RUSH HOUR

Tengah sedap buat design yang banyak, tiba-tiba pula mouse buat hal. Ha!!! Berkejar aku ke Tesco Kajang nak mencari mouse. Apa tak berkejarnya? Dah jam 9 lebih. Kedai dah nak tutup!

Masuk Tesco, naik escalator, ternampak pula kedai Mr. DIY belum tutup. Syukur sangat. Cepat-cepat beli 1 mouse comel. Balik rumah terus sambung kerja design khat dan design dari kawan-kawan lain. Terpaksa siapkan cepat sebab aku memang suka buat kerja siap cepat. Hehehe

Inilah si tikus robot comel yang menyelamatkan job designku.

Terima kasih sangat dengan suami yang sanggup bawa isteri dia ni cepat-cepat ke Tesco. Dah mula faham dah dia tugasan isterinya ni sebagai freelance graphic designer. Alhamdulillah. Ia satu nikmat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

AKU JUAL MASA