RUTIN UTAMA SELEPAS MAGHRIB

Ini buku yang saya beli di sebuah kedai buku di Pasaraya Tesco Semenyih beberapa bulan lalu. Hajat di hati mahu mengajar anak-anak al-Quran dan sunnah sekaligus turut sama belajar. Kebetulan pula ibu mertua tertarik untuk membacanya. Jadi, saya pinjamkan buku ini kepadanya dengan berat hati. Berat hati sebab saya juga teringin membacanya sambil mengajarkan pada anak-anak.

Ahad lalu saya tanyakan kepada ibu mertua samada dia masih gunakan atau tidak buku ini. Alhamdulillah. Katanya, tidak lagi. Saya pun bawa pulang.

Hari ini baru dapat saya kongsikan dengan anda semua ilustrasi muka hadapannya. Rasanya jika saya buka kumpulan untuk sama-sama baca dan mengajar kepada anak-anak, ada tak yang mahu menyertai? Atau saya cipta satu e-book untuk belajar dan mengajar anak-anak secara santai? Atau cipta bahan cetak? Berangan sekejap. Haha

Dalam jadual rutin harian yang telah saya cetak semalam saya ada letakkan aktiviti selepas solat Maghrib ialah belajar al-Quran dan sunnah. Ia adalah sasaran saya untuk masa berkualiti bersama keluarga. Tambahan pula cuti sekolah sudah semakin hampir. Dah banyak kerugian kami di masa lalu. Cukup-cukuplah. Takut dengan pertanyaan Allah di alam barzakh nanti.

Kalau pembaca semua ada sebarang pendapat, mohon komen ya. Terima kasih singgah membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN