Ahad, 19 Jun 2016

PUSAT RAWATAN AL-HABIB

Hari ni saya dan suami bawa mak mertua saya ke sebuah pusat rawatan Islam atas rekomendasi dari mak ayah saya yang telah berhasil mengubati adik perempuan saya yang kebetulan dikesan mempunyai "penumpang" di badannya.

Mulanya kami berhajat membawa mak mertua saya berurut kerana kerap mengadu sakit kaki dan badan. Selalunya selepas kami (saya, suami dan adik ipar) urut mak, mak dah boleh buat kerja. Tapi semenjak akhir-akhir ni, setiap kali kami urut, dah tak kebah lagi sakit urat mak. Sebaliknya, kami yang kebas-kebas dan sakit tangan mengurut mak.

Oleh kerana bulan ini bulan puasa, kami buat keputusan bawa mak pergi mengurut sebab di rumah tiada apa nak dibuat. Tak kiralah berapa kosnya. Kami tak mahu fikir. Saya hubungi mak ayah saya. Saja beritahu kami berjalan-jalan bawa mak mertua pergi mengurut. Mak saya cadangkan supaya kami ke pusat rawatan Islam di Reko Sentral, Kajang. Namanya Pusat Rawatan Al-Habib.

No automatic alt text available.
Gambar hadapan Pusat Rawatan Al-Habib
Sumber: Facebook
Sampai di situ, kami disambut isteri perawat. saya lupa bertanya namanya. Kami dibawa ke sebuah bilik khas untuk mengurut. Mak mertua saya diarahkan berbaring dalam kedudukan meniarap. Perawat adalah seorang lelaki. Dia cuba memulakan sesi mengurut sebaliknya mak mertua saya tiba-tiba mengadu sakit. Perawat belum pun memulakan sesi urutan. Dia baru menyentuh kawasan yang dikatakan sering sakit sahaja. Saya mula syak ada "sesuatu" di sebalik kesakitan mak mertua saya.

Perawat cuba menyentuh bahagian-bahagian lain di badan mak mertua saya. Semuanya sakit. Padahal hanya sentuhan sahaja. Kata perawat, ini bukan masalah urat tetapi masalah lain sebenarnya. Saya mula faham kenapa setiap kali mengurut mak mertua, sakitnya tidak kurang sebaliknya kami yang mengurut yang sakit.

Perawat kemudiannya membawa kami ke bilik rawatan lain. Bermulalah sesi rawatan Islam dan rukyah. Perawat mengesan "penumpang" di badan mak mertua saya agak ramai. Antara bahan yang digunakan untuk mengesan "penumpang" tersebut adalah lada hitam dan besi (besi yang digunakan di sini ialah chopstick besi). Mak mertua saya menggeliat-geliat mengadu sakit setiap kali bahan tersebut diletakkan di bahagian-bahagian badannya. Letak je. Bukan tenyeh atau pukul di bahagian badan.

Seterusnya perawat memulakan rawatan dengan "pemutus perjanjian". Ia adalah sebuah akujanji yang perlu dilafazkan dengan niat "penumpang" tersebut tidak lagi mengganggu walau apa pun alasan. Kenapa? Sebab "penumpang" ni ada dari golongan saka (yang telah membuat perjanjian dengan arwah nenek moyang kita dulu dan kita tak tahu butirannya hingga ia mampu menumpang di badan kita dan keturunan kita tanpa kita sedari). Begitulah lebih kurang maksudnya. Saya tak berapa ingat sebab sambil rakam, sambil layan anak.

Selepas baca akujanji tu, perawat arahkan "penumpang-penumpang" berkumpul di bahagian kiri (penumpang jenis biasa) dan bahagian kanan (penumpang jenis saka). Dia kemudiannya mengarahkan "penumpang" semua keluar. Tetapi di bahagian kanan lutut (saka) berdegil. Macam mana tahu ia belum keluar? Sebab kaki mak masih tidak boleh diangkat dan sakit setiap kali cuba diangkat. Ia menjadi berat.

Perawat tidak dapat melemahkan terlebih dahulu "penumpang" yang degil tu dengan air minum yang sepatutnya diberi sebelum rawatan bermula kerana bulan puasa. Jadi, dia terus "menyembelih" mak setelah amaran, "seksaan" dan arahan tidak dilayan. Barulah kaki kanan mak boleh diangkat sedikit. Masih ada lagi "penumpang" lain.

Hari yang semakin lewat menghalang kami meneruskan rawatan lebih. Jadi, mak teruskan dengan berbekam sahaja. Perawat mencadangkan agar mak datang lagi untuk rawatan lanjut. Selain itu, mak dibekalkan dengan beberapa bahan rawatan untuk dilakukan sendiri di rumah.
Gambar semasa rawatan dan rukyah.
Alhamdulillah. Selepas seminggu, mak beritahu dah semakin pulih. Cuma kaki kanan mak saja masih sakit dan berat. Ye lah. Ada lagi yang belum kena sembellih kan? Apa pun, saya rasa syukur sangat mak dah boleh buat kerja semula. Lebih menyenangkan hati, suami makin berbakti pada mak mertua saya ni.

Kata mak, semasa perawat menyembelihnya, bukan rasa chopstick yang diletak pada leher tapi rasa seperti pisau yang menyiat-nyiat leher. Wallahua'lam.

Kalau korang yang ada masalah gangguan, bolehlah ke tempat ni. Harganya pun munasabah. Janganlah dibandingkan pula dengan Darusyifa' tu. Pusat ni pun perlukan dana untuk bayar sewa premis, bil air, elektrik bagai. Ok? Di bawah ni saya sertakan maklumat pusat rawatan ni.

Klik untuk ke Facebook Pusat Rawatan Al-Habib

Tiada ulasan:

Catat Komen