5 KESILAPAN BISNES SAMBILAN DI RUMAH

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Sumber: usahawan.com

Bekerja di rumah sangat memerlukan disiplin tinggi. Mari baca 5 kesilapan yang sering berlaku apabila berbisnes di rumah.

1- SAMBIL LEWA.
Melakukan bisnes sambil lewa. Tidak mengawasi panggilan telefon, whatsapp, sms dan lain-lain kerana tidak menumpukan perhatian. Anda mungkin kehilangan pelanggan berharga anda. Sekiranya ada panggilan tidak berjawab, hubungi semula dengan segera.

2- BANYAK HABISKAN MASA PERKARA TIDAK PENTING.
Membelek Facebook berjam-jam, tetapi tiada hasil. Sediakan pelan perniagaan yang mantap. Jangka panjang dan pendek. Laksanakan segera. Cari peluang dan ruang baru untuk tembus pasaran.

3- TIADA PERSEDIAAN RAPI.
Jangan sambil lewa. Ada yang hanya memuatnaik iklan Facebook sambil baring-baring atas tilam. Anda silap. Sepatutnya sediakan satu ruangan khas di rumah anda, sediakan tempat display yang menarik, meja kerusi bekerja yang lengkap dengan komputer dan pencetak serta sediakan internet. Jika perlu, tablet dan plan data internet terbaik untuk memuatnaik foto dan iklan. Sediakan masa dan waktu rasmi untuk bekerja di rumah, menghantar barang, dan bertemu pelanggan.

4- ANGGAP BISNES SAMBILAN INI TAK KEMANA.
Ramai yang mulakan perniagaan di rumah sudah menjadi Jutawan. Jangan tidak tahu.

5- TIDAK DAFTAR PERNIAGAAN DAN AKAUN.
Kesilapan ini selalu dilakukan. Malah anda perlu segera ke SSM dan daftar perniagaan. Daftar akaun syarikat dengan rapi. Gunakan buku cek jika perlu. Buat dengan rapi perakaunan syarikat dan semak untung rugi. Gunakan alamat rumah atau pejabat sementara. Barulah anda boleh meyakinkan pelanggan. Bina jenama anda sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN