RUMAH ORANG DISANGKA RUMAH ABAH

Baca tajuk pun dah pelik kan? Ya. Itu hakikat.

Tahun 2007. Tarikh hari ini, 31 Mac. 10 tahun lalu. Selepas sebulan usia perkahwinan dan tinggal bersama ibu mertua dan ipar-duai, saya dan suami berpindah ke sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih. Rumah tu asalnya arwah abah (bapa mertua saya) tinggal semasa dia masih berniaga pasar di kawasan sekitar Semenyih.

Selepas abah tidak lagi tinggal di situ (berpindah ke tempat yang kami tak tahu), kami pun pindah masuk dengan yakinnya bahawa rumah itu rumah abah. Siap pinjam lori kilang suami bekerja dulu bawa barang pindah masuk. Siap cakap dengan jiran yang bertanya, itu rumah abah kami. 

Dokumen-dokumen abah masih ada di situ masa kami pindah masuk. Bersepahnya, tak tahu nak cakap. Abah tinggalkan macam tu je? Pelan tanah felda abah pun ada selain dokumen penting lain. Saya rasa pelik tapi saya simpan dan kemaskan saja dokumen tu semua.

Ibu saya turut datang membantu kami kemaskan rumah tu. Bau najis tikus kuat. Di belakang rumah, betul-betul hutan. Agak menyeramkan dan saya tak pernah buka pintu belakang tu. 

Keadaan rumah tu memang teruk sangat. Tapi dek kerana mahu berdikari, kami tahankan diri tinggal di situ. Masa tu saya belum habis belajar lagi. Masih ada 2 semester. Jadi, saya jarang berada di rumah. Jika tiada kelas, saya akan mengikut suami ke tempat kerja dan ikut dia menghantar barangan ke kedai-kedai yang diarahkan bosnya. Orang baru bernikah, melekat je la kan...? 

Setelah beberapa bulan, kami pindah semula ke rumah ibu mertua saya kerana tak tahan dengan serangan tikus yang semakin hari semakin ganas. Habis wayar dan tikar digigitnya sebab tak dapat ambil makanan kami.

Setelah 3 tahun usia perkahwinan kami, baru kami tahu rumah itu hanya rumah sewa abah.  Itupun abah yang beritahu selepas abah datang mencari kami setelah terkena serangan strok.
Mujurlah kami tak duduk lama di situ. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak jawab kalau tuan rumah tu datang. 

Gambar keadaan dalam rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA