PROGRAM HI-TEA 2014 - MAMA BIDADARI CINTA

Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera.

Hari ni memori 2 tahun lalu semasa bekerja sebagai pengurus media sosial untuk sebuah syarikat perniagaan yang menjual jubah, muncul di dinding Facebook. Pengarah syarikat, Wan Sabariah mengajak saya menemaninya.

Sempat juga terserempak dengan Nurul Izzah, anak pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim semasa kami menanti program bermula. Orangnya tinggi lampai. Mesra dan ramah. Beliau bersendirian ketika saya terserempak dengannya. Walaupun kelihatan tergesa-gesa, beliau masih mahu melayani saya mengambil gambar dengannya.

Ini adalah pengalaman pertama saya "mengopi" atau hi-tea bersama usahawan-usahawan muslimah sempena hari Ibu pada tahun itu. Sebenarnya, saya tidak berminat bersosial begitu. Apalagi majlis makan-makan yang menelan belanja besar di hotel-hotel.

Tapi sebenarnya saya yang cetek ilmu dan pengalaman. Program sebegitu adalah tempat di mana para usahawan besar berkumpul dan memperkenalkan produk masing-masing. Saya masih belum faham bagaimana dan tujuan pengarah-pengarah syarikat bersosial begitu.

Acara-acara yang diadakan hari itu termasuklah demonstrasi lukisan tangan dan pertunjukan fesyen dan rekaan jubah terkini.

Jemputan istimewa adalah Dr. Robiah K. Hamzah yang hanya diberi masa sekitar 15 minit sahaja untuk berucap berkaitan tajuk program, "Mama Bidadari Cinta". Sempat juga beliau menegur penganjur kerana melebihkan acara hiburan berbanding ilmu yang akan disampaikan.

Saya pulang dengan membawa sekotak besar kek yang sebenarnya diberikan kepada pengarah syarikat. Tetapi beliau memberikan kepada saya kerana sudah biasa menerima hadiah-hadiah sebegitu.

Itulah antara saat-saat terakhir saya bekerja dengan syarikat tersebut. Saya diberhentikan kerana gagal menaikkan nama dan jualan syarikat melalui media sosial selepas tempoh percubaan selama 3 bulan.

Apa pun, pengalaman itu sangat berharga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN