KISAH MATA: PENGAJARAN PALING MAHAL DARI ALLAH S.W.T

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak kongsi mengenai mata. Saya baca di laman Facebook tadi mengenai cerita adik Adlina Hanim yang hampir kehilangan matanya akibat penggunaan contact lens. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit mengenai mata saya juga.



Gambar perkongsian adik Adlina Hanim di Instagram. Sumber: Facebook


Beberapa bulan lepas saya pernah memuatnaik status Facebook mengenai keinginan saya untuk bersara dari dunia atas talian kerana mata saya sudah mulai diselaputi katarak. Saya sedar ada katarak pada mata apabila saya memeriksa sendiri keadaan mata saya di cermin dan melihat ada sedikit selaput berwarna putih di bahagian atas mata hitam saya. Ia sedikit tebal dan menyakitkan. Saya sukar untuk melihat dan setiap kali mata saya bergerak, samada mengerdip atau mengerling, ia terasa sangat sakit.

Sebelum timbulnya katarak pada bahagian mata saya kira-kira 1 tahun 6 bulan yang lalu, saya mengalami masalah gatal-gatal pada mata selama tempoh itu. Ia berlaku 2 atau 3 kali dalam sehari dan ini berlaku setiap hari. Bayangkan, setiap hari kira-kira selama 1 tahun.

Pada 2 minggu pertama, saya mengambil keputusan untuk memeriksa mata. Saya disahkan menghadapi masalah sinus (resdung) oleh doktor perubatan alternatif homeopati. Masa tu saya tidak tahu sinus dan resdung itu adalah perkara yang sama. Saya diam sahaja selepas doktor beritahu ini adalah masalah sinus. Sangka saya selsema. Dalam hati rasa pelik juga sebab tak faham apa kena-mengena masalah selsema sedangkan yang gatal, mata saya. Doktor berikan ubat homeopati dan saya cuba habiskan mengikut urutan yang disarankan. Masuk 3 hari, saya tak mampu bertahan dengan kesan ketara ubat homeopati itu yang menyebabkan mata saya bertambah gatal, hidung selsema teruk, batuk dan sakit tekak. Saya berhenti memakannya.

Setelah 6 bulan, saya rujuk ke hospital berdekatan rumah. Doktor hanya memberikan ubat titis mata, gel mata dan chlorphenoraine (tahan gatal). Ia langsung tidak membantu malahan mata saya akan bertambah kabur setiap kali memakai gel mata yang disarankan penggunaannya pada setiap malam sebelum tidur. Apabila bangun pagi saya terpaksa mengorek kerak-kerak di sekeliling mata untuk membuka mata saya. Saya hentikan juga penggunaan ubat hospital selepas beberapa hari.

Saya akan menonyoh mata saya setiap kali gatal-gatal menyerang dan tidak boleh didekati ketika itu kerana saya akan mengamuk apabila kelam-kabut melayan permintaan anak sambil menggaru mata.

Selama beberapa bulan saya begitu. Saya buntu dan stress. Hubungan kekeluargaan menjadi tegang, baik dengan anak-anak mahupun suami. Kerja-kerja rumah banyak tergendala kerana masalah kesihatan saya juga turut merosot. Saya jadi tidak bertenaga, pemarah, cepat letih dan sedikit murung. Ditambah lagi ketika itu saya juga turut disahkan hamil anak ketiga. Hubungan saya dan suami jadi bertambah tegang kerana saya kelesuan dan menjadi penat yang amat sangat. Hampir saja kami berpisah. Astaghfirullahal'azhim. (T.T)

Dalam masa yang sama, saya rupanya telah dijangkiti denggi berdarah. Saya tidak sedar kerana saya tidak lagi pedulikan diri saya mahupun anak-anak kerana telah tinggal berasingan dengan suami setelah bertengkar besar dengannya di rumah mertua. Ibubapa dan keluarga saya sahajalah yang cuba memahami saya ketika itu setelah saya dihantar pulang ke rumah ibubapa.

Syukurlah saat saya dalam kebingungan dan kesakitan itu, saya desak dan paksa diri saya kekal jaga hubungan dengan Allah. Saya jaga solat, saya baca al-Quran, saya mengadu pada Allah, menangis pada Allah dan saya solat tahajjud setiap malam. Saya sangat tertekan ketika itu. Syaitan juga cuba menghasut saya untuk melakukan pelbagai perkara terkutuk termasuk bunuh diri.

Ibu, ayah, ibu mertua dan adik perempuan saya adalah pendorong saya yang paling kuat menyokong saat itu. Tidak hentinya mereka melayan kerenah kakaknya yang hampir tidak siuman dek kerana ujian yang bertimpa-timpa. Walau saya cuba pujuk diri dan hati saya, Allah kan ada, Allah kan ada, pada masa sama saya masih tewas kadang-kadang dengan bisikan-bisikan syaitan.

Allah tetap ada. Sentiasa di samping saya. Saya sedar tetapi kadang alat kawalan diri tetap terlepas dalam kecelaruan hidup. Mujur Allah mengirimkan semula alat kawalan diri itu kembali setiap kali ia terlepas. Mungkin kerana saya masih tetap sujud dan menyembahNya, Allah akhirnya buka jalan setelah hampir sebulan tidak tinggal bersama suami.

Kejadian saya dijangkiti denggi berdarah yang hampir merenggut nyawa saya saat hamil 4 bulan itu menjadi penyebab suami kembali ke pangkuan saya. Mata saya yang bermasalah masih terus bermasalah. Setelah 8 hari di wad termasuk wad ICU, saya akhirnya dibenarkan pulang. Ibu saya mengizinkan saya bersama suami tinggal di salah satu rumahnya yang diduduki adik lelaki saya yang masih bujang (ibu saya membeli 3 buah rumah).

Suami mengemas dan menyusun atur bilik tidur sebaiknya. Dia berusaha merawat dan menjaga saya yang masih menggigil lemah akibat denggi. Hati saya sangat bersyukur. Kami berdamai dan berusaha mengembalikan kerukunan rumahtangga yang hampir setahun hilang. Syukur alhamdulillah.

Setelah pulih dari denggi, mata saya masih tetap bermasalah. Suami bawa saya ke klinik homeopati semula dan mengambil ubat baru. Setelah menghabiskan ubat kira-kira hampir sebulan, mata saya masih tidak menunjukkan reaksi yang baik. Masih gatal dan ia semakin bertambah teruk kerana setiap kali gatal dan saya tonyoh, saya akan turut mengalami selsema. Saya usaha pula mencari tahu mengenai resdung melalui saluran internet. Saya baca dan kaji.

Suatu hari, adik saya menyarankan penggunaan sejenis cairan jenama Himax5. Ibu saya juga turut menyokong. Saya cuba juga. Setitis di dalam hidung pada pertama kali penggunaan sudah cukup membuat saya berguling-guling di atas katil. Pedih sangat. Hidung saya membengkak. Ia memang kesan penggunaan yang telah dinyatakan. Setelah mengeluarkan lendir-lendir dari hidung, saya tidak gunakan lagi cecair tersebut dengan cara tersebut. Serik. Saya beralih cara melalui bancuhan bersama air mineral. Selepas sebulan, saya dapati sudah kurang gatal-gatal mata dan hidung. Lebih baik lagi, ia turut menghilangkan masalah buasir. Saya teruskan penggunaannya.

Produk jenama Himax5. Gabungan air zamzam dan concentrated mineral drop serta beberapa bahan lain.

Sambil itu, saya cari juga ubat yang lebih berkesan di internet. Saya jumpa sebuah tempat merawat resdung di kawasan Ampang. Ia adalah sebuah rumah kondominium. Saya sudah lupa nama tempat tersebut. Pemiliknya bernama Suria. Dia adalah seorang surirumah yang menjalankan perniagaan berdaftar melalui perkhidmatan rawatan resdung dan turut menjual produk-produk berkaitan rawatan resdung. Selain itu beliau turut menawarkan khidmat berbekam dan urutan seperti di spa menggunakan peralatan khas.

Saya mengambil pakej rawatan resdung sekaligus mendapat tawaran ear-candling dan sebuku sabun rawatan resdung secara percuma. Bermula dengan rawatan ear-candling yang bertujuan mengeluarkan sebarang bendasing di dalam telinga saya. Ear-candling ini hanya dijalankan sekiranya saya tiada gejala seperti sakit kepala atau migrain. Selepas melakukan ear-candling kira-kira 10 minit, saya diberi sebotol air mineral sejuk (peti sejuk) sementara Puan Suria menyediakan alatan rawatan resdung. Selepas 10 minit, saya diarahkan duduk di sebuah meja yang tersedia satu bekas besar (seperti tupperware baulu), segelas air sejuk (peti sejuk), sekotak tisu dan sebotol kecil cecair berwarna jernih.

Saya diminta minum air sejuk dahulu bagi menggantikan cecair dalam badan semasa rawatan resdung dijalankan. Berdebar juga saya. Puan Suria mengarahkan saya mendongak kepala untuk menitiskan cecair jernih tersebut ke dalam hidung saya menggunakan picagari kira-kira 10ml di setiap lubang hidung. Sakitnya hampir sama seperti saya menitiskan Himax5 ke dalam hidung beberapa bulan sebelum itu. Meronta juga saya sambil menghentak kaki ke lantai berulang-kali. Airmata berjuraian berserta rasa gatal yang teramat sangat di dalam saluran hidung, tekak, telinga dan kulit kepala. Puan Suria segera mengurangkan kesakitan saya dengan mengurut bahagian bahu, kepala dan tengkuk saya sambil mengarahkan saya tundukkan kepala di dalam bekas yang disediakan dan menghembus semua hingus dan kahak keluar. Seksa betul rasa. Suami memerhatikan saya sambil mendukung Aleef yang ketika itu baru berusia sekitar 2 bulan.

Selepas rasa sakit, gatal dan lendir-lendir hampir habis keluar, saya disuruh berehat sebentar. Entah berapa banyak tisu yang saya tarik semasa rawatan tadi. Kata Puan Suria, dari keadaan warna lendir yang keluar tadi, saya masih di peringkat awal resdung kerana warna lendir yang keluar adalah jernih. Saya kemudian diminta minum air sejuk lagi yang dititiskan dengan 3 hingga 4 titik cecair tersebut. Rasanya agak payau dan seperti rasa air zamzam sedikit.

Sambil berbual Puan Suria menyediakan pula alatan untuk rawatan mata saya yang mengalami masalah katarak. Kali ini cecair tadi dititis ke dalam mata saya pula. Setitik di setiap mata. Pedih dan sakit. Kemudian Puan Suria segera meletakkan tisu muka (kapas yang digunakan untuk membersihkan kesan solekan) di setiap mata saya. Tisu tersebut telah dibasahkan terlebih dahulu. Selepas meletak tisu tersebut, dia memakaikan saya cermin mata pengurut (eye-massager) dan seterusnya menghidupkan cermin mata tersebut. Mata saya rasa seperti dicucuk beribu jarum akupunktur. Tajam-tajam terutama di bahagian yang mempunyai katarak. Saya bertahan. Selepas 15 minit sesi rawatan mata, saya membuka cermin mata tersebut dan mengelap mata yang basah. Ternyata penglihatan saya terasa sangat segar dan jelas. Syukur terasa di hati.

Puan Suria mula memperkenalkan saya dengan produk yang digunakannya untuk merawat mata dan masalah resdung saya. Cecair tersebut dipanggil CMD singkatan daripada concentrated mineral drop. Semasa rawatan, bahan ini dicampur bersama air minuman daripada jenama Anugerah bagi mengurangkan kepekatannya supaya saya tidak terkejut dengan kesakitan rawatan tersebut. Puan Suria menyarankan saya mengambilnya secara konsisten untuk kesembuhan segera. Oleh kerana bajet yang kami peruntukkan tidak mencukupi, saya hanya mengambil set percubaan berupa sebotol ubat titik mata, sebotol kecil air Anugerah dan membeli sebuah cermin mata pengurut tersebut. Saya dicadangkan menggunakan cermin mata tersebut setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk kesan terbaik.

Ucapan khas kepada saya kerana memilih rawatan resdung bersamanya dan produk yang saya beli untuk rawatan lanjut di rumah.
Air Mineral jenama Anugerah
Concentrated Mineral Drop (CMD)


Selama seminggu saya ikut saranan Puan Suria. Mata saya terasa semakin pulih. Gatal-gatal mata mahupun hidung semakin berkurangan. Pagi-pagi saya akan terbatuk-batuk mengeluarkan kahak-kahak yang banyak. Alhamdulillah. Saya mula culas mengikuti saranan Puan Suria dan hanya merawat mata saya setiap kali rasa gatal bertandang. Tidak konsisten. Sambil itu saya meneruskan penggunaan Himax5 sebagai minuman harian saya. CMD saya gunakan hanya untuk rawatan mata. Selepas 3 bulan, saya periksa mata saya. Syukur alhamdulillah. Tiada lagi masalah katarak. Ia hilang sama sekali. Subhanallah. Allah memberikan semula nikmat penglihatan kepada saya.

Stress saya sudah mengendur. Diganti rasa syukur dan gembira kerana tidak jadi buta. Alhamdulillah. Allah mendengar teknik BAD saya semasa mengambil rawatan daripada  Puan Suria. Selepas lebih kurang 4 bulan, mata saya kekal tiada katarak. Tinggal rasa gatal-gatal yang masih ada kadang-kadang. Produk yang digunakan juga sudah habis. Bimbang ia kembali menyerang, saya mencari produk yang lebih berkesan di internet.

4 minggu yang lalu, dinding Facebook saya tersiar iklan rawatan resdung melalui pengambilan pil. Saya biarkan iklan tersebut sehingga seminggu 'lalu-lalang' di dinding Facebook. Saya teringin tahu kerana masalah gatal-gatal pada mata mula kembali menyerang. Saya bimbang. Saya baca semua komen dan bukti pelanggan yang pernah menggunakan produk tersebut. Semuanya positif. Saya mahu cuba juga sebelum mata saya mula buat perangai lagi. Suami memperuntukkan jumlahnya dan pembelian produk ini memang sangat berbaloi. Hari ini saya tempah dan bayar, esok tengahari ia sudah sampai.

Hari pertama penggunaan dengan menelan 2 biji pil sebelum tidur atau selepas makan malam. Siangnya saya sudah dapat merasa kesannya. Kulit saya terasa sedikit berminyak pada bahagian hidung dan mata saya tidak gatal langsung. Hari kedua, kulit di bahagian hidung masih terasa berminyak. Mata saya gatal sekali sahaja dan apabila saya tonyoh, tiada kesan kerak airmata atau tahi mata pada mata saya. Mata saya rasa seperti tiada apa-apa jangkitan. Kini sudah hampir 2 minggu saya menelan pil tersebut. Tiada langsung rasa gatal mahupun selsema. Kulit muka saya juga turut berubah. Tidak lagi kusam dan kasar. Masalah white head yang terdapat pada kulit wajah turut berkurangan dan lebih mudah dibersihkan. Sangat melegakan dan memuaskan hati. Akhirnya saya jumpa produk rawatan resdung yang sesuai. Bahan yang digunakan di dalam pil ini juga dihasilkan dari haiwan iaitu ikan haruan. Diluluskan kementerian kesihatan dan GMP. Dengan ini berakhirlah kisah duka saya dek kerana resdung. Saya sarankan penggunaan produk ini kepada mereka yang mengalami masalah resdung terutama yang menyebabkan jangkitan pada mata. Sangat berbaloi dan harganya juga mampu milik. Alhamdulillah. Jika anda mahu, boleh miliki dan cuba juga produk ini iaitu Bella Formula Sinus Cure.

Bella Formula Sinus Cure. Produk rawatan resdung terkini yang saya amalkan. Kesan yang amat ketara merawat.

Terima kasih kepada Allah yang memberi pengajaran kepada saya melalui masalah mata ini. Terima kasih juga kepada suami yang mengeluarkan belanja untuk rawatan mata ini. Tidak akan lupa juga bantuan dan saranan dari ibu dan adik-adik saya semasa tempoh sakit ini. Sungguh Allah memberikan rezeki yang luas kepada saya biar ia tidak berupa wang ringgit. Akhir kata, jagalah penglihatan kita yang dikurniakan Allah sebaik-baiknya. Elakkan melihat perkara mungkar dan gunakanlah untuk meraih pahala walau hanya dengan memandang al-Quran. Semua yang ada pada kita adalah hak mutlak Allah.

*********

Jika anda juga turut mengalami masalah sama dan ingin memiliki produk-produk di atas boleh cari di blog niaga saya iaitu ZZA BlogShop. Terima kasih sudi membaca hingga habis. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN