AURAT: KEKELIRUAN UMMAH. ADAT VS HUKUM.

Teks: Ziadah Zainal Abidin
Sumber foto: Ustaz Norudin Drahman

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Di hari Juma'at yang berkah ini, Allah mengilhamkan saya untuk mengupas sedikit isu aurat hasil perbincangan di dalam kumpulan Whatsapp "Dah Baca Quran Belum" kelolaan Ustaz Norudin Draman. Lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan 6 hari lagi, pasakkanlah ingatan ini supaya pahala berpuasa Ramadhan kita tidak hangus pada Syawal nanti.

Umum sudah tahu apa itu aurat. Jadi saya tidak akan menerangkannya di sini. Cukup kita tahu aurat wanita itu adalah seluruh anggota badannya kecuali tangan dan muka. Manakala aurat lelaki adalah bermula dari pusat hingga lutut.

Setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, selalunya menjadi kebiasaan kita berkumpul di rumah ibubapa. Kekurangan ilmu dalam soal aurat dan kebiasaan yang sudah lama diamalkan atas nama "hormat" orang tua memaksa kekeliruan aurat ini terus-menerus terjadi. Tanpa sedar juga, pahala-pahala yang dituai hangus bersama dosa-dosa pendedahan aurat ini.

Pengalaman saya semasa tinggal beberapa tahun bersama ibu mertua, ayah mertua (tiri) dan adik-adik ipar (1 lelaki dan 1 perempuan) menyebabkan saya juga terjebak dalam kekeliruan aurat ini. Astaghfirullahal'azhim.

Allah menegur saya secara halus dengan mengilhamkan saya melalui batas pergaulan yang ditunjukkan saudara-mara sebelah ibu kandung saya. Saya tidak pernah melihat ibu saya, sepupu-sepupu saya di sebelah ibu saya, membuka aurat mereka (walaupun membuka tudung kerana panas) ketika berkumpul bersama keluarga. Malahan jika saya pulang ke kampung sebelah ayah saya pula, saya tidak pernah melihat ibu saya membuka auratnya di hadapan adik-beradik ayah saya. Sekalipun tidak pernah.

Betapa saya telah membutakan mata hati saya selama ini setelah masuk ke dalam keluarga baru. Astaghfirullahal'azhim.

Di sini saya kongsikan gambar yang diberi oleh seorang ustaz yang terhasil dari perbincangan mengenai aurat serta batas pergaulan sesama keluarga. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN