Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belajar Blog

LANGKAH MUDAH BINA GALERI DI BLOG

Imej
Assalamu'alaikum semua. (^_^) Oleh kerana saya agak sibuk menyediakan blog khas perniagaan percetakan saya, saya kurang jenguk blog peribadi ini. Perniagaan ini menyediakan khidmat mencetak kad undangan perkahwinan dan surah Yasin untuk majlis tahlil. Kalau sudi menjenguk boleh ke link ini, Put3 Sweet Gallery Semenyih . (*^_^*) Dalam saya memasang "tiang seri" di blog tersebut, saya terfikir, bagaimana mahu meletakkan gambar produk yang banyak di dalam satu album? Kan kalau kita guna blog, gambar yang dimasukkan perlu ditarik ke bawah untuk melihat semua gambar. Ia agak meletihkan jika gambar mencecah puluhan. Saya pun cuba tanya pakcik Google. Walaupun kebanyakan blog di dalam bahasa Indonesia dan perkongsian mereka agak memeningkan, saya teruskan juga klik setiap pautan sehinggalah terjumpa satu blog yang menghubungkan saya dengan satu laman yang memang disarankan untuk anda guna jika mahu bina galeri atau katalog dengan cara mudah. Sangat senang dan prakti...

BELAJAR ASAS BLOG

Imej
Ini ebook pertama saya terima selepas membuat pembayaran pertama Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Bisnes. Mula-mula saya sangka ebook ini adalah langkah demi langkah belajar pasang blog. Rupanya ia adalah langkah demi langkah untuk kita menulis di blog. Di dalamnya disediakan cara memulakan penulisan blog, membahagikan bab demi bab penulisan blog dan ebook, contoh-contoh blog dan bagaimana untuk mendapatkan idea dengan apa yang ada pada diri kita. Ia memang perkara sangat asas yang sangat penting sebelum memulakan langkah memiliki blog.

KELAS ONLINE BLOG PENULISAN DAN FANPAGE BISNES

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini. Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan, promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang bakal timbul nanti. Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys pr...

3 LANGKAH PERTAMA BINA BLOG

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Koleksi Peribadi dan Google Entri: 26 Tahukah anda hanya dengan 3 langkah sahaja anda sudah boleh mula membina blog sendiri? Saya pasti semua orang mempunyai akaun Google memandangkan kebanyakan orang mempunyai telefon pintar. Ya. 3 langkah sahaja iaitu: Ikuti selanjutnya bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya.

ALASAN MENGGUNAKAN BLOG

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Koleksi Peribadi Entri: 24 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam menelaah buku Blogspot Step By Step saya tertarik dengan bab pertamanya yang menceritakan alasan menggunakan blog. Terfikir juga, apa alasan saya menggunakan dan belajar menggunakan Blogspot serta kaitannya dengan ABDR. Sebenarnya Blogspot menjadi pilihan ramai terutama bagi penulis seperti saya yang baru mula belajar menulis dan mahu memiliki laman web sendiri dengan percuma. Blogspot sesuai bagi golongan yang sangat-sangat tidak tahu menggunakan bahasa komputer seperti Programming C++ dan Virtual Basic. Antara alasan yang disenaraikan di dalam buku yang saya baca ini adalah: Mudah dipelajari. Mempunyai pelbagai rekaan. Cepat dan mudah. Media pemasaran. Tidak perlu memasang sebarang perisian. Perkhidmatan percuma. Mudah diubahsuai. Semudah heret dan letak. Penggantian alamat domain  secara percuma. Saya pula, walaupun sudah mempunyai buku untuk ...

HADIAH DARI 'GURU BESAR'

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 22 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam guru besar Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad mengumumkan kepada kami anak muridnya, iaitu 1200 orang pelajar akademi ini akan diberikan hadiah e-book terbaru beliau bertajuk "10 Langkah Mudah Bina Kedai Online". Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih kepada beliau yang bermurah hati. Hanya dengan syarat memberi tarikh daftar dan ulasan tentang akademi ini sahaja kami diberi hadiah ini. Tidak sabar rasanya mahu membaca dan mempraktikkan ilmu ini. E-book ini masih berada dalam tangan guru besar kami. Belum berada di pasaran lagi. Insya-Allah akan keluar dalam masa terdekat.

PENERANGAN TENTANG ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 18 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menerangkan tentang akademi yang saya sertai ini kerana ramai yang masih tidak faham dan tidak tahu tentang akademi ini. APA ITU ABDR? ABDR adalah nama singkatan Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. ABDR juga menawarkan kelas-kelas tertentu mengikut kehendak semasa. Kelas-kelas ini termasuklah: Kelas Online Asas Bina Blog Penulisan Belajar menulis secara santai tetapi mengekalkan bahasa Melayu formal. Cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca atau bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca untuk datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi yang sudah mencecah 1200 orang bagi membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul tentang apa yang kita suka tulis. Belajar cara konsisten untuk terus aktif me...

BELAJAR PENJENAMAAN DIRI DI ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi dan Cik Azuriyah Entri: 15 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsi lagi perjalanan saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini. Walaupun baru lagi di dalam akademi ini, saya mula belajar lenggok bahasa aras tinggi daripada senior-senior kelas. Insya-Allah, lagi banyak membaca dan menulis, lagi banyak perkongsian saya yang boleh memberi manfaat pada pembaca. Apa yang saya belajar setakat hari ini di dalam akademi ini ialah meletakkan Allah s.w.t sebagai perkara utama dalam setiap perkara yang dilakukan. Saya juga diberi tips-tips menjemput rezeki yang dipraktikkan mereka. Bertatih-tatih saya dalam bidang ini bersama mereka. Sambil belajar menulis dapat juga belajar bagaimana menjenamakan diri sendiri atau lebih dikenali sebagai online positioning . Pagi ini saya dapat mesej dalam kumpulan rakan sekelas. Guru Anyss minta kami cuba mencari nama masing-masing di carian Google. Apa yang saya jumpa semasa men...