SEDIKIT PERINGATAN DARI ALLAH MELALUI HAMBANYA

"Sayang, tolong iron seluar abang ni." Suami hulurkan seluar slack berwarna biru gelap, saya sambut dengan senyuman dan mengambil seluar tersebut.

Di bilik, saya sediakan meja untuk menyeterika. Pasang plug dan mula menyeterika. Suami yang mengekori dari belakang mengambil tempat duduk di hadapan saya.

"Semalam masa abang hantar pegawai mesyuarat di Bukit Fraser, dalam perjalanan balik, pegawai tu berborak dengan abang. Katanya, nasib baik abang pergi dengan dia. Kalau sorang-sorang, dia tak boleh."

"Kenapa pula?"

"Dia ada depression. Masalah mental. Dia tak boleh tinggal sorang. Kena ada teman. Pegawai tu pangkat tinggi juga. Gred U48."

"Abang borak apa dengan dia?"

"Dia cakap lepas dia kena sakit ni barulah dia sedar yang harta dunia ni tak bawa ke mana. Yang penting dalam hidup ni cuma Allah je. Jadi kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dah ada; anak, isteri, kereta dan sebagainya."

Saya senyum.

Semoga engkau didekati lebih ramai kawan yang mengingatkan kamu tentang Allah dan dijauhkan daripada kawan-kawan yang merosakkan dan memberi banyak alasan termasuk mempergunakan sunnah Nabi s.a.w untuk memuaskan nafsu sendiri, bisik hati kecil saya.

Seluar yang telah siap diseterika saya berikan kepada suami bersama senyuman. Perbualan telah tamat. Indahnya pagi-pagi mendengar perkara baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN