Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

USAHA FOKUS BLOG TERGANGGU

Assalamu'alaikum. Lama rasanya tidak menaip di blog. Maklumlah, kesibukan melayan kerenah Aleef yang sudah berusia 7 bulan dan Akif yang berusia 3 tahun, mengekang waktu untuk saya peruntukkan dengan blog dan kedai atas talian yang sedang disiapkan. Apalagi jika Aleef merengek-rengek tidak selesa kerana rumah yang berhawa sauna. Dulu, masa saya kecil sekitar usia 9 tahun, rumah ini tidak panas kerana di tepi rumah ada hutan dan di hadapan kawasan perumahan ada sebuah bukit. Setelah lebih kurang 10 tahun saya berpindah keluar dari rumah ini, hutan dan bukit yang menjadi penyejuk udara telah habis ditarah dan dijadikan perumahan golongan berada. Berbalik kepada cerita blog tadi, saya masih usaha juga buat dan dapatkan masa untuk siapkan walaupun 1 minit. Pandai-pandailah pujuk hati yang teringin sangat lari laju-laju supaya dapat buka kedai cepat. Kadang rasa cemburu tengok dan baca blog rakan pelajar lain  yang masih baru sudah dapat perhatian. Apakan daya. Situasi tida

KODAI ON9 ZZA

Imej
Alhamdulillah. Terima kasih Allah s.w.t kerana masih mampu bernafas dan meneruskan perjuangan hidup ini. Dua tiga hari ini saya agak sibuk cuba menyiapkan kedai online saya. Ilmu yang telah diberi di dalam akademi ini saya gunakan sehabis boleh. Kedai online ini saya baru letak "banner" dan sedikit ucapan dedikasi sahaja. Semua saya rekacipta sendiri. Dari gambar "banner" hinggalah gambar ikon produk untuk album laman mukabuku. Saya juga sudah masukkan tab halaman bagi mengasingkan setiap jenis produk. Tapi masih belum saya terbitkan lagi kerana gambar produk dan penerangan produk belum sempat diletakkan. Apalagi testimoni. Saya juga sudah letakkan "banner" di laman mukabuku dan buka album untuk setiap jenis produk supaya tidak serabut untuk mencari nanti. Banyak lagi perlu dilengkapkan. Mujurlah bekerja di rumah ini tiada majikan. Semuanya hasil titik peluh tangan dan idea sendiri. Produk pun sudah sedia ada bersama testimoninya.

TEKNIK MAK DIDIK ANAK HAFAL QURAN

Imej
Assalamu'alaikum kepada pembaca. Saya ingin kongsi 1 teknik untuk mendidik anak membaca al-Quran. Teknik ini sangat baik. Langkah demi langkah. Satu per satu. Teknik ini hasil salah seorang rakan niaga akademi bekerja di rumah iaitu seorang ustaz muda. Teknik ini diberi melalui ebook dan percuma. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita mendidik anak-anak. Di bawah ini salah satu ulasan pengamal Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran. ******************** Alhamdulillah ustaz...saya sudah baca. Kagum dan tersentuh hati kecil saya. Saya akan panjangkan usaha ustaz kepada insan lain dan semoga ia menjadi batu pemberat dalam timbangan ustaz di sana nanti. InsyaAllah. Pada saya teknik 'subconscious mind' ini popular barat. Memang ternyata berkesan dalam mengaktifkan minda bawah sedar anak dalam pelajaran, malah pada pembentukkan tingkah laku, moral dan disiplin diri. Malah untuk anak dewasa sekali pun, kita mungkin boleh mencadangkan pendekatan mainkan tape recorder

UJIAN BERPUASA - MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA ANAK USIA 3 TAHUN

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sudah selesai berbuka puasa tadi. Sekarang saya berbaring-baring untuk merenung kejadian hari ini. Subhanallah. Hari ini saya terlewat bangun dan terlepas sahur. Begitu juga suami. Saya lupa untuk hidupkan bunyi telefon yang saya letakkan di dalam mod senyap. Menjelang jam 10.30 pagi tekak saya dan perut mula merayu diisi. Maklumlah ibu menyusu bayi ini sangat perlukan air untuk keseimbangan nutrisi. Saya abaikan saja sehabis boleh. Sehingga hampir waktu tengahari, saya sudah siap memasak untuk anak-anak. Berlaukkan telur dadar dan kacang buncis tumis. Saya minta suami yang suapkan kerana saya perlu menyiang ikan dan ayam di dapur. Stok untuk 3 minggu. Sambil itu saya juga sediakan bahan untuk memasak lauk berbuka puasa nanti. Jam 2 petang barulah selesai saya mengerjakan stok-stok bahan memasak termasuk cili api yang menjadi menu rutin suami. Setelah membersihkan diri barulah terasa letih sangat. Teringin sangat tekak i

3 CARA BERBISNES DENGAN MODAL SKALA SEMUT UNTUK USAHAWAN BARU

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Foto: Freelancer Sumber: Majalah Niaga Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya adalah antara pelanggan setia Majalah Niaga. Banyak nasihat niaga yang diberi percuma. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi salah satu artikel majalah tersebut mengenai perniagaan dengan modal sekecil semut. Ciri-cirinya memang amat menepati ciri-ciri akademi bekerja di rumah. Silakan baca dan kongsi jika ia bermanfaat untuk anda dan kawan-kawan. ↖(^▽^)↗ Ramai bercita-cita bergelar usahawan, namun tidak semua menjadi realiti. Modal antara sebab cita-cita itu terbantut. Tanpa modal yang besar, wajarkah cita-cita perniagaan berkubur begitu sahaja? Jawapannya tentu tidak. Malangnya, terdapat ramai usahawan gagal menilai keperluan modal yang sebenar untuk perniagaan. Semuanya berlaku kerana pandangan mereka yang konvensional dan kurang kreatif. Antara modal dan rupa perniagaan, mana yang harus ditentukan dahulu? Tidak guna membayangkan perniagaan yang besar dan gah ta

AKTIVITI MERAWAT ANAK MENYANTUNI KELUARGA

Teks: Ziadah Zainal Abidin Alhamdulillah pagi ini dikurniakan kesihatan yang semakin membaik pada diri saya. Sebaliknya Aleef pula demam panas. Mungkin gara-gara terkena hujan renyai semasa kami bawa anak-anak berjalan-jalan di Putrajaya kelmarin. Subuh tadi berjemaah dengan si dia. Dia kemudian bergegas ke tempat kerja selepas menghirup secawan teh tarik campuran daun misai kucing berjenama Super Power. Kebiasaan bersalaman sebelum berpergian pastilah tidak ditinggalkan. Hari ini tugasnya ke Pontian, Johor Bahru. Entah balik hari ini atau esok, tidak pula diberitahu pegawai atasannya. Sambil menunggu anak-anak bangun tidur, sempat saya melipat kain baju sebakul. Semasa sedang mengemas pinggan mangkuk di dapur, barulah Aleef terjaga. Panas lagi kepalanya. Saya salinkan lampinnya yang sudah penuh dan cuba susukannya. Tidak selera nampaknya dia. Masih mengantuk. Saya ambil kain lampin dan basahkan. Kemudian mengangkatnya masuk ke dalam buaian dan meletakkan kain basah di kep

AURAT: KEKELIRUAN UMMAH. ADAT VS HUKUM.

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber foto: Ustaz Norudin Drahman Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Di hari Juma'at yang berkah ini, Allah mengilhamkan saya untuk mengupas sedikit isu aurat hasil perbincangan di dalam kumpulan Whatsapp "Dah Baca Quran Belum" kelolaan Ustaz Norudin Draman. Lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan 6 hari lagi, pasakkanlah ingatan ini supaya pahala berpuasa Ramadhan kita tidak hangus pada Syawal nanti. Umum sudah tahu apa itu aurat. Jadi saya tidak akan menerangkannya di sini. Cukup kita tahu aurat wanita itu adalah seluruh anggota badannya kecuali tangan dan muka. Manakala aurat lelaki adalah bermula dari pusat hingga lutut. Setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, selalunya menjadi kebiasaan kita berkumpul di rumah ibubapa. Kekurangan ilmu dalam soal aurat dan kebiasaan yang sudah lama diamalkan atas nama "hormat" orang tua memaksa kekeliruan aurat ini terus-menerus terjadi. Tanpa sedar juga, pahala-pahala yang

SAKIT 3 SERANGKAI : DEMAM, SELSEMA & BATUK

Teks: Ziadah Zainal Abidin Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua. Alhamdulillah masih boleh bernafas walau diiringi batuk dan selsema yang menyesakkan dada. Rasa seperti sudah lama tidak menaip di sini. Mahu tidak mahu, mestilah saya maafkan diri sendiri yang tidak dapat istiqomah (konsisten) menaip di sini dek kerana nikmat kesihatan sedang diambil Allah s.w.t. sedikit. Alhamdulillah. Bukankah sakit itu penghapus dosa? Ingin saya ceritakan di sini hari pertama sakit kelmarin, saya tidak mampu bangun melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Suami juga tiada untuk membantu. Namun, benarlah apa dikatakan, seorang ibu itu mampu memberikan kehidupan pada anak-anaknya walau sesakit mana pun. Tidak sampai hati melihat anak-anak kelaparan, saya usahakan bangun untuk memasak. Usai memasak seringkas dan secepat mungkin, saya hidangkan agar anak-anak dapat makan sendiri. Saya pula terus baring berehat dan lelapkan mata. Sehingga malam saya masih be

TIPS QADA SOLAT SEWAKTU JAHIL : BUAT KITA PENDOSA

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Malam ini agak membosankan dengan ketiadaan "sang raja". Putera-putera kecil tidak sudah-sudah berkelintau dan bertanyakan ketiadaan ayahanda mereka yang tercinta. Mujur saja ada kumpulan ilmu agama yang saya sertai melalui rakan akademi bekerja di rumah juga. Dapat juga mengetahui sedikit sebanyak ilmu agama dari mereka yang tahu. Benarlah seperti yang diperkatakan. Apabila kita berusaha melonjak diri kita menjadi khalifah yang baik, Allah akan datangkan orang yang baik-baik dan berpengetahuan untuk membimbing kita melalui proses transformasi diri. Proses transformasi ini juga tidaklah mudah untuk insan kotor seperti kita. Lebih-lebih lagi jika pernah melakukan dosa-dosa besar yang dilarang Allah yang Maha Baik. Bermula dengan berusaha menjaga solat 5 waktu yang semua orang tahu ia wajib dan utama. Hatta orang bukan Islam juga tahu kita wajib tunaikan solat ini. Permulaan menjaga solat 5 wa

AKTIVITI BOSAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari saya cuti menulis blog. Hanya mengintai-intai laman bukumuka sahaja. Kesihatan kami sekeluarga yang di tahap rendah mengganggu fokus untuk menulis. Hari ini masih juga tidak sihat. Saya lebih banyak membeli-belah e-book di Google Play Store. Borong mana yang menarik. Perlu berhati-hati juga kerana terdapat e-book yang boleh memesongkan akidah dijual dengan harga RM0.00. Jika dibaca tajuknya, memanglah menarik. Tetapi setelah diteliti, kandungannya mampu membuat kita murtad. Na'uzubillahiminzalik. Anak-anak bujang terpaksa melayan diri. Tengok kartun di televisyen atau di komputer riba atau bermain permainan yang ada. Saya hanya menyuapkan makan minum dan memandikan mereka. Lain-lain aktiviti, mereka layan diri. Masing-masing sudah faham dan pandai bawa diri jika mama tidak sihat. Petang tadi, ibu mertua menelefon. Katanya mahu dibawa berjalan-jalan sekitar sini jika kami ada perancangan keluar rumah esok. Bosa

45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5000

45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5,000 Artikel ini dipetik dari  Majalah AO Tribe Edisi #2 Ramai orang menyangka, jika seseorang itu ingin memulakan perniagaan, dia haruslah memiliki sebuah kedai, barangan yang cukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutan dan akhirnya ia dijangkakan paling kurang mestilah memiliki modal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untuk memulakan sesuatu perniagaan. Akan tetapi, hakikat mana-mana perniagaan pun di dunia ini tidak bermula dengan semalam selesai proses mendaftarkan syarikat, hari ini syarikatnya sudah setanding syarikat gergasi seperti Apple atau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulu mereka juga bermula daripada menjadikan garaj kereta sebagai pusat permulaan operasi. Oleh itu, modal bukanlah penghalang utama untuk memulakan sesuatu perniagaan dan ketahui 45 teknik bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal kurang daripada RM5000 khususnya bagi mereka yang betul-betul bermi