PENDAFTARAN KELAS PENULISAN KREATIF OLEH ABDR DIBUKA

Jumaat yang kelabu kerana jerebu. Kita masih perlu bersyukur diberi nafas dan peluang memohon ampun pada-Nya atas setiap kesalahan dilakukan setiap hari dan jam.

Hari ini saya luarbiasa bertenaga. Mungkin kerana Bella Formula Sinus Cure tersebut. Semakin hari semakin bertenaga. Alhamdulillah. Selalunya saya tiada banyak tenaga seperti ini. Saya boleh mengemas dan menyusun atur SOHO saya sepenuhnya. Seorang diri. Ini memang sesuatu yang luarbiasa bagi saya. Selain tugasan rutin, saya boleh melakukan banyak kerja lain lagi. Suami yang pulang sebentar tengahari tadi juga turut tergamam.

Alhamdulillah sekali lagi kerana hari ini anak-anak juga begitu aktif. Terutama sebelum tidur tadi. Mungkin kerana saya masak bubur chacha pisang tadi terlalu manis. Ketiga-tiga hero bergasak di tempat tidur. Lepas 2 jam baru tidur. Itupun selepas saya mula rasa keadaan terlalu bising. Alunan surah al-Baqarah sepenuhnya akhirnya menidurkan mereka. Lena.

Jenguk-jenguk laman Facebook tadi. Akademi telah mula membuka kelas penulisan kreatif di bawah seliaan dan tunjuk ajar novelis dari akademi juga. Siapa mahu jadi novelis bolehlah daftar dengan saya. Mula sekarang dengan cerpen. Siapa tahu esok lusa menjadi novel. Rezeki manusia tiada terjangka.

Selamat malam semua. Semoga esok juga hari yang baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN