DULU DAN KINI: PEMBANTU ISTERI
Mungkin kita pernah baca tentang isteri zaman nabi dulu yang ada pembantu/khadam. Hari ini saya berfikir sekejap bezanya pembantu untuk isteri zaman dulu dengan isteri zaman sekarang.
Zaman dulu tidak wujud peralatan rumah seperti mesin basuh, seterika, vakum, periuk nasi elektrik, air paip terus ke rumah dan sebagainya. Jadi, pembantu isteri adalah dari kalangan kaum keluarga atau orang gaji untuk membantu samada mengambil air di sungai, mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya.
Zaman sekarang, peralatan rumah adalah pembantu utama para isteri. Masa isteri juga menjadi lebih banyak terluang untuk anak-anak dengan adanya pembantu-pembantu elektrik ini.
Apa saya nak sampaikan adalah sebenarnya kita sudah ada pembantu di rumah untuk meringankan kerja-kerja urusan rumahtangga. Sebenarnya yang perlu kita fokus adalah pengurusan masa untuk menjadualkan tugasan harian. Gagal urus masa, serabutlah jadinya. Jadi, kita sediakan pembantu-pembantu diperlukan dan tentukan masa kita supaya kerja kita lebih tersusun.
Jadi, perasankah para isteri kita sudah punya pembantu? Cuba kita duduk dan lihat persekitaran. Jom kita baca senarai pembantu-pembantu isteri bekerja di rumah ini.
#1 MESIN BASUH
- Isteri dulu basuh di tepi perigi atau sungai. Bawa baju ke tempat basuhan. Lepas basuh, bawa balik ke rumah pula untuk dijemur. Setiap hari.
- Isteri sekarang kumpul baju dalam bakul. Basuh baju dengan mesin. Picit, picit, tinggal. 45 minit siap. Jemur. Maksima jumlah basuh baju seminggu sekali.

#2 VAKUM
- Isteri dulu sapu karpet atau tikar guna penyapu lidi. Terbongkok-bongkok menyapu kalau penyapu lidi tu pendek. Kadang sampai sakit pinggang. Maklumlah, besar sangat karpetnya. 10 kaki x 10 kaki.
- Isteri sekarang kalau rasa tak sempat sapu atau susah guna penyapu, guna vakum je. 5 minit siap. Boleh juga guna vakum untuk sedut habuk satu rumah. Kipas, celah-celah perabot, sofa dan sebagainua. Cucuk, tekan, sedut. Paling lama 1 jam dah tiada habuk di rumah.

#3 PERIUK NASI ELEKTRIK & DAPUR GAS
- Isteri dulu kena tanak nasi atas dapur arang. Terleka sikit, nasi pun jadi arang. Masak lauk pun begitu.
- Isteri sekarang masak nasi guna periuk elektrik. Tekan, tekan, tinggal. 20 minit siap. Masak lauk pula, petik saja dapur gas. Tak perlu kipas arang nak kawal api.

#4 SETERIKA
- Isteri dulu guna seterika arang. Jenuh meniup atau mengipas arang. Kalau tiada seterika tu atau susah sangat, letak sajalah baju tu bawah bantal atau tilam, asalkan dapat luruskan.
- Isteri sekarang guna seterika elektrik. Cucuk, petik, laras kepanasan. 5 minit siap.

#5 AIR PAIP
- Isteri dulu, kalau tiada keluarga, suami atau anak-anak membantu mengambil air di sungai atau perigi, jenuhlah mengangkut sendiri. Nak mudah, tadah air hujan simpan di dalam tong.
- Isteri sekarang guna air paip. Pusing, pusing, keluar air. Semua urusan membasuh atau memasak cepat siap.

#6 CEREK
- Isteri dulu pakai cerek bersiul. Kalau tiada, guna periuk. Silap haribulan, periuk hitam, air kering, dek kerana leka menguruskan kerja lain.
- Isteri sekarang guna saja penapis air yang dijual di pasaran. Pilih saja jenama apa; Elken atau Coway. Mahal atau murah. Nak yang siap ada air panas juga ada. Tekan, tadah, minum.

#7 LAMPU
- Dulu nak melihat di waktu malam, kena pasang pelita. Paling tidak pun lilin. Gores mancis, cucuh. Tersilap letak, anak buat main, terbakar rumah.
- Sekarang semuanya mudah. Petik, petik, dah terang.

#8 PENGISAR MAKANAN
- Isteri dulu mahu hancurkan herba atau rempah masakan, guna cara giling atau tumbuk dengan lesung. Salah skil, masuk dalam mata, guling-guling pedih.
- Isteri sekarang guna pengisar elektrik. Tekan, tekan, 2 minit siap, campak dalam kuali. Lesung dan giling guna juga tapi untuk menu tertentu sahaja.

#9 PENYEMBUR NYAMUK
- Dulu nak tidur tiap-tiap hari kena pasang kelambu. Pasang ubat nyamuk "lingkaran terkunci". Esok pagi semput pasal bau ubat nyamuk tu.
- Sekarang, sembur saja aerosol jenama apa dimahukan setiap waktu asar. Biar 10 minit. Lena tidur.

#10 MOP
- Isteri dulu jenuh mengelap lantai dengan kain. Perah, perah, lap. Terbongkok-bongkok. Tercangkung-cangkung.
- Isteri sekarang guna mop. Baldi tu siap dengan penutup yang ada tempat memerah mop. Tak perlu guna tangan.

Inilah antara 10 peralatan rumah yang wajib ada setiap rumah. Tinggal urus masa sahaja untuk kekal terurus rumahtangga. Syukur ada semua pembantu elektrik ni. Tiada pembantu rumah atau orang gaji pun tak mengapa.
Ulasan
Catat Ulasan