SOAL JAWAB AQIQAH
Alhamdulillah masih diberi ruang dan nafas menyampaikan ilmu di sini. Kita sudah berada di dalam bulan September. Tidak lama lagi akan menyambut 'Aidil Adha atau hari raya korban. Kebetulan suami saya menelefon jam 11.30 malam tadi menyebabkan saya terjaga dari tidur. Maklumlah telefon rumah bukannya boleh disetkan kepada mod senyap. Saya tidak menjawab panggilannya kerana anak-anak pasti akan turut terjaga jika terdengar suara kami nanti. Saya membalas dengan menghantar mesej. Katanya hanya mahu bertanya khabar anak-anak yang tidak sihat. Selepas berbalas mesej hingga jam 12.30 pagi, saya membuka mesej-mesej dari kumpulan Whatsapp. Tajuk perbincangan di dalam kumpulan Dah Baca Quran Belum yang dikelolakan ustaz Norudin Draman sangat menarik dan bertepatan dengan waktu hari raya yang bakal tiba nanti. Mari kita baca. Moga ada manfaatnya. Saya olah dalam bentuk soalan dan jawapan ya. Soalan 1: Perihal pensyariatan aqiqah dan jenis binatang sembelihan bagi anak lelaki d...