Selasa, 11 Ogos 2020

AKU JUAL MASA

Memang tengah malam & pagi buta je aku dapat masuk opis rumah. Selebihnya dengan dorang ni la.


Aku tak takut rugi customer lari sebab aku lambat reply / lambat siapkan design. Sebab ada kerugian lebih besar kalau aku follow je "customer is king" tu.

Ada je customer yang aku refund duit dia. 

Antara sebabnya:
1. Terlalu complicated untuk ikut & faham selera design dia. Ubah design ikut dia pun, tak kena je. End up, "Awak bagi nombor akaun. Saya refund duit awak. Cari orang lain yea."

2. Tak sabar & nak cepat. Yang jenis ni, kalau aku tengah sibuk, memang aku bagi bluetick je. Agak² hati aku panas sebab asyik kena push, aku minta nombor akaun & bagi balik duit dia.

Sebenarnya dalam dunia niaga ni, kita bukan jual kemahiran/produk/servis. Kita jual MASA KITA untuk memudahkan pembeli.

Pembeli takde masa nak buat design, kita buatkan. Freelance graphic designer.

Pembeli takde masa nak siapkan bahan mentah untuk produk dia, kita sediakan. Pembekal bahan mentah.

Pembeli takde masa nak pasang perabot dia, kita pasangkan. Pembekal perabot.

NAMPAK? Pembeli MEMBELI MASA PENJUAL.

So, family first. Rezeki Allah dah tetapkan. Tenang-tenang aje. 😎

#ZAPStory

Khamis, 21 Mei 2020

TAK MUNGKIN BOLEH KEKAL KEMAS SELAGI ADA ANAK SEDANG MEMBESAR

Aku dah faham kenapa dulu ada surirumah yang kata jangan risau kalau susun atur jadual, perabot & sebagainya agak serabai.

Sebab keadaan akan sentiasa berubah setiap kali bertambah anak dan anak semakin membesar. Dari pengurusan masa hinggalah susun atur perabot.

Lambat juga aku faham. Ambil masa 11 tahun. 😂😂😂 Dari #TheFirst lahir aku cuba macam-macam cara untuk stay organized. But in the end... It doesn't even matter... Eh ternyanyi lak. 😆😆😆

Ni baru selesai setup buai, alih almari & laci baju dengan encik suami. Terus rasa bantal hotel murah tu memanggil-manggil. 😴😌

Isnin, 11 Mei 2020

AJAR ANAK SEKARANG SUPAYA MUDAH KITA DI HARI BERUSIA

Aku dah serik kena bentan. So, hari ni, ajarlah #TheFirst buat kerja dapur & macam-macam kerja rumahtangga. Bukan hari ni je baru nak ajar kerja gini. Cuma hari ni baru aku ajar dia cara siang sayur ni.


Bila ajar dia buat ni, teringat masa kecik aku dulu. Mak ajar masak sayur sawi ni. Umur sebaya dia rasanya. 🤔

Apa yang mak ajar, tu la kemahiran hidup yang aku guna sampai sekarang. Cuma sekarang dah bertambah la sebab banyak belajar dengan mertua juga.

Aku tak guna kemahiran tu masa remaja tau. Masa umur aku 18 tahun ke 20 tahun gitu, kemahiran tu memang tak guna. Sebab aku jenis tak kenal rumah masa tu. Aku kenal komputer & kawan-kawan je.

Lepas habis belajar, dah menikah, barulah kemahiran tu aku guna dan tambah baik. 😄

Ajar anak sekarang, supaya nanti kita dah berusia, mereka tahu apa nak buat pula. Kan?

Sabtu, 9 Mei 2020

BENTAN SEMASA PANTANG BERSALIN

Pernah kau buat bersauna macam ni? Ni pagi tadi punya gambar. Dengan kepala aku sekali masuk dalam tu. 😆😆😆 Ada la rupa kura-kura jap sebab kejap keluar kepala kejap masuk balik. Bila keluar kepala, sejuk oi!


Gelak la kan. Nampak kelakar. Aku pun gelak tengok gambar diri sendiri. Tapi sakit bentan tu, aku dan sape yang pernah kena je la tau macam mana leganya dapat masuk bersauna dalam tu. Lega dia sama macam aku duduk kat dapur, buka api dapur tu, berdiri je depan api tu. Macam orang Eropah yang suka pasang unggun api tu. Nak kehangatan semata-mata.

Tak pernah seumur hidup aku kena bentan dalam pantang. Sekali kena, ambik! Derita tu, kau je tau.

Orang lain nampak kau biasa-biasa je. Boleh berjalan, bergerak, masak, mengemas bagai. Muka kau macam biasa je. Tak nampak sakit pun. Lagi-lagi anak kecil macam #TheForth tu, tak faham Mama sakit lagi. Main terjah je Mama dia, pijak kaki Mama, panjat Mama... Allahu... Menahan je wei! Huhuhu

Tahan punya tahan, haaa ini la makan dia. Nasib boleh bergerak lagi ni. Ada orang, kena bentan takleh bangun terus. Minta jauh la kan. Insya-Allah.

Bentan aku kena ni bukan seram sejuk sampai tulang je aku dapat rasa. Emosi aku pun jadi tak terkawal. Tambah lak kena tengah pagi, time orang semua tidur... Masa ni, macam-macam benda thriller lalu-lalang dalam fikiran. Kalau tak tau thriller tu apa, korang gi cari movie thriller kat YouTube. Cam gitu la imej-imej dalam kepala aku masa tu. Tu yang fb & whatsapp aku keluar status aneh-aneh je tengah pagi. 😅 Tu pun aku pasang surah al-Baqarah nak paksa diri tu tidur.

Maaf la ye. Aku kena la cerita benda ni supaya korang (suami DAN isteri) yang baru nak ada anak atau belum pernah kena bentan ni, ambil tau dan dah tau apa nak buat kalau kena bentan macam aku ni. Bentan jenis lain aku tak tau la. Aku share apa yang aku tau je. Ikut pengalaman masing-masing la kan.

Lepas bersauna selama 15 + 5 minit ni, terus minum air suam. Dahaga betul. Pastu mandi air herba mandian pantang. Ringan badan. Lepas tu, baru la sapu minyak urut... Kalau teruk bentan macam aku, kau carilah bidan urut yang dah kenal kau dan dipercayai tidak menyembunyikan hal-hal masalah kesihatan. Bagi dia urut, betulkan urat-urat yang dah ter-block tu. Aku tak share la sape bidan aku time C19 ni belum reda. Naya ke dia nanti. Dah la dia tolong aku banyak. Maaf ye.

Dia urut aku guna minyak urut yang bukan bishe-bishe tau. Kenapa pulak puji melambung minyak urut tu ye? Haa korang tengok gambar je tak cukup wei. Beli, dan rasa sendiri apa special minyak tu. BUBBLE BELLY nama minyak tu.


Mula-mula sapu kat kaki kiri, tak rasa panas sangat. Rasa suam je. Macam rendam dalam air suam. Slow je panas dia. Sapu kat kaki kanan, panas sikit banding kiri.

Sapu kat pinggang + pinggul, walauwei! Panas macam kena tungku batu sungai! Aku dah la tak tahan panas tungku batu sungai, sanggup guna tungku bantal. Ini kali, takleh lari. Hadap je kepanasan tu. 😆😆😆 Padan muka aku.

Sapu pula kat belakang, bahu & leher. Tak sama rasa macam kat pinggang tu. Dia panas macam tungku bantal yang dah 2 minit kau biarkan. Tapi kat leher, panas dia, ohooooiii! Menyonggau! Kata orang negeri Sembilan. 😅

Pastu aku baring pula. Bidan sapu minyak tu kat kaki lagi, betis, paha, kawasan rahim, perut, tangan dan muka. Sementara dia sapu minyak tu, bahagian belakang aku terutama pinggang masih rasa panas macam letak tungku batu sungai. 😅😅😅

Haaa nampak tak apa special minyak tu? Dia punya panas tu, ikut poin mana urat kau masalah sangat.

Lepas urut semua tu, baru bidan ikat sanggul pantang. Bagi keluar angin kat kepala. Memang banyak angin kat kepala aku. Sendawa manjang masa bidan tengah ikat sanggul tu. 😅 Bahaya tau! Sebab sakit kepala tu yang buat fikiran aku flash imej-imej thriller. 😅😅😅 Alhamdulillah hanya imej saje. Belum pernah terjadi betul-betul aksi thriller tu. Minta dijauhkan Allah la ye.

Selesai sauna & urut tu, bidan pun beransur pulang dan aku berpeluh yang menyihatkan. Bukan berpeluh rasa sejuk macam sebelum tu. Tapi berpeluh rasa nyaman, ringan, tenang gituuu dan lapaaar. 😂

Lepas makan, aku fikir nak share dengan korang la benda ni. Tapi tengah taip, tertidur pula. Tidur memang tak sedar apa! Tengok jam, pukul 6 petang dah. 😅 Tu pun rasa ngantuk lagi. Dan aku paksa diri la bangun meneruskan rutin bersama baby...

Sekian cerita pengalaman aku kena bentan. Harapnya dapat la korang idea/tips dari pengalaman aku ni.

Terima kasih kakak bidan yang ikhlas membantu. Saya doakan bisnes perbidanan akak kelak berjaya dan mempunyai pengurusan yang baik. Maju jaya dalam membantu ibu-ibu macam saya. Aamiin. 😘

Jumaat, 14 Februari 2020

KONSISTEN & ISTIQOMAH = REZEKI

Wow! Dah Februari 2020! Yup! 14 FEBRUARI 2020!

Baru terhegeh-hegeh Ziad ni nak update blog ni. Ya Allah, istiqomah atau konsisten ni memang perlu dipaksa diri bertindak selama 40 hari ke atas, barulah melekat tindakan tu untuk buat setiap hari. Ternyatalah sikap konsisten itu adalah REZEKI juga ye.

Perkara paling sukar untuk diubah adalah perkara yang sebati bertahun-tahun dalam diri. Sikap bertangguh terutamanya. Selagi rasa tenang, selesa, selagi tu la bertangguh.

Hai lah diri!!! Kau lebih baik dari ini! Bangkit! Bertindak lebih konsisten! Barulah kau semakin berjaya.

Isnin, 19 Ogos 2019

DO I HAVE ANXIETY DISORDER?

Malam ni, ditakdirkan rajin pula nak membaca mesej-mesej grup. Baru-baru ni tak sengaja terima pelawaan seorang coach psychology untuk masuk ke grup whatsapp beliau.

Mula-mula Ziad buat tak tau je mesej dalam tu. Sekadar respon bila diminta saja. Tapi sejak beberapa hari ni, rasa malas yang melampau, bosan dan give up. Kemuncaknya pagi tadi, ada airmata mengalir yang tak tahu puncanya kenapa.

Entah sebab bisnes yang rasa stuck sebab komitmen kekeluargaan sangat tinggi sebagai seorang surirumah atau bosan terpaksa mengharap bantuan keluarga untuk urusan luar rumah.

Malam ni, coach buka topik anxiety disorder. Bila Ziad jawab soalan diagnosis coach, nampaknya Ziad juga ada masalah ini. Alhamdulillah sahaja atas apapun ujian Allah beri. Ziad mungkin perlukan guru ini. Sekian lama meninggalkan dunia terapi, mungkin sudah tiba masa merawat diri lagi.

Selasa, 22 Januari 2019

SEMINAR MARKETING LUARBIASA 2019

Alhamdulillah.

Malam ni tergerak untuk menaip di blog ini. Bukan sekadar ingin berkongsi apa yang aku belajar di #MLB2019. Tapi juga alu nak kongsi sedikit pengalaman yang aku lalui sebelum aku dapat "terbang" keluar "sangkar tidak berkunci".

Sebelum aku berkongsi, aku nak ucapkan terima kasih kepada:
1. Allah s.w.t - kerana memenuhi impian tahun 2018 aku dan banyak doa yang termakbul.
2. Puan Dhuha Rashidi - kerana membuka peluang aku pecahkan tembok ketakutan menjual secara live fb melalui Leader Live Fb Challenge di #KhaliFrameByDR.
3. Nasyrah Zainal Abidin - adik aku yang paling selalu ada di saat aku jatuh dan bangkit. Susah dan senang.
4. Suami aku - yang telah mendoakan dan mengizinkan aku berniaga di rumah untuk meringankan beban di bahunya.
5. Ayah dan mak aku - kerana sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam diam.
Syukur atas kurniaan Allah s.w.t.

--------------------------------

Perkongsian mengenai MLB pula. 

Image may contain: 5 people, including Nasyrah Zainal Abidin, Ziadah Zainal Abidin and Hasbul 'Ariff, people smiling
Selfie dulu sebelum masuk seminar.

Image may contain: 7 people, including Norlisa Lisa, Nasyrah Zainal Abidin, Ziadah Zainal Abidin, Hasbul 'Ariff and Nooraziah Shaharudin, people smiling, people standing
Gambar kenangan.
Dari kiri: Farhanah, Kak Norli, Nasyrah, Ziadah, Puan Dhuha Rashidi, Azie dan kakak Puan Dhuha.

Image may contain: 4 people, including Nasyrah Zainal Abidin, Norlisa Lisa and Ziadah Zainal Abidin, people smiling, people sitting
Gambar kenangan. Menunggu Puan Dhuha Rashidi di lobi.

Pagi tu, jam 6.00 pagi aku dah bersiap. Aku pilih warna tenang aku. Biru. Tudung pula warna tenang bermotifkan warna aura aku. Hijau. Ikut terselit, warna "kunci" aku. Kuning. Kalau nak belajar pasal warna ni jangan cari aku. Aku tak ingat sangat dah.  Aku ingat warna aku je.

Dah siap, aku tunggu adik aku yang bersemangat nak join bersama ke sana datang ambil aku. Agak lewat juga kami sampai. Jam 7.45 pagi baru sampai. Kaunter pendaftaran dibuka jam 7.30 pagi. Tau siapa paling awal? Seorang peniaga berbangsa Cina. Lupa nak catat namanya.  Tahniah peniaga tu. Dapat hadiah dvd dari Tuan Hasbul 'Ariff yang bernilai RM450 kalau tak salah aku.

Masa daftar tu, ramai juga staff yang menyambut tetamu MLB. Kata adik aku, masa mula-mula dulu, Hasbul Brothers sendiri yang sambut kedatangan peserta. Zaaaas dalam hati aku. Pedihnya tu di hati.

Aku memang syukur sangat dapat duduk di tengah-tengah berhadapan pentas dan 3 baris dari depan. Sebelah seat VIP. Nampak la lebih jelas. Nak-nak terlupa pakai cermin mata.

Sebelum Hasbul Brothers dijemput naik pentas, Zack Zawani menghiburkan kami dengan energi yang sangat tinggi. Tengok la gambar bawah ni. Aku screenshot dari Instagram Hasbul Brothers. Sampai hilang suara, kering tekak.  Nasib bawa air sebotol.

Perkongsian ilmu dimulakan Tuan Hasbul 'Aqill yang mengajukan soalan: SEBAB HADIR SEMINAR MLB hari itu. Tempoh diberi 2 minit. Ngam 2 minit, aku siap tulis jawapan. Kemudian peluang dibuka untuk berkongsi sebab itu. Aku memang nak naik tapi dek kerana aku duduk kat tengah dan jalan nak keluar dihalang beg peserta lain, aku teragak-agak nak pergi. Maka, dapatlah kat orang lain peluang tu. Dan orang yang pergi tu, dapat hadiah dvd dorang lagi. Sekali lagi Zaaaaas kat dalam hati aku.

Kemudian, Tuan Hasbul 'Ariff pula mulakan perkongsian dengan tajuk MINDSET untuk 4 Business Boosters atau lebih dikenali sebagai 4 quadrant (ESBI).

Habis tajuk mindset, Tuan Hasbul 'Aqill pula berkongsi tentang S.M.S FORMULA. Formula ni menerangkan yang bila kita tak tahu apa kita nak tulis dalam copywriting, itulah petanda besar kita sebenarnya tak kenal pelanggan kita.

Aku nak share tajuk je la. Next time aku share isi yang sempat aku catat ye. Kang tak larat korang nak baca. 

Lepas tu Tuan Hasbul 'Ariff pula, kongsikan mengenai FORMULA PEMASARAN yang mempunyai 5 formula yang disebut SKILL yang menerangkan mengenai marketing fundamental. Tapi sampai huruf S je.

Sebelum makan lewat tengahari, 2 orang peserta yang dah join The Protege diberi peluang berkongsi kisah mereka sebelum berjaya melalui The Protege. Nak cerita lanjut, korang tanya la sendiri. Kang aku kongsi, tak beretika pula. 
1. Tuan Taufik - pemilik ZBC (Zetty Butterscotch Cake) di Bangi.
2. Puan Rohaiza - pemilik Debellesza Spa di Terengganu.

Lepas makan lewat tengahari dan solat Zuhur, Tuan Hasbul 'Ariff sambung perkongsiannya tentang SKILL. Aku tak berapa fokus sebab sibuk menaip cabaran posting MLB. Tapi tak menang juga. 

Seterusnya tajuk yang dikongsi:
6 Figure Proven Ads - bukti iklan yang mendatangkan jualan 6 angka.

Contoh dari:
1. Video dari Suriku HQ.
2. Ayat iklan dari The El's.
3. Ayat iklan dari Ijmal.

Benda simple je tapi menghasilkan jualan yang tinggi.

Tuan Hasbul 'Aqill kongsikan contoh headline dan formula content iklan yang berpengaruh. Sekali iklan McD dengan bunyi ayam goreng tu... Sabo je la aku menengoknya. Balik tu terus cari McD kitorang ni.

Masuk pula tajuk PLAY TO WIN FORMULA, Tuan Hasbul 'Ariff kongsikan macam mana sepatutnya kita dapat pelanggan setia. Aku belajar sesuatu kat sini.

1. Jangan kedekut taik idong masin sangat dengan pelanggan yang dah buat pembelian lebih dari 3 kali.

2. Teknik dapatkan strangers untuk jadi customer.
Tajuk last sekali, Tuan Hasbul 'Aqill yang kongsi. Tajuk STRATEGI MENAWAN PASARAN melalui Unique Selling Point (USP) dan bagaimana cipta USP. Ada cara bina USP ni rupanya. Bukan main taram ikut syok sendiri je wei. 

Perkongsian diakhiri dengan doa secara berjemaah yang dibimbing oleh Coach Nora Zyan. Tak pernah termimpi aku dengar suara dia. Tak pernah tergerak aku tengok live dia kat Facebook. Tiba-tiba dengar suara dia, yang mulanya aku sangka suara Puan Dhuha. Tapi dari lenggok bahasa dan lembut suara, hati aku macam dapat agak yang dia adalah coach Nora Zyan. Ternyata tak meleset. Ramai yang mengalirkan airmata masa sama-sama berdoa tu.

Habis seminar, aku tengok jam, baru pukul 5.55 petang. Seminar sepatutnya habis jam 6 petang. Aku macam sentap jap sebab inilah pertama kali aku datang seminar yang menjaga masa. Bukan saja jaga. Malah menghargai masa. Kalau tak, dorang takkan bagi hadiah kat peserta paling awal tu.
Kat sini aku pasang niat aku mesti masuk The Protege nanti. Sebab aku pasti, orang yang menjaga masa adalah orang yang menepati janji dan mereka WALK THEIR TALK!

Keluar dari dewan seminar, aku, adik aku, Puan Dhuha, kak Norli (leader Khaliframe), Azie (leader Khaliframe) dan Farhanah (ejen Khaliframe) berdiri kat luar dewan cuba berbincang perkembangan Khaliframe. Tapi kak Norli kena balik sebab suami dia dah tunggu. Tinggal kami berempat je berbual mencari solusi.

Tiba-tiba datang Coach Nora Zyan yang cantik manis. Aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Tak pernah tengok live fb dia. Tak pernah follow dia. Tiba-tiba Allah hadirkan dia depan mata aku. Macam tak percaya!

Aku bukan taknak belajar dari dia cuma aku ada ketakutan tak dapat beri komitmen bila aku mula "link" dengan dia.

Dari perkongsian dia pula, dapat aku lihat, ramai wanita yang mahu berbisnes atas sebab membantu suami, telah "melukakan" diri mereka sendiri. Fasa "bantu suami" ni, aku dah lalui banyak kali sehingga tahun lalu, aku berjaya atasi RASA terbeban dan terluka tu.

Antara tipsnya yang buat aku berjaya:
1. Alihkan perasaan cinta hanya untuk Allah s.w.t. Lafazkan dalam hati, "Ya Allah, aku mahu belajar mencintai Engkau. Maka, bantu aku dalam mengenalMu. Jangan Kau izinkan aku mencintai selain Engkau kerana mereka juga bergantung kepada Engkau."

Perlahan-lahan, perasaan cinta yang berlebih kepada makhluk Allah s.w.t. itu, akan hilang dan digantikan dengan perasaan sayang suami kerana Allah s.w.t hadirkan dia sebagai jihad kita, isteri. Lillahita'ala.

2. Bila dah alih RASA CINTA itu, amalkan apa benda nak buat atau nak minta suami buat tu, TANYA ALLAH DULU.  Contoh: Lafaz dalam hati, "Ya Allah, hari ni aku nak pergi seminar. Kau lembutkanlah hati dia untuk menuntut ilmu keranaMu. Kau buangkanlah rasa hati dia yang aku ni nak bersaing dengan dia padahal Engkau tahu tidak ada setitik pun rasa sebegitu dalam hati aku."

Tu doa aku sebelum pergi seminar MLB sebenarnya.  Alhamdulillah. Pagi nak pergi tu, reaksi suami memang sangat berbeza berbanding aku pergi ke seminar sebelum ni. Pelukan erat, ciuman ikhlas di dahi dan pipi tu, tak pernah dia buat sebelum ni. Tapi sebab kita minta spesifik dengan Allah, Alhamdulillah. Berbeza.

Doa untuk suami ni perlu sangat-sangat spesifik. Ciri-ciri macam mana kita nak suami kita tu, nyatakan sehabis detail kat Allah. Siapa dah buat, dah rasa keajaiban doa untuk suami kerana Allah ni, memang faham la maksud aku ni.

Tu je la antara tips paling berkesan aku boleh share. Next time aku share lagi.

#ZAPS #KhaliFrameByDR #Survivor