Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bentan

BENTAN SEMASA PANTANG BERSALIN

Imej
Pernah kau buat bersauna macam ni? Ni pagi tadi punya gambar. Dengan kepala aku sekali masuk dalam tu. 😆😆😆 Ada la rupa kura-kura jap sebab kejap keluar kepala kejap masuk balik. Bila keluar kepala, sejuk oi! Gelak la kan. Nampak kelakar. Aku pun gelak tengok gambar diri sendiri. Tapi sakit bentan tu, aku dan sape yang pernah kena je la tau macam mana leganya dapat masuk bersauna dalam tu. Lega dia sama macam aku duduk kat dapur, buka api dapur tu, berdiri je depan api tu. Macam orang Eropah yang suka pasang unggun api tu. Nak kehangatan semata-mata. Tak pernah seumur hidup aku kena bentan dalam pantang. Sekali kena, ambik! Derita tu, kau je tau. Orang lain nampak kau biasa-biasa je. Boleh berjalan, bergerak, masak, mengemas bagai. Muka kau macam biasa je. Tak nampak sakit pun. Lagi-lagi anak kecil macam #TheForth tu, tak faham Mama sakit lagi. Main terjah je Mama dia, pijak kaki Mama, panjat Mama... Allahu... Menahan je wei! Huhuhu Tahan punya tahan, haaa ini la maka...