Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi Keluarga

HOBI BARU: MEMANCING - MENDIDIK SABAR

Imej
Assalamu'alaikum semua. Sekian lama tidak menaip di blog ini. Entah apalah yang disibukkan sangat. #^_^ Hari ni cadangnya nak sambung kira-kira akaun untuk tutup dan bubar perniagaan percetakan pertama saya yang sangat mengecewakan. Suami pula ajak berkelah sambil memancing. Saya fikir, elok juga bawa kerja saya ke tempat yang penuh kehijauan setelah sekian lama terperap dalam simen (rumah). ╮(╯▽╰)╭ Jadi, dari pagi kami bersiap pergi beli khemah dan joran. Konon nak dapat yang murah, pergi ke Nilai 3. Hampeh! Semua RM150 ke atas untuk harga khemah walaupun kualiti tak sesuai harga. Cis! Cari joran pula, kedai pancing tak buka. -_- Sambung cari khemah kat Semenyih Sentral. Tak ada! Cari pula kat Econsave Semenyih. Pun tak ada! Grrr!!! Penat dah ni dengan anak-anak melasak dalam kereta. -_-|| Masa tunggu suami cari khemah tu, terpandang papan tanda "Akuarium & Alatan Memancing" kat depan kereta. Masa tu parking depan kedai yang ada jual burung dan anak ayam. Dala...

JODOH : SEGALANYA RAHSIA TUHAN

Asslamu'alaikum dan salam sejahtera. Perancangan hari ini sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan Mak Tam (isteri bapa saudara suami saya) di Felda Pasoh 1 yang diadakan pada hari ini. Sudah beberapa bulan perancangan ini berlangsung. Kad sudah diedar. Semua orang sudah bersedia. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Manusia merancang namun Allah punya perancangan yang jauh lebih baik dan manusia tidak tahu di mana hikmahnya hingga dia redha dengan semua ketetapan itu. Sudah hampir 2 minggu pemergian Mak Tam. Kali terakhir kami berjumpa adalah 2 minggu sebelum pemergiannya. "Kaki ni dah takde terasa apa lagi ha... Selegho pun dah takdo. Sobu yo poghut ni... Minum air yo.." Adunya semasa kami berbual. "Mak Tam jadi ke kahwin? Kalau jadi, Azie nak sponsor   bunting  dan banner ." Saya bersungguh dan ikhlas mahu ikut menyumbang sesuatu dalam majlisnya nanti. "Ontah la.. Kalau ado jodoh, jadi la. Kau tunggu yo la." Sayu suaranya. Saya malas...

NIAT WUJUDKAN UNDANG-UNDANG DI RUMAH

Beberapa hari lalu, suami menyatakan hasrat mewujudkan undang-undang baru di rumah. Sebetulnya rumah kami tidak pernah ada undang-undang. Hasrat ini saya sambut baik dengan hati sangat terbuka. Sudah lama saya inginkan satu rang undang-undang diwujudkan dalam rumah kami supaya kami boleh belajar dan mengajar disiplin pada anak-anak. Langkah pertama adalah solat berjemaah apabila berkesempatan. Langkah ini saya jayakan dengan doa dan usaha menarik suami dekati jalan Allah sehabis boleh. Baik cara lembut mahupun kasar. Kami tidak maksum. Pastilah banyak ranjaunya. Alhamdulillah. Setakat ini saya dan suami dapati ia berjalan dengan baik. Tinggal lagi untuk mengajak dan mengajar anak-anak ikut berjemaah. Semoga usaha ini akan berjaya dan kekal ke akhir hayat. Langkah kedua pula, suami menetapkan waktu gajet. Tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar ketika bersama keluarga iaitu pada hari cuti. Hati saya yang memang sudah lama ingin menyatakan hasrat ini kepadanya. Tidak sangka ...

KEWAJIPAN MENDIDIK ANAK DAN ISTERI : KISAH ANAK KECIL DAN PEROMPAK

Hari ini tiada perkara menarik. Hanya aktiviti rutin dan aktiviti melayan kerenah Aleef yang bosan kerana abang-abangnya tiada di rumah. Suami juga lambat pulang kerana bekerja lebih masa. Saya cuma mahu kongsi sedikit sahaja hari ini. Tadi saya tonton TV AlHijrah slot Taman Syurga yang dihoskan oleh Syeikh Habib Ali, bertajuk Wajib Mendidik Anak dan Isteri. Saya tertarik dengan kisah yang disampaikan dan mahu berkongsi dengan anda semua. Komen pendapat anda setelah membacanya ya. ******************************************* Slot Taman Syurga - Habib Ali - TV Alhijrah Tajuk: Wajib Mendidik Anak dan Isteri Teks olahan: Ziadah Zainal Abidin Satu ketika, seorang anak kecil dipesan ibunya supaya tidak berkata dusta (bohong/tipu) walau di mana saja dia berada. Anak kecil ini kemudiannya mengikuti sebuah kafilah. Di pertengahan jalan, kafilah ini ditahan perompak. Semua barangan mereka dirampas. Anak kecil ini hanya memerhati sahaja sehingga dia ditanya oleh salah seora...

10 TIPS MENARIK MINAT ANAK MEMBACA, TANPA DIPAKSA!

Imej
Teks: Ziadah ZainalAbidin Foto: Ziadah Zainal Abidin Sumber: saatakukaupilih.blogspot.com TIPS 1: PENDEDAHAN AWAL °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Awal itu bermaksud dari saat anak berada dalam kandungan lagi. Dalam Islam juga telah ditekankan mengenai pentingnya ibu yang hamil untuk membaca al-Quran. Ibu yang hamil juga digalakkan membaca bahan-bahan ilmiah dan berbual dengan anak di dalam kandungan. Deria pertama yang terbentuk semasa anak dalam kandungan ialah deria pendengaran. Percaya atau tiadak, ini bermakna bayi mampu mendengar ibunya membaca, mengaji dan menyanyi untuknya. Jadi, bacakanlah dengan jelas dan kuat. Pada permulaan memang akan terasa seperti orang gila bila asyik bercakap dengan perut. Pedulikan perasaan itu. Kita akan nampak kesannya apabila bayi itu lahir nanti. Denga izin Allah. TIPS 2: SEPAHKAN BUKU °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Selalunya kita akan lihat mainan bersepah tetapi buku tersimpan kemas di r...

10 TIPS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PAKAR PSIKIATRI KANAK-KANAK

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: saatakukaupilih.blogspot.com, befrienders dan persendirian Entri: 11 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kelmarin semasa saya singgah mengintai khabar rakan-rakan di Facebook. Sempat juga baca perkongsian dari seorang bekas rakan kelas saya. Jadi saya pun ikut serta membaca laman tersebut yang menceritakan tentang 10 tips ini. Tips ini dikongsikan dari seorang doktor pakar psikiatri (mental) kanak-kanak. Jangan salah anggap pula psikiatri untuk orang gila saja ye. Sebelum saya kongsi tips-tips tersebut, mari kita fahami dulu apa itu psikiatri. Psikiatri adalah antara cabang ilmu dalam ilmu kedoktoran yang merujuk kepada kesihatan mental seseorang individu. Ia merangkumi corak pemahaman pemikiran dan emosi yang mempengaruhi tingkah laku individu. TIPS 1: KERAP BAWA ANAK MENGENAL ALAM Bawa anak-anak selalu keluar rumah. Biar mereka pijak tanah, pasir, rumput dan sebagainya bagi merangsang kemahiran merasa dan mengenal tekstur alam...

UJIAN ITU INDAH

Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Persendirian Entri: 7 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini mungkin terlalu awal saya menaip di sini. Ketika orang lain sedang lena diulit mimpi, saya pula sukar tidur kerana anak bongsu yang terganggu kesihatannya, dijangkiti demam dan selsema. Kasihan mendengar bunyi nafasnya yang tidak selesa. Selepas saya usahakan melapangkan rongga hidungnya dengan menyedut hingusnya menggunakan alat khas, barulah dia boleh tidur lena. Saya pula yang sukar lelapkan mata semula. Anak kedua yang baru sembuh dari demam selsema juga mula didatangi selsema semula. Mungkin kerana antibodi yang kurang kuat kerana tidak mengamalkan makanan sunnah dan tidak minum susu lagi. Hanya minum minuman coklat yang seiras Milo sahaja. Saya juga mula didatangi selsema kembali selepas 2 hari pulih. Mungkin kerana Projek April saya menyusun atur dan membersihkan rumah. Suami juga begitu. Melayan kerenah saya yang suka menyusun atur perabot, kejap di sana, kejap di ...

BERTERIMA KASIHLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, saya ingin bercerita tentang terima kasih. Apa kita rasa apabila bantuan, jasa, pertolongan atau apa saja yang bermanfaat kita buat kepada orang, dibalas dengan terima kasih? Pastinya rasa sangat lapang dada kerana dihargai walaupun sekadar sebuah ucapan "Terima kasih". Terima kasih biasa diterjemahkan dengan perkataan. Malah ada yang lebih lagi, berterima kasih dengan memberi hadiah dan sebagainya. Dalam konteks keluarga, penerapan amalan berterima kasih menjadi sesuatu yang amat perlu sebagai contoh untuk anak-anak yang masih kecil. Ibubapa sebagai model utama amalan ini. Bagaimana pula dengan pasangan suami isteri? Terima kasih adalah sangat perlu dalam apa jua kebaikan yang diberikan. Amalan terima kasih ini boleh diterapkan untuk mengekalkan hubungan suami isteri walaupun hanya sekecil membasuh baju. Percayalah. Kebanyakan hubungan yang gagal kerana kurang mengamalkan tanda penghargaan atas jasa baik yang diberikan. Perm...