AKTIVITI BOSAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari saya cuti menulis blog. Hanya mengintai-intai laman bukumuka sahaja. Kesihatan kami sekeluarga yang di tahap rendah mengganggu fokus untuk menulis.

Hari ini masih juga tidak sihat. Saya lebih banyak membeli-belah e-book di Google Play Store. Borong mana yang menarik. Perlu berhati-hati juga kerana terdapat e-book yang boleh memesongkan akidah dijual dengan harga RM0.00. Jika dibaca tajuknya, memanglah menarik. Tetapi setelah diteliti, kandungannya mampu membuat kita murtad. Na'uzubillahiminzalik.

Anak-anak bujang terpaksa melayan diri. Tengok kartun di televisyen atau di komputer riba atau bermain permainan yang ada. Saya hanya menyuapkan makan minum dan memandikan mereka. Lain-lain aktiviti, mereka layan diri. Masing-masing sudah faham dan pandai bawa diri jika mama tidak sihat.

Petang tadi, ibu mertua menelefon. Katanya mahu dibawa berjalan-jalan sekitar sini jika kami ada perancangan keluar rumah esok. Bosan menghadap rumah, katanya. Saya utarakan hal ini pada suami dahulu kerana kami sudah merancang untuk menyelenggara rumah pada hari suami saya bercuti. Jadual yang saya susun sebelum ini sedikit sebanyak ada membantu tetapi perlukan juga kerjasama anggota keluarga. Jika seorang diri memang takkan siap selagi anak-anak masih kecil dan memegang jawatan bayi.

Ramadhan yang akan tiba juga mendorong kami untuk segera menyusun atur rumah ini supaya apabila Syawal hampir menjelma, kami tidak perlu berperang "Sabil' dengan anak-anak sambil menyusun atur dan membersihkan habuk-habuk yang sudah setahun berkumpul menunggu Ramadhan dan Syawal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN