Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bekerja Di Rumah

JOB DESIGN PERTAMA DARI KHALIFRAME

Imej
Pagi-pagi dah mengadap muka Puan Dhuha Rashidi, bos dan juga founder  Khaliframe. Dia bagi gambar seketul-seketul muka dia pegang cenderahati khat Khaliframe. Minta tolong aku buatkan design untuk posting testimoni Khaliframe. Siap bagi contoh dan draf. Aku memang suka sangat bila pelanggan bagi draf dan contoh dia sendiri sebab aku tak payah susah-payah fikir dia nak warna apa, nak susun macam mana. Mempercepatkan kerja-kerja aku untuk beralih kepada tempahan pelanggan lain. Menyanyi aku buat design yang 1 ni. Maklumlah, founder  tu senyum je kan. Hihihi Gambar founder Khaliframe yang sudah dibuang background. Ni la jadinya lepas aku design. Syukur siap cepat dan draf diterima dengan minor correction . Hihihi

RUSH HOUR

Imej
Tengah sedap buat design yang banyak, tiba-tiba pula mouse buat hal. Ha!!! Berkejar aku ke Tesco Kajang nak mencari mouse. Apa tak berkejarnya? Dah jam 9 lebih. Kedai dah nak tutup! Masuk Tesco, naik escalator, ternampak pula kedai Mr. DIY belum tutup. Syukur sangat. Cepat-cepat beli 1 mouse comel. Balik rumah terus sambung kerja design khat dan design dari kawan-kawan lain. Terpaksa siapkan cepat sebab aku memang suka buat kerja siap cepat. Hehehe Inilah si tikus robot comel yang menyelamatkan job designku. Terima kasih sangat dengan suami yang sanggup bawa isteri dia ni cepat-cepat ke Tesco. Dah mula faham dah dia tugasan isterinya ni sebagai freelance graphic designer. Alhamdulillah. Ia satu nikmat.

1 BENDA PATUT TAHU TENTANG KHALIFRAME

Imej
Korang memang patut tahu satu benda ni. Tulisan yang dibuat bentuk-bentuk tu kan semua tu asalnya ditulis tangan. Penulis khat Khaliframe ni pulak akan tulis ikut macamana yang kita pilih. Fuh memang special-lah. Bukan main conteng-conteng je. Yang tambahkan lagi specialnya, tulisan original tadi dikemaskan pula lagi oleh designer. Antara designer tu, akulah.  Kasi lebih segak. Lebih wow. Lebih premium. Tentunya hanya di Khaliframe.  Ingat je cenderahati khat, terus sebut Khaliframe tau. NOTA: Tulisan khat yang ditempah hanya ada warna hitam atau putih sahaja ye. Yang dalam gambar bawah ni hanya nak bagi jelas kat mata aku.

KELAS ONLINE NEWBIE MEROKET

Imej
Salam'alaik semua. Baru-baru ini saya ada masuk kelas online percuma yang diadakan pada 12 Mac 2017 yang lalu di group Whatsapp. Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua mengenai kelas ini kerana ia bermanfaat buat mereka yang masih sangat baru dalam perniagaan. Siapa dia ni? Dia juga seorang ibu dan surirumah seperti saya. Bezanya, dia adalah  Stokis Auoliya berumur 25 tahun yang berjiwa besar. Bangkit dari fasa kejatuhan dan kini sedang aktif berkongsi ilmu tentang bagaimana beliau naik dengan sangat cepat ketika mulakan perniagaan online walupun bermula dari zero. Kini ZULAIKHA RAMLAN telah/sedang menuntut ilmu di :  💟 Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama Dr Azizan Osman 💟 Group Support Like bersama En Khairul Zahrin Abd Karim 💟 Group Support Like Elite Force bersama -En Khairul Zahrin Abd Karim -Cekgu Daus ( Big Why ) -Aiman Ismail ( Content Marketing ) -Storytelling (Tuan Izan Shafie) 💟 All About Marketing bersama Norain...

RAIKAN KEJAYAAN KECIL UNTUK KEJAYAAN LEBIH BESAR

Imej
Alhamdulillah. Masih sihat jari-jemari ni nak menaip kat blog ni. (^_^) Apa khabar semua? ヽ(´▽`)/ 👆 Soalan klise. Haha Lama tak update blog ni. Apa sangatlah yang sibuk tu kan sampai naik sawang dah blog ni. -_-|| Sebenarnya jadual saya semenjak hidupkan semula Legasi Cetak jadi agak huru-hara. ~T_T~ Maklumlah. Baru fasa "minta nyawa". 😅😅😅 Hari ni saya kembali usaha ikut jadual sebab dah sync dengan Google Calendar. Insya-Allah. Istiqomah. 😌 Banyak sebenarnya nak cerita. Banyak sangat. Tu la... Cikgu dah cakap. Catat kat buku. Degil! Kan dah keliru sebab banyak sangat ilmu nak kongsi. Dalam 2 bulan ni, banyak sangat ilmu dan energi positif saya terima dan sebar. Hasil memasuki rangkaian persahabatan Group Support Like (GSL) yang dikelola oleh tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Bermula dengan kumpulan kecil GSL Wira dan Sabtu lalu GSL Elite Force. Huru-hara dinding Facebook saya dengan friend request kumpulan el...

Perjalanan Legasi Cetak Yang Terkini

Imej
Assalamu'alaikum kepada muslim dan salam sejahtera kepada bukan muslim. Hari ini saya luangkan masa untuk menaip di sini tentang perjalanan Legasi Cetak; perniagaan percetakan yang saya usahakan bersama suami, ibu dan adik-adik perempuan saya. Setelah setahun saya lepaskan Legasi Cetak di bawah pengurusan adik saya, Nash, saya lihat tiada perkembangan memberangsangkan memandangkan ketika itu hidupnya dihimpit masalah teman lelaki yang "kurang siuman". Ini menyebabkan saya mula melangkah masuk kembali dan berusaha menyatukan semula anggota perniagaan kami yang telah berpecah-belah. Ya. Bukan mudah berniaga di bawah satu bumbung bernama keluarga apabila kesatuan hati itu tidak pernah terjadi sedari kecil. Namun, usaha tetap perlu agar tidak dipersoal di akhirat nanti. Entah bagaimana, kami tiba-tiba bersatu setelah diberi peluang rakan Nash, Raden Ahmad dari Eventers Management & Services untuk mempromosikan Legasi Cetak dengan menaja produk percetakan kami melalui ...

LEGASI CETAK

Imej
Legasi Cetak Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya mahu perkenalkan perniagaan saya yang sudah sekian lama "tidur ayam" selepas saya melahirkan anak ketiga tahun 2014 lalu. Anak sudah besar, mudah sikit bergerak. Ini bukan alasan. Ini kenyataan. Lain orang lain caranya. Perniagaan ini adalah perniagaan pertama saya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia gabungan antara adik-beradik perempuan saya, suami dan ibu saya. Saya bertanggungjawab mengasaskan perniagaan ini. Setelah kejatuhan pertama dek kerana emosi saya ( perangai  lady boss - baru belajar mengurus perniagaan), saya banyak belajar melalui tips-tips yang dikongsikan "mem" besar PTS, Puan Ainon Mohd. Setelah menuntut ilmu secara online  dan percuma selama setahun (2015), saya mula nampak di mana salah saya, apa perlu saya baiki dan bagaimana bangun semula. Sekarang, Allah s.w.t. membuka jalan dan ...

SIAP SEPENUHNYA BLOG BISNES PERCETAKAN SAYA

Imej
Alhamdulillah. Selepas berhempas pulas selama 3 bulan bermula Oktober 2015, akhirnya siap juga blog bisnes percetakan saya iaitu Put3 Sweet Gallery Cawangan Semenyih . Beginilah hakikat bekerja di rumah. Mungkin orang lain lebih pantas dan efisien. Tetapi untuk seoerang surirumah sepenuh masa yang perlu memberi komitmen 80 peratus kepada anak-anak dan urusan rumahtangga, untuk diri saya agak memakan masa menyiapkan sepenuhnya blog dan halaman Facebook. Tambahan lagi suami juga sering ke luar kawasan dan tidak dapat menyediakan waktu untuk saya gunakan bagi menyiapkan blog secepat mungkin. Antara servis cetakan yang disediakan adalah: Kad kahwin Yasin Kotak-kotak cenderahati Baju-T Bunting Banner Kad Perniagaan Buku Tetamu Backdrop Sampul Surat Sebahagian barangan belum saya masukkan gambar kerana lebih tertumpu kepada percetakan kad undangan perkahwinan. Paparan laman blog bisnes percetakan saya. Mungkin ada yang rasa laman ini agak ringkas. Ini kerana saya men...

FOKUS! RAHSIA KEKAL ATAS 'TREK' SEMASA BEKERJA DI RUMAH

Imej
Sumber foto: aqifazizan.com Setiap apa pekerjaan yang dilakukan, semuanya memerlukan fokus. Fokus adalah kemampuan konsentrasi kepada sesuatu objek atau perkara tanpa mempedulikan hal-hal lain. Bila sebut fokus, selalunya golongan ibu lebih mudah terganggu. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak-anak sekecil 1 hari hingga 6 tahun. Sebagai seorang surirumah yang berniaga kecil seperti saya, fokus memang sangat mudah terganggu. Masa yang ada mesti dibahagi sebaiknya antara anak, suami, kerja rumah dan pengurusan perniagaan. Kehadiran anak-anak kecil pastinya lebih memerlukan perhatian memandangkan mereka kecil hanya sekali. Jadi, bagaimana mahu menguruskan perniagaan sambil mengurus rumahtangga? Antara yang boleh saya kongsikan buat masa ini adalah: #1 Wujudkan jadual rutin harian anda Sumber foto: mkhai,com Jika anda cari di Google mengenai bekerja di rumah, kebanyakan mereka yang bekerja di rumah mempunyai jadual rutin harian mereka sendiri. Wajib ada jika mahu...

LANGKAH MUDAH BINA GALERI DI BLOG

Imej
Assalamu'alaikum semua. (^_^) Oleh kerana saya agak sibuk menyediakan blog khas perniagaan percetakan saya, saya kurang jenguk blog peribadi ini. Perniagaan ini menyediakan khidmat mencetak kad undangan perkahwinan dan surah Yasin untuk majlis tahlil. Kalau sudi menjenguk boleh ke link ini, Put3 Sweet Gallery Semenyih . (*^_^*) Dalam saya memasang "tiang seri" di blog tersebut, saya terfikir, bagaimana mahu meletakkan gambar produk yang banyak di dalam satu album? Kan kalau kita guna blog, gambar yang dimasukkan perlu ditarik ke bawah untuk melihat semua gambar. Ia agak meletihkan jika gambar mencecah puluhan. Saya pun cuba tanya pakcik Google. Walaupun kebanyakan blog di dalam bahasa Indonesia dan perkongsian mereka agak memeningkan, saya teruskan juga klik setiap pautan sehinggalah terjumpa satu blog yang menghubungkan saya dengan satu laman yang memang disarankan untuk anda guna jika mahu bina galeri atau katalog dengan cara mudah. Sangat senang dan prakti...

KEMBALI KE DUNIA CETAK!

Assalamu'alaikum semua. Sudah pagi hari. Saya masih belum tidur. Baru selesai memasang tiang-tiang utama blog perniagaan percetakan saya dan adik saya. Hampir 6 jam saya berjaga pagi ini. Beberapa jam lagi sudah Subuh. Inilah hikmahnya ilmu yang diajar di dalam kelas asas blog bisnes. Saya aplikasikan untuk perniagaan saya pula. Sekarang tinggal menyiapkan galeri, mempromosi blog dan membuka fanpage Facebook sahaja. Ringkas saja catatan pagi ini. Mata sedikit berat. Bahu sudah sengal. Pinggang sudah lenguh. Takut terlajak pula solat Subuh nanti. Nak tengok sikit blog cetak saya? Silalah. Klik Put3 Sweet Gallery Semenyih .

6 TIPS URUS MASA SURI GAYA ZZA

Imej
Dunia moden kini, walaupun isteri ada pembantu-pembantu elektronik yang memendekkan masa bekerja di rumah supaya isteri dapat meluangkan masa dengan anak-anak pula, ternyata ia tidak semudah yang disangka dan dimahukan. Sebenarnya kita mahu tersusun setiap pergerakan mengikut rutin, seperti mana kita ada jadual untuk diikuti semasa sekolah dahulu mahupun ketika tinggal di asrama. Sejujurnya, kita memang sangat memerlukan jadual rutin harian dan mesti ditampal di tempat yang sering kita melepak hingga leka dan terlepas waktu tertentu. Tidak perlu terlalu fikir hiasannya seperti pelekat dan sebagainya. Cukup dengan konsisten mengikut jadual. Jika mahu hias seperti kebanyakan WAHM di negara Barat juga boleh. Sekadar menyedapkan mata memandang. Ramai isteri dan suri yang mengeluh kerana tidak dapat fokus sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil sekitar usia baru lahir hingga 4 tahun. Hatta ingin menulis atau menaip blog juga terencat kerana si kecil mahukan perhatia...

DULU DAN KINI: PEMBANTU ISTERI

Mungkin kita pernah baca tentang isteri zaman nabi dulu yang ada pembantu/khadam. Hari ini saya berfikir sekejap bezanya pembantu untuk isteri zaman dulu dengan isteri zaman sekarang. Zaman dulu tidak wujud peralatan rumah  seperti mesin basuh, seterika, vakum, periuk nasi elektrik, air paip terus ke rumah dan sebagainya. Jadi, pembantu isteri adalah dari kalangan kaum keluarga atau orang gaji untuk membantu samada mengambil air di sungai, mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya. Zaman sekarang, peralatan rumah adalah pembantu utama para isteri. Masa isteri juga menjadi lebih banyak terluang untuk anak-anak dengan adanya pembantu-pembantu elektrik ini. Apa saya nak sampaikan adalah sebenarnya kita sudah ada pembantu di rumah untuk meringankan kerja-kerja urusan rumahtangga. Sebenarnya yang perlu kita fokus adalah pengurusan masa untuk menjadualkan tugasan harian. Gagal urus masa, serabutlah jadinya. Jadi, kita sediakan pembantu-pembantu diperlukan dan tentukan masa kita s...

HADIAH DARI 'GURU BESAR'

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 22 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semalam guru besar Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad mengumumkan kepada kami anak muridnya, iaitu 1200 orang pelajar akademi ini akan diberikan hadiah e-book terbaru beliau bertajuk "10 Langkah Mudah Bina Kedai Online". Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih kepada beliau yang bermurah hati. Hanya dengan syarat memberi tarikh daftar dan ulasan tentang akademi ini sahaja kami diberi hadiah ini. Tidak sabar rasanya mahu membaca dan mempraktikkan ilmu ini. E-book ini masih berada dalam tangan guru besar kami. Belum berada di pasaran lagi. Insya-Allah akan keluar dalam masa terdekat.

PENERANGAN TENTANG ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi Entri: 18 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menerangkan tentang akademi yang saya sertai ini kerana ramai yang masih tidak faham dan tidak tahu tentang akademi ini. APA ITU ABDR? ABDR adalah nama singkatan Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. ABDR juga menawarkan kelas-kelas tertentu mengikut kehendak semasa. Kelas-kelas ini termasuklah: Kelas Online Asas Bina Blog Penulisan Belajar menulis secara santai tetapi mengekalkan bahasa Melayu formal. Cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca atau bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca untuk datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi yang sudah mencecah 1200 orang bagi membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul tentang apa yang kita suka tulis. Belajar cara konsisten untuk terus aktif me...

BELAJAR PENJENAMAAN DIRI DI ABDR

Imej
Teks: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Peribadi dan Cik Azuriyah Entri: 15 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsi lagi perjalanan saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini. Walaupun baru lagi di dalam akademi ini, saya mula belajar lenggok bahasa aras tinggi daripada senior-senior kelas. Insya-Allah, lagi banyak membaca dan menulis, lagi banyak perkongsian saya yang boleh memberi manfaat pada pembaca. Apa yang saya belajar setakat hari ini di dalam akademi ini ialah meletakkan Allah s.w.t sebagai perkara utama dalam setiap perkara yang dilakukan. Saya juga diberi tips-tips menjemput rezeki yang dipraktikkan mereka. Bertatih-tatih saya dalam bidang ini bersama mereka. Sambil belajar menulis dapat juga belajar bagaimana menjenamakan diri sendiri atau lebih dikenali sebagai online positioning . Pagi ini saya dapat mesej dalam kumpulan rakan sekelas. Guru Anyss minta kami cuba mencari nama masing-masing di carian Google. Apa yang saya jumpa semasa men...

BERJAYA DILETAKKAN BERSAMA BARISAN PENGURUS ONLINE ABDR

TEKS: Ziadah Zainal Abidin Sumber: Pengalaman Entri: 13 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah sekali lagi kepada Allah s.w.t yang menggerakkan hati guru online saya yang menaiktaraf saya menjadi salah seorang Pengurus Online dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Syukur diberi peluang ini. Terima kasih Allah dan terima kasih guru. Tengahari tadi ketika sibuk melayan anak-anak, terdengar bunyi nada dering mesej dari telefon. Mesej yang memberi saya lebih semangat. Saya sudah diserap masuk ke dalam kumpulan barisan pengurus ABDR. Lebih banyak perkongsian ilmu di situ. Malahan ilmu menjemput rezeki juga disarankan selain ilmu-ilmu lain. Jika ini jalan saya yang ditentukan oleh Allah s.w.t, saya terima dengan hati terbuka lagi berbunga. Belajar memberi supaya boleh lebih menerima. Memberi tidak semestinya dengan wang ringgit. Memberi ilmu adalah jalan terbaik. Semoga saya lebih istiqomah dalam langkah ini. Tak tahu nak taip apa lagi. Hanya syukur. Syukur. Syukur.