Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

GURU KEROHANIAN

Salam'alaik. Testimoni saya sendiri hari ni, dengan amalan tasbih asmaulhusna, selawat dan bicara hati, saya lakukan mengikut saranan Tuan Hazehan, hajat saya mahu buat duit dengan kemahiran yang saya ada, semakin nampak jalannya. Selain tu, hajat yang tidak berkaitan dengan kemahiran juga termakbul. Bermula 4 April 2017, saya mulakan amalan ini hingga hari ini. Setakat ini saya terima kurnia Allah yang banyak. Antaranya: 1. Saya dapat coaching dengan Umi on call. 2. Saya dapat semula pelanggan untuk kerja2 rekagrafik (graphic design). 3. Saya dapat jadi admin group ini dan diamanahkan menghasilkan ebook group ini. 4. Permohonan pinjaman suami saya diluluskan di saat-saat kami hanya ada tak sampai RM50 untuk menampung belanja 5 tanggungan untuk masa sebulan dan pinjaman ini juga akan digunakan untuk rumah baru kami yang juga sudah lulus permohonannya dan dijangka siap sebelum Syawal tahun ini. 5. Saya dapat smartphone baru untuk kegiatan perniagaan saya yang saiz storagenya

PERCETAKAN - SEBUAH PERJALANAN LAGI

Salam'alaik semua. Hari ni saya nak cerita tentang perniagaan saya, Legasi Cetak yang saya kata nak tutup tapi sebenarnya tak tutup-tutup. Sebab apa tau? Sebab syarat terkini SSM, semua nama dalam lesen perniagaan tersebut wajib hadir bersama untuk urusan penamatan perniagaan dan pertukaran pemilik. Walaupun masing-masing dah cap jari, tetap semua kena hadir. Mungkin kerana pernah ada masalah penipuan sebelum ni. Oleh kerana gagal menamatkan perniagaan dan menukar pemilik, saya terpaksa juga memperbaharui lesen SSM. Terbanglah RM70.60 untuk lesen niaga tersebut. Bertabah sajalah. Baru-baru ni, kecoh hal mengenai BR1M yang ramai tak dapat sebab ada nama di SSM. Ya. Saya tak terkecuali. Walaupun agak kecewa kerana memang saya tiada wang kerana gagal mengurus Legasi Cetak dengan baik, saya redha wang bantuan rakyat tersebut bukan rezeki saya. Namun sejak kebelakangan ini, saya mula ketiadaan jualan walau 1 pelanggan pun dari pejabat utama perniagaan percetakan saya di Put3 Swe