Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

6 TIPS URUS MASA SURI GAYA ZZA

Imej
Dunia moden kini, walaupun isteri ada pembantu-pembantu elektronik yang memendekkan masa bekerja di rumah supaya isteri dapat meluangkan masa dengan anak-anak pula, ternyata ia tidak semudah yang disangka dan dimahukan. Sebenarnya kita mahu tersusun setiap pergerakan mengikut rutin, seperti mana kita ada jadual untuk diikuti semasa sekolah dahulu mahupun ketika tinggal di asrama. Sejujurnya, kita memang sangat memerlukan jadual rutin harian dan mesti ditampal di tempat yang sering kita melepak hingga leka dan terlepas waktu tertentu. Tidak perlu terlalu fikir hiasannya seperti pelekat dan sebagainya. Cukup dengan konsisten mengikut jadual. Jika mahu hias seperti kebanyakan WAHM di negara Barat juga boleh. Sekadar menyedapkan mata memandang. Ramai isteri dan suri yang mengeluh kerana tidak dapat fokus sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil sekitar usia baru lahir hingga 4 tahun. Hatta ingin menulis atau menaip blog juga terencat kerana si kecil mahukan perhatia

DULU DAN KINI: PEMBANTU ISTERI

Mungkin kita pernah baca tentang isteri zaman nabi dulu yang ada pembantu/khadam. Hari ini saya berfikir sekejap bezanya pembantu untuk isteri zaman dulu dengan isteri zaman sekarang. Zaman dulu tidak wujud peralatan rumah  seperti mesin basuh, seterika, vakum, periuk nasi elektrik, air paip terus ke rumah dan sebagainya. Jadi, pembantu isteri adalah dari kalangan kaum keluarga atau orang gaji untuk membantu samada mengambil air di sungai, mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya. Zaman sekarang, peralatan rumah adalah pembantu utama para isteri. Masa isteri juga menjadi lebih banyak terluang untuk anak-anak dengan adanya pembantu-pembantu elektrik ini. Apa saya nak sampaikan adalah sebenarnya kita sudah ada pembantu di rumah untuk meringankan kerja-kerja urusan rumahtangga. Sebenarnya yang perlu kita fokus adalah pengurusan masa untuk menjadualkan tugasan harian. Gagal urus masa, serabutlah jadinya. Jadi, kita sediakan pembantu-pembantu diperlukan dan tentukan masa kita supay

DIALOG MEKAH BERSAMA MUHAMMAD AIMAN

Imej
Sumber foto: Google Melihat gambar Kaabah dikelilingi manusia-manusia terpilih. Aiman dan Akif menyelit di kiri kanan ikut melihat. Mama: Cantik kan? Aiman: Cantik. Aiman nak pergilah. Mama: Pergilah... Aiman: Jauh tak, ma? Camane nak gi sana, ma? Mama: Jauh... kena naik kapal terbang. Aiman: Aiman nak naik kapal terbang. Akif: Naik kapal terbang, jatuh nanti camane? Mama: Akif, kalau naik kapal terbang, nak pergi sana, kalau jatuh, mati, dapat masuk syurga. Aiman: Kalau tak mati? Mama: Kalau tak mati, masuk hospital...  Hehehe ********* Suatu hari nanti, saya akan rindukan bual bicara bersama anak-anak kecil ini. Terima kasih Allah atas kurnia Mu ini. Tanpa mereka, saya pasti masih leka dalam dunia yang penuh maksiat. Astaghfirullahal azim.

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Koleksi persendirian Hari ni Facebook mengingatkan saya perniagaan percetakan saya pada tahun lepas. Setahun sudah berlalu. Sayang sekali kerana saya terpaksa lepaskan syarikat kerana tidak menang tangan menguruskan syarikat 'hampir bersendirian'. Dengan visi saya menubuhkan syarikat percetakan untuk menjana pendapatan berpanjangan bersama adik-beradik perempuan saya supaya seandainya berlaku sesuatu di dalam keluarga, kami tidak terkapai-kapai berjuang sendirian, saya daftarkan syarikat di bawah nama Legasi Cetak dengan bantuan suami. Syarikat kami dianggotai oleh saya, ibu saya, adik-adik perempuan saya dan suami. Penglibatan ibu saya adalah sebagai penasihat. Adik perempuan saya, Angah saya letakkan di bahagian jualan kerana dia lebih pakar dalam bidang jualan. Seorang lagi adik perempuan, Alya, saya letakkan di bahagian pereka grafik atas kepakarannya dalam bidang itu. Suami pula saya letakkan di bahagian kerja-kerja 'atas jalan raya&#

PENGALAMAN BERMAIN SIDE DRUM PANCARAGAM

Imej
Tahun 2003. Saya tinggal di asrama sekolah  persendirian. Jadual padat. Penuh aktiviti. Seawal jam 5 pagi hingga 9 malam. Manisnya kenangan di situ ketika itu, saya adalah pemain alat muzik side drum . Setiap hari jam 2 petang, selepas solat Zuhur, kami akan berlatih beramai-ramai. Lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu lama sekitar 60-an akan dimainkan bagi memantapkan dendangan dan melatih ahli pasukan baru. Jika cuaca baik dan tiada tanda-tanda akan hujan, kami akan berlatih formasi pancaragam sambil memainkan lagu-lagu yang diberi. Seronok walau sangat meletihkan. Bukan saja letih. Warna kulit juga bertukar dari cerah kepada gelap. Latihan juga akan disambung pada waktu malam selepas solat Isyak sekiranya kami mendapat tempahan persembahan dari orang luar. Biasanya mereka yang menempah adalah dari sekolah berdekatan, badan kerajaan dan pasukan bola sepak. Kami akan dibayar sebanyak RM50 seorang setiap kali membuat persembahan. Menjadi pemain side drum bukan sesuatu yang mudah. Kami

BAWA MAK MERTUA MAKAN-MAKAN DI DATARAN NILAI

Imej
Pagi Jumaat yang nyaman dan sejuk dimulai dengan syukur. Galau hati beberapa hari lalu semakin berlalu bersama sakit yang makin beransur pulih. Alhamdulillah. Tiga hari ini si dia mengambil alih sebahagian tugas rutin rumahtangga memandangkan kesakitan yang menyapa mengganggu emosi dan mentaliti. Menikmati sarapan mee goreng mamak hasil air tangan si dia, itulah yang ditunggu saat hari berkumpulnya keluarga kami. Indah nan riuh dengan suara nyaring anak-anak syurga menggamat suasana. Siapa tahu sampai bila dapat didengari riuhnya mereka. Alhamdulillah. Tika mentari tegak di kepala, baru tersedar nasi di periuk belum ditanak. Lauk tengahari masih membeku. Allah. Leka sungguh berusaha menyediakan bahan mengajar anak-anak hingga tidak sedar sudah lewat waktu. Buru-buru menyiapkan sekadar tumisan cendawan tiram bersama buncis serta sambal ayam goreng. Sementara menanti hidangan tengahari, si dia mengajak anak-anak syurga ke surau menunaikan solat Jumaat. Tepat waktu habis sola

RUTIN UTAMA SELEPAS MAGHRIB

Imej
Ini buku yang saya beli di sebuah kedai buku di Pasaraya Tesco Semenyih beberapa bulan lalu. Hajat di hati mahu mengajar anak-anak al-Quran dan sunnah sekaligus turut sama belajar. Kebetulan pula ibu mertua tertarik untuk membacanya. Jadi, saya pinjamkan buku ini kepadanya dengan berat hati. Berat hati sebab saya juga teringin membacanya sambil mengajarkan pada anak-anak. Ahad lalu saya tanyakan kepada ibu mertua samada dia masih gunakan atau tidak buku ini. Alhamdulillah. Katanya, tidak lagi. Saya pun bawa pulang. Hari ini baru dapat saya kongsikan dengan anda semua ilustrasi muka hadapannya. Rasanya jika saya buka kumpulan untuk sama-sama baca dan mengajar kepada anak-anak, ada tak yang mahu menyertai? Atau saya cipta satu e-book untuk belajar dan mengajar anak-anak secara santai? Atau cipta bahan cetak? Berangan sekejap. Haha Dalam jadual rutin harian yang telah saya cetak semalam saya ada letakkan aktiviti selepas solat Maghrib ialah belajar al-Quran dan sunnah. Ia ada

AKTIVITI MENGUMPUL BAHAN HOMESCHOOL DAN MENYUSUN JADUAL

Hari ini diuji dengan kesakitan gigi yang semakin memberat. Hampir 3 hari. Sakit sungguh. Setelah berpuluh tahun tidak sakit gigi. Rutin harian masih diteruskan biarpun sakit menyucuk hingga ke kepala. Begitulah hebat Allah menciptakan wanita. Sesakit apa pun masih tetap meneruskan rutin. Perawakan yang lemah tetapi di sebaliknya tersembunyi kekuatan menahan kesakitan yang luar biasa. Alhamdulillah. Semenjak 3 hari kebelakangan ini juga Akif Aqil menunjukkan minat melukis dan menulis. Hati ibu mana yang tidak turut teruja. Saya akhirnya ambil keputusan mengadakan sekolah di rumah ( homeschool ). Alhamdulillah. Petang tadi selepas makan tengahari dan solat Zuhur, masa yang terluang saya gunakan untuk menyediakan jadual rutin kami sekeluarga, jadual berblog, perancangan tahun 2016 dan set pendidikan untuk anak-anak mengikut usia mereka. Sambil memuatturun, merekacipta dan mencetak, sambil melayan Akif Aqil melukis dan Aleef mengempeng (menyusu sambil tidur). Hampir jam 4 petang suda

NIAT WUJUDKAN UNDANG-UNDANG DI RUMAH

Beberapa hari lalu, suami menyatakan hasrat mewujudkan undang-undang baru di rumah. Sebetulnya rumah kami tidak pernah ada undang-undang. Hasrat ini saya sambut baik dengan hati sangat terbuka. Sudah lama saya inginkan satu rang undang-undang diwujudkan dalam rumah kami supaya kami boleh belajar dan mengajar disiplin pada anak-anak. Langkah pertama adalah solat berjemaah apabila berkesempatan. Langkah ini saya jayakan dengan doa dan usaha menarik suami dekati jalan Allah sehabis boleh. Baik cara lembut mahupun kasar. Kami tidak maksum. Pastilah banyak ranjaunya. Alhamdulillah. Setakat ini saya dan suami dapati ia berjalan dengan baik. Tinggal lagi untuk mengajak dan mengajar anak-anak ikut berjemaah. Semoga usaha ini akan berjaya dan kekal ke akhir hayat. Langkah kedua pula, suami menetapkan waktu gajet. Tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar ketika bersama keluarga iaitu pada hari cuti. Hati saya yang memang sudah lama ingin menyatakan hasrat ini kepadanya. Tidak sangka

PENDAFTARAN KELAS PENULISAN KREATIF OLEH ABDR DIBUKA

Jumaat yang kelabu kerana jerebu. Kita masih perlu bersyukur diberi nafas dan peluang memohon ampun pada-Nya atas setiap kesalahan dilakukan setiap hari dan jam. Hari ini saya luarbiasa bertenaga. Mungkin kerana Bella Formula Sinus Cure tersebut. Semakin hari semakin bertenaga. Alhamdulillah. Selalunya saya tiada banyak tenaga seperti ini. Saya boleh mengemas dan menyusun atur SOHO saya sepenuhnya. Seorang diri. Ini memang sesuatu yang luarbiasa bagi saya. Selain tugasan rutin, saya boleh melakukan banyak kerja lain lagi. Suami yang pulang sebentar tengahari tadi juga turut tergamam. Alhamdulillah sekali lagi kerana hari ini anak-anak juga begitu aktif. Terutama sebelum tidur tadi. Mungkin kerana saya masak bubur chacha pisang tadi terlalu manis. Ketiga-tiga hero bergasak di tempat tidur. Lepas 2 jam baru tidur. Itupun selepas saya mula rasa keadaan terlalu bising. Alunan surah al-Baqarah sepenuhnya akhirnya menidurkan mereka. Lena. Jenguk-jenguk laman Facebook tadi. Akade

BELAJAR ASAS BLOG

Imej
Ini ebook pertama saya terima selepas membuat pembayaran pertama Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Bisnes. Mula-mula saya sangka ebook ini adalah langkah demi langkah belajar pasang blog. Rupanya ia adalah langkah demi langkah untuk kita menulis di blog. Di dalamnya disediakan cara memulakan penulisan blog, membahagikan bab demi bab penulisan blog dan ebook, contoh-contoh blog dan bagaimana untuk mendapatkan idea dengan apa yang ada pada diri kita. Ia memang perkara sangat asas yang sangat penting sebelum memulakan langkah memiliki blog.

SEDIKIT PERINGATAN DARI ALLAH MELALUI HAMBANYA

"Sayang, tolong iron seluar abang ni." Suami hulurkan seluar slack berwarna biru gelap, saya sambut dengan senyuman dan mengambil seluar tersebut. Di bilik, saya sediakan meja untuk menyeterika. Pasang plug dan mula menyeterika. Suami yang mengekori dari belakang mengambil tempat duduk di hadapan saya. "Semalam masa abang hantar pegawai mesyuarat di Bukit Fraser, dalam perjalanan balik, pegawai tu berborak dengan abang. Katanya, nasib baik abang pergi dengan dia. Kalau sorang-sorang, dia tak boleh." "Kenapa pula?" "Dia ada depression . Masalah mental. Dia tak boleh tinggal sorang. Kena ada teman. Pegawai tu pangkat tinggi juga. Gred U48." "Abang borak apa dengan dia?" "Dia cakap lepas dia kena sakit ni barulah dia sedar yang harta dunia ni tak bawa ke mana. Yang penting dalam hidup ni cuma Allah je. Jadi kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dah ada; anak, isteri, kereta dan sebagainya." Sa

KISAH MATA: PENGAJARAN PALING MAHAL DARI ALLAH S.W.T

Imej
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsi mengenai mata. Saya baca di laman Facebook tadi mengenai cerita adik Adlina Hanim yang hampir kehilangan matanya akibat penggunaan contact lens . Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit mengenai mata saya juga. Gambar perkongsian adik Adlina Hanim di Instagram. Sumber: Facebook Beberapa bulan lepas saya pernah memuatnaik status Facebook mengenai keinginan saya untuk bersara dari dunia atas talian kerana mata saya sudah mulai diselaputi katarak. Saya sedar ada katarak pada mata apabila saya memeriksa sendiri keadaan mata saya di cermin dan melihat ada sedikit selaput berwarna putih di bahagian atas mata hitam saya. Ia sedikit tebal dan menyakitkan. Saya sukar untuk melihat dan setiap kali mata saya bergerak, samada mengerdip atau mengerling, ia terasa sangat sakit. Sebelum timbulnya katarak pada bahagian mata saya kira-kira 1 tahun 6 bulan yang lalu, saya mengalami masalah gatal-gatal pada mata sel

MUHAMMAD AIMAN YANG RINGAN TULANG

Ceng! Ceng! Ceng! Nasi goreng kampung resepi mertua hampir siap. Anak-anak sudah beratur menanti. "Mama, tak sedaplah." Aiman bersuara sambil menghirup air sirap di senduk. Ceng! Ceng! Ceng! "Tambahlah gula. Tadi letak berapa gula?" "Tiga." Ceng! Ceng! Ceng! Aiman membuka bekas gula. Mama menoleh. La... "Pakai sudu? Memanglah tak sedap. Air 1 jag, gula 3 sudu je...?"

ZZA BLOGSHOP: TRANSFORMASI BLOG NIAGA SAYA

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah untuk hari ini. Semenjak kebelakangan ini setelah tugasan-tugasan latihan penulisan blog saya hampir siap, saya dapati diri saya punya masalah untuk menyediakan ruang untuk fokus. Inilah masalah saya dari dulu yang menyebabkan saya sering gagal. Gagal di sini bukanlah bermaksud saya berhenti terus tetapi sering terjadi saya 'berehat' terlalu lama. Setiap kali KPI diri saya hampir mencapai matlamat, saya akan mula suam-suam kuku. Bulan September ini saya ambil inisiatif untuk bangkit kekalkan momentum semula. Masih banyak perlu diperbaiki. Sikap menangguh-nangguh kerja dan mencari alasan ini mesti saya buang jauh-jauh. Setelah meneliti aktiviti saya sepanjang bulan Julai dan Ogos serta membuat kajian semula perjalanan perniagaan saya sepanjang beberapa tahun ini yang turun naik tidak menentu, saya buat keputusan untuk ambil masa beberapa hari merangka semula perjalanan perniagaan saya selain menulis blog dan menjalankan tanggungjawab sebagai

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-6

Imej
Hari ini adalah ulangtahun kelahiran anak sulung saya yang ke-enam. Sudah 6 tahun berlalu. Berbagai kisah suka dan duka dilalui bersamanya. Saya sebenarnya hampir terlupa hari istimewa ini dek menghadap kerenah si kecil. Mujur suami mengingatkan. 6 tahun dahulu. Ramadhan ke 16. Beberapa hari sebelum itu sebenarnya sudah terdapat tanda-tanda akan berlaku kelahiran. Ada cecair pekat yang mengalir yang saya fikir ia adalah masalah keputihan. Maklumlah kelahiran pertama. Tiada pengalaman. Biarpun sudah banyak teori mengenainya yang saya baca dari buku-buku keibubapaan, masih tidak dapat saya kesan saat yang hampir tiba. Harta yang kami ada masa itu hanyalah komputer riba, motosikal dan kereta lama. Saya juga tidak bekerja. Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan saya sudah berhenti kerja kerana tidak mampu menahan keletihan. Manalah tahan mata bekerja di pusat siber dengan keadaan diri begitu. Suami pula bekerja di Depot Tahanan Imigresen Semenyih. Pendapatan bulanan kami ketika itu han