DIALOG MEKAH BERSAMA MUHAMMAD AIMAN

Image result for MEKAH
Sumber foto: Google
Melihat gambar Kaabah dikelilingi manusia-manusia terpilih.

Aiman dan Akif menyelit di kiri kanan ikut melihat.

Mama: Cantik kan?

Aiman: Cantik. Aiman nak pergilah.

Mama: Pergilah...

Aiman: Jauh tak, ma? Camane nak gi sana, ma?

Mama: Jauh... kena naik kapal terbang.

Aiman: Aiman nak naik kapal terbang.

Akif: Naik kapal terbang, jatuh nanti camane?

Mama: Akif, kalau naik kapal terbang, nak pergi sana, kalau jatuh, mati, dapat masuk syurga.

Aiman: Kalau tak mati?

Mama: Kalau tak mati, masuk hospital...  Hehehe

*********

Suatu hari nanti, saya akan rindukan bual bicara bersama anak-anak kecil ini. Terima kasih Allah atas kurnia Mu ini. Tanpa mereka, saya pasti masih leka dalam dunia yang penuh maksiat.

Astaghfirullahal azim.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA