Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

AMAL TILL JANNAH - Saluran Belajar Bersedekah

Imej
Salam'alaik semua. Hari ni saya mahu kongsi sedikit tentang kumpulan yang bantu saya belajar bersedekah secara istiqomah (konsisten / terus-menerus). Ya. Di luar sana ada banyak badan kebajikan yang juga melakukan perkara yang sama. Mengumpul sumbangan dari orang ramai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi, kepercayaan itu sangat penting, kan? Saya ditemukan dengan kumpulan ini melalui guru online saya, puan Anys Idayu Zakaria. Guru yang paling saya hormati dan kagumi. Melalui penglibatan guru saya inilah, saya percaya kumpulan yang disertainya ini. Dari kumpulan tersebut, saya jumpa cara bagaimana bersedekah tanpa keluar rumah dan berterusan. Hati saya rasa lapang dan tenang setiap kali berjaya bersedekah walaupun ada kalanya saya sendiri sedang dalam kesempitan. Hidup ini bukan saya saja yang susah. Ramai lagi di luar sana jauh lebih malang dari saya. Sekurangnya saya masih punya ibubapa yang berharta untuk saya menumpang bersama, suami yang penyayang, anak

SEMINAR MY DOCUMENTS - TIPS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Saya pasti rakan-rakan saya tertunggu-tunggu ilmu yang saya ambil dari Tuan Abdul Basit, pengerusi eksekutif kepada Byond Group of Companies di Seminar My Documents (SMD) pada 5 November 2016 yang saya hadiri. Maaf kerana lambat dari yang dijanjikan atas sebab masalah internet. Sebelum saya kongsikan di sini, saya sudah pun membaca terma dan syarat hakcipta yang dilampirkan di dalam Workbook yang diberikan sebelum seminar #SMD2016 dimulakan. Jadi, saya hanya akan berkongsi tips-tips yang saya ambil dari SMD2016 ini sahaja dan bukan nota penuh. Semoga bermanfaat. TIPS SMD2016 1. Bila kita rasa  kita sudah pandai dan tahu banyak perkara, kita sudah melangkah separuh kegagalan. 2. Wanita bukan untuk difahami, cukup untuk disayangi. Tips ini dikhaskan untuk kaum lelaki yang menggunakan khidmat isteri (terutamanya) di dalam perniagaan kerana wanita biasanya akan sangat membantu apabila cukup disayangi. Faham ke tak ni? Tak faham, nan

KELAS CLOROX BISNES BERSAMA BRC.MY

Imej
Assalamu'alaikum semua. Hari ni baru berkesempatan berkongsi nota dari Kelas Clorox Bisnes pada 30 April 2016 lalu. Itupun selepas mendapat keizinan dari pihak BRC. Ambil ilmu, kenalah beradab kan? Kang tak berkat ilmu, kan susah nak serap dalam otak? Betul ke betul? Hehe  Ini kali kedua saya berguru dengan Tuan Bukhari Ramli selepas kali terakhir bersua di kelas-kelas beliau selama hampir seminggu anjuran HRDF melalui program HEARTS secara percuma pada tahun 2013. Masa tu saya belum faham apa yang cuba disampaikan beliau kerana sangat baru dalam dunia sepak terajang bisnes. Selepas beberapa tahun ikut rapat setiap post beliau di Facebook dan emel, baru kali ini saya bersedia untuk hadir ke kelas beliau yang berbayar. Saya yakin bayaran saya berbaloi. Saya sempat juga rakamkan hampir keseluruhan pembentangan dan soal jawab kelas sebagai rujukan. Nak rakam guna video, charger  tak bawa. Risau pula bateri habis. Kelas sampai jam 5 petang tu. Bateri tak mampu tahan tanpa