HARI KURANG SIHAT

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Entri: 36

Alhamdulillah kerana suami pulang dengan selamat malam ini. Hari ini saya cuma online sekejap-sekejap sahaja. Sakit kepala dan mata menyerang. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas.

Sekarang ini saya ingin juga menaip di sini hanya untuk melepaskan rindu menaip menggunakan telefon yang dihadiahkan suami ini. Maklumlah, suami pinjam telefon ini untuk kemudahannya menggunakan Google Maps semasa memandu. Telefon lamanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda uzur. Sementara menunggu suami beli yang baru, saya gunakanlah telefon lamanya. Saya kan 24 jam di rumah. Jadi, senang untuk mengecas bateri telefon yang sudah mula bermasalah itu.

Cerita tentang aktiviti hari ini, saya hanya buat kerja rutin utama saja iaitu memasak, melayan anak-anak, mengemas rumah, menjaga solat dan membaca Quran beberapa mukasurat. Sudah sampai surah an-Nisaa. Walaupun tiada terjemahannya, saya harap bolehlah ia menyucikan semula rohani saya yang memang sekian lama dikotori anasir luar.

Seperti kisah seorang cucu yang bertanyakan datuknya tentang al-Quran yang dibaca datuknya yang tidak difahami kerana tiada terjemahannya. Membaca al-Quran tanpa terjemahan umpama menakung air menggunakan bakul. Air tidak penuh tetapi bakul menjadi bersih. Wallahu a'lam.

Sampai sini saja dulu. Betul-betul tak boleh tahan. Jika sudi, doakanlah kesembuhan ye. Assalamu 'alaikum dan selamat malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN