6 TIPS URUS MASA SURI GAYA ZZA

Dunia moden kini, walaupun isteri ada pembantu-pembantu elektronik yang memendekkan masa bekerja di rumah supaya isteri dapat meluangkan masa dengan anak-anak pula, ternyata ia tidak semudah yang disangka dan dimahukan.
Sebenarnya kita mahu tersusun setiap pergerakan mengikut rutin, seperti mana kita ada jadual untuk diikuti semasa sekolah dahulu mahupun ketika tinggal di asrama.
Sejujurnya, kita memang sangat memerlukan jadual rutin harian dan mesti ditampal di tempat yang sering kita melepak hingga leka dan terlepas waktu tertentu. Tidak perlu terlalu fikir hiasannya seperti pelekat dan sebagainya. Cukup dengan konsisten mengikut jadual. Jika mahu hias seperti kebanyakan WAHM di negara Barat juga boleh. Sekadar menyedapkan mata memandang.
Ramai isteri dan suri yang mengeluh kerana tidak dapat fokus sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil sekitar usia baru lahir hingga 4 tahun. Hatta ingin menulis atau menaip blog juga terencat kerana si kecil mahukan perhatian penuh. Perkara ini adalah hakikat yang memang perlu diharungi.
Mungkin para isteri boleh mulakan tindakan melalui pengalaman saya pula. Tidaklah sempurna namun menjadi jika kita konsisten. Ikuti tips ini satu per satu.
#1 BUAT SENARAI RUTIN
Ambil pen dan kertas, catatkan perkara yang setiap hari memang anda lakukan tanpa gagal. Ini membantu anda melihat di mana sebenarnya waktu terluang anda untuk melakukan aktiviti yang tidak diganggu oleh anak kecil.
Contoh:
6:00 AM - Solat Subuh
10:00 AM - Memasak makanan tengahari
1:30 PM - Solat Zuhur
#2 BUAT SENARAI TO-DO ANDA MENGIKUT KEUTAMAAN
Selepas senarai rutin, buat senarai perkara yang anda ingin selesaikan mengikut keutamaan.
Contoh:
Susun fail komputer.
Cetak bahan homeschool.
Bayar bil secara online.
#3 GABUNGKAN SENARAI
Gabungkan kedua-dua senarai rutin dan senarai to-do anda. Di celah-celah waktu rutin harian anda berjalan, pasti ada waktu terluang untuk anda guna bagi menyelesaikan to-do anda.
Contoh:
Sebelum atau selepas solat Subuh, anda mungkin ada masa terluang sekitar 30 minit hingga 2 jam sebelum kesemua anak bangun tidur. Itulah masanya untuk menyelitkan aktiviti seperti mencetak bahan homeschool dan membayar bil secara online. Aktiviti menyusun fail komputer pula boleh diluangkan ketika anak tidur tengahari (nap) dan disambung pada malam hari atau hari berikutnya hingga siap.
#4 CETAK, TULIS, HIAS DAN TAMPAL
Senarai rutin harian anda mesti ditulis atau dicetak dan ditampal di tempat-tempat yang mudah anda lihat.
Contoh:
Di tepi televisyen - kerana televisyen sering membuat kita melengahkan sesuatu perkara.
Di dalam bilik tidur - supaya ketika bangun tidur (termasuk selepas nap), kita sudah set otak untuk mengikut jadual ditetapkan.
Di meja makan - sambil makan, sambil set otak untuk aktiviti seterusnya.
Di dapur - supaya lebih efisien dan cekap menyediakan menu memandangkan masa telah ditetapkan.
#5 KONSISTEN
Usahakan untuk mengikut apa yang telah anda jadualkan. Walau masa yang dicatat sedikit "lari bajet", tak mengapa. Teruskan dengan aktiviti yang telah ditentukan. Ini sangat membantu jika anda kekal konsisten.
#6 ELAK STRESS
Jika anak kecil meragam dan banyak mahukan perhatian sehingga tidak dapat mengikut jadual ditetapkan dan kerja-kerja rutin, tarik nafas dan duduk sebentar. Ya. Kita mahu semuanya mengikut perancangan jadual tetapi ada masanya kita tidak dapat mengelak dari anak kecil meragam sepanjang hari. Cuba luahkan stress anda pada suami atau tulis di dalam diari anda. Berkomunikasi dengan orang dipercayai juga boleh mengurangkan tekanan. Jika pasangan tidak faham atau tidak mahu faham, tulis di dalam diari. Menulis adalah terapi. Tidak mahu orang tahu apa anda tulis, tukar kepada lukisan. Lukis bersama anak kecil anda. Anak gembira, anda juga lega. Malah ia membantu anak belajar sesuatu.
*********
Inilah tips saya setakat ini yang saya amalkan. Saya tidak tahu rutin harian anda, siapa yang membantu anda dengan pengurusan anak-anak anda, adakah anak anda tinggal bersama anda atau tidak dan sebagainya. Jadi andalah yang perlu mula bertindak membuat jadual anda. SEKARANG!
Jika bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan lain ye. Terima kasih sudi membaca. Semoga kita semua berhasil menguruskan rumahtangga dengan tabah dan sabar.
*********
Jika anda mahu gambaran lebih baik, saya cadangkan anda membaca e-book keluaran Akademi Bekerja Di Rumah bertajuk Super WAHM, Super Mom. Belajar urus masa, urus tenaga dan urus rumahtangga. Penulis adalah pengasas akademi, iaitu Puan Masayu Ahmad. Boleh dapatkan melalui saya atau blog niaga saya, ZZA Blogshop.

Sumber foto: PicsArt (edit sendiri)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN