SEDIKIT KEBOSANAN

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Foto: Peribadi
Entri: 41

Allahurabbi, alhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar.

Terima kasih untuk hari ini yang menyenangkan walaupun ada bibit-bibit keresahan hati kerana melayan kerenah anak-anak syurga amanah-Mu ini ya Allah.

Ketiadaan suami hari ini memang agak menggelisahkan hati. Tidak sampai 24 jam bertemu, dia sudah ditugaskan untuk berangkat ke Johor berhampiran sempadan Singapura selama 3 hari. Boleh lihat dengan jelas jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura ini melalui gambar yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp.

Saya banyak menghabiskan masa membaca di laman Facebook, aplikasi WeChat dan blog hari ini. Tidak ketinggalan juga membaca buku-buku yang dihadiahkan seorang isteri kepada rakan sekampung suami saya.

Buku apa ye? Nanti saya akan kongsikan. Banyak tips menarik usahawan ini kongsikan. Boleh juga dipraktikkan bersama.

Sambung cerita hari ini, sepanjang hari ini saya berkepit dengan Aleef yang makin montel dan mantap. Saya lebih banyak terbaring saja bersamanya. Maklumlah. Berat badannya menghalang saya mendukungnya lama-lama. Sakit segala urat saraf nanti, lagi melepek. Jadi, hari ini hari saya baring-baring baca telefon. Nasib baik sempat juga memasak lauk ayam kicap rebus tadi. Itupun jenuh minta Akif (anak kedua) yang baru berusia 3 tahun tolong jenguk adiknya setiap kali merengek. Bolehlah dipuji sikap baik Akif yang satu ini. Alhamdulillah.

Suami saya pula sekarang ini entah tidur di mana dan makan di mana. Katanya pegawai yang dibawanya itu tidak mengendahkannya. Tapi dia redha dan cakap perkara kecil saja. Semoga Allah melindungi kamu di sana.

Sampai sini saja untuk malam ini. Sudah letih mata ni. Assalamu'alaikum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN