TEKNIK MAK DIDIK ANAK HAFAL QURAN

Assalamu'alaikum kepada pembaca.

Saya ingin kongsi 1 teknik untuk mendidik anak membaca al-Quran. Teknik ini sangat baik. Langkah demi langkah. Satu per satu. Teknik ini hasil salah seorang rakan niaga akademi bekerja di rumah iaitu seorang ustaz muda. Teknik ini diberi melalui ebook dan percuma. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita mendidik anak-anak.

Di bawah ini salah satu ulasan pengamal Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran.

********************
Alhamdulillah ustaz...saya sudah baca. Kagum dan tersentuh hati kecil saya.

Saya akan panjangkan usaha ustaz kepada insan lain dan semoga ia menjadi batu pemberat dalam timbangan ustaz di sana nanti. InsyaAllah.

Pada saya teknik 'subconscious mind' ini popular barat. Memang ternyata berkesan dalam mengaktifkan minda bawah sedar anak dalam pelajaran, malah pada pembentukkan tingkah laku, moral dan disiplin diri.

Malah untuk anak dewasa sekali pun, kita mungkin boleh mencadangkan pendekatan mainkan tape recorder semasa anak remaja mahu tidur. Mainkan dan minda bawah sedar akan melalukan kerja hafazan.

Ustaz terfikir untuk kembangkan kaedah ini di rumah anak tahfiz? Untuk saya sendiri juga sangat bagus kerana saya masih berusaha menghafal surah al-mulk tetapi masih kelabu asap.

MAK...saya suka acronym ini. A...aktifkan bacaan anak boleh dibuat secara santai sahaja pada anak kecil seperti ustaz sarankan di dalam kereta, sebelum makan, semasa buat kerja rumah bersama dan di mana sahaja.

Kekalkan boleh dibuat bersama selepas waktu solat magrib. Saya sarankan waktu magrib dan isyak jangan dipenuhi dengan aktiviti lain selain mengaji, hafazan dan tazkirah. Ini adalah masa emas pada saya dan anak-anak.

Alhamdulillah, saya akan mencuba pendekatan ini dengan anak perempuan. Selama ini dia hanya membaca surah lazim setiap kali lepas solat magrib.

Syukran, moga tuhan membalas usaha ustaz dan saya minta izin untuk berkongsi naskah mulia ini bersama rakan dan taulan.

Amiin.
********************

Ini pula pautan untuk pembaca dapatkan teknik ini. Kongsikan untuk manfaat semua.

Teknik M.A.K. untuk
Didik Anak Hafal Quran

Download ebook:
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram)
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'
www.norudindraman.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN