KODAI ON9 ZZA


Alhamdulillah. Terima kasih Allah s.w.t kerana masih mampu bernafas dan meneruskan perjuangan hidup ini.

Dua tiga hari ini saya agak sibuk cuba menyiapkan kedai online saya. Ilmu yang telah diberi di dalam akademi ini saya gunakan sehabis boleh.

Kedai online ini saya baru letak "banner" dan sedikit ucapan dedikasi sahaja. Semua saya rekacipta sendiri. Dari gambar "banner" hinggalah gambar ikon produk untuk album laman mukabuku.

Saya juga sudah masukkan tab halaman bagi mengasingkan setiap jenis produk. Tapi masih belum saya terbitkan lagi kerana gambar produk dan penerangan produk belum sempat diletakkan. Apalagi testimoni.

Saya juga sudah letakkan "banner" di laman mukabuku dan buka album untuk setiap jenis produk supaya tidak serabut untuk mencari nanti. Banyak lagi perlu dilengkapkan.

Mujurlah bekerja di rumah ini tiada majikan. Semuanya hasil titik peluh tangan dan idea sendiri. Produk pun sudah sedia ada bersama testimoninya. Tinggal lagi membuka jualan dan promosi.

Cabarannya adalah perebutan kuasa untuk menggunakan komputer riba dan telefon pintar dengan anak-anak. Aleef yang baru 7 bulan juga sudah pandai merebut komputer riba.

Semoga usaha ini membuahkan hasil hingga berjaya. Semoga Allah s.w.t Ya Baari' mengatur kejayaan saya hingga akhir hayat. Amiin. Ya robbal 'alamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN