GURU KEROHANIAN

Salam'alaik.

Testimoni saya sendiri hari ni, dengan amalan tasbih asmaulhusna, selawat dan bicara hati, saya lakukan mengikut saranan Tuan Hazehan, hajat saya mahu buat duit dengan kemahiran yang saya ada, semakin nampak jalannya. Selain tu, hajat yang tidak berkaitan dengan kemahiran juga termakbul.

Bermula 4 April 2017, saya mulakan amalan ini hingga hari ini. Setakat ini saya terima kurnia Allah yang banyak. Antaranya:
1. Saya dapat coaching dengan Umi on call.
2. Saya dapat semula pelanggan untuk kerja2 rekagrafik (graphic design).
3. Saya dapat jadi admin group ini dan diamanahkan menghasilkan ebook group ini.
4. Permohonan pinjaman suami saya diluluskan di saat-saat kami hanya ada tak sampai RM50 untuk menampung belanja 5 tanggungan untuk masa sebulan dan pinjaman ini juga akan digunakan untuk rumah baru kami yang juga sudah lulus permohonannya dan dijangka siap sebelum Syawal tahun ini.
5. Saya dapat smartphone baru untuk kegiatan perniagaan saya yang saiz storagenya besar dan menepati keperluan kerja2 rekagrafik.
6. Saya dapat tidur di rumah mak saya dan berbual2, memasak dan sebagainya selama 2 hari berturut2. Dah hampir 2 tahun tak dapat tidur di rumah mak lama2.

Mungkin ada lagi yang saya lupa senaraikan. Terima kasih Allah. Terima kasih Umi @MariamHealer . Terima kasih Tuan @Hazehan . 😭

Inilah guru kerohanian yang saya cari2.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN