertama aku dengan bisnes Chocodap's ni. Ini pula gambar anak sulung (aku gelar The First) aku membantu membungkus Chocodap's. Seronok pula dia guna timbang tu. Selesai membungkus, The First tak sabar nak menjual. Pagi ni, dia cuba menjual keliling kampung. Tapi jam 11 pagi, mana ada sesiapa lalu-lalang. Orang ramai sibuk memasak di dapur masa tu atau keluar ke pekan/bandar. Dia tak putus asa. 😊 Dia kata jam 5 petang nanti nak cuba jual lagi. Sebab jam 5 petang ramai orang berkeliaran bermain di luar rumah. Bijak! Aku pun rasa tak sabar nak tengok hasilnya. Petang ni pun aku memang nak COD Chocodap's ke Kajang. Kalau kawan yang membeli tu nak join, ok juga. 😄 Aku join bawah tunjuk ajar kakak sepupu (isteri abang sepupu aku kira kakak sepupu la juga kan?). Dia dah jadi king dalam Chocodap

KEMBALI BERBLOG

Salam'alaik pembaca. Dah lama aku tak update blog ni. Apa mimpi tiba-tiba masuk blog? Well... Lately aku mula diserang tanda anxiety disorder semula. Mungkin kerana terlalu penat dan stress. Sejak anak mula bersekolah, aku ambil alih jawatan pemandu anak-anak ke sekolah. Jadi, beban kerja aku bertambah. Buat design biasanya aku dapat juga sentuh waktu siang, sekarang dah susah. Aku terpaksa berjaga sampai 3 pagi untuk siapkan tempahan. Setiap hari selama seminggu aku tidur jam 3 pagi dan bangun jam 6 pagi. Sediakan sarapan apa adanya, terus hantar anak-anak ke sekolah. Selesai hantar anak, balik rumah kemas seluruh rumah (sapu, kutip, basuh dsbnya). Lepas tu, sidai baju dan siapkan makanan untuk tengahari (sekali malam). Biasanya masa aku tengah nak siapkan menu tengahari tu la baby buat perangai. Dan aku yang tak cukup rehat ni, layan je la dia. Sampai satu tahap, setiap kali dia merengek, aku bukan jadi simpati. Aku rasa nak baling ke dinding. 😢 Kadang aku rasa nak mati. Asyik f