3 CARA BERBISNES DENGAN MODAL SKALA SEMUT UNTUK USAHAWAN BARU

Teks: Ziadah Zainal Abidin

Foto: Freelancer

Sumber: Majalah Niaga


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Saya adalah antara pelanggan setia Majalah Niaga. Banyak nasihat niaga yang diberi percuma. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi salah satu artikel majalah tersebut mengenai perniagaan dengan modal sekecil semut. Ciri-cirinya memang amat menepati ciri-ciri akademi bekerja di rumah. Silakan baca dan kongsi jika ia bermanfaat untuk anda dan kawan-kawan.

↖(^▽^)↗

Ramai bercita-cita bergelar usahawan, namun tidak semua menjadi realiti. Modal antara sebab cita-cita itu
terbantut. Tanpa modal yang besar, wajarkah cita-cita perniagaan berkubur begitu sahaja? Jawapannya tentu tidak.

Malangnya, terdapat ramai usahawan gagal menilai keperluan modal yang sebenar untuk perniagaan. Semuanya
berlaku kerana pandangan mereka yang konvensional dan kurang kreatif. Antara modal dan rupa perniagaan, mana
yang harus ditentukan dahulu?

Tidak guna membayangkan perniagaan yang besar dan gah tapi tidak sepadan dengan modal yang ada.

Maka sebaiknya ialah tentukan modal terlebih dahulu. Dalam kata mudah, fikir, rancang dan bertindak mengikut
kemampuan yang ada. Artikel ini mengulas tiga bentuk perniagaan modal ciput untuk membantu anda mula berniaga tanpa perlu berhutang besar demi modal.

PERNIAGAAN TANPA STOK
Sebahagian besar kegunaan modal
ialah untuk mendapatkan stok. Jika
anda boleh berniaga tanpa stok, ber-
makna modal yang diperlukan dapat di-
minimakan. Apa yang boleh diniagakan?
Perniagaan perkhidmatan adalah salah
satu daripadanya.

Nilai diri sendiri, kenali kemahiran,
bakat, kepakaran atau kelebihan yang
ada yang boleh dijadikan perniagaan.
Jika anda berbakat dalam fotografi, anda
boleh pertimbangkan perkhidmatan
fotografi bergerak.

Jika anda berkemahiran membaiki
peralatan elektrik, anda boleh menawar-
kan perkhidmatan itu. Setiap kelebihan
yang anda miliki berpotensi menjadi
sumber perniagaan yang menguntung-
kan.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai
kemahiran, bakat atau kepakaran? Anda
masih boleh berniaga runcit dengan me-
minimakan kos untuk stok. Pertimbang-
kan perniagaan yang memberikan anda
konsignmen iaitu ambil stok dahulu dan
bayar kemudian selepas stok terjual.

PERNIAGAAN TANPA PREMIS
Kos sewaan premis ada kalanya sangat
besar terutamanya untuk lokasi strate-
gik. Selain sewa, premis fizikal memer-
lukan kos ubahsuai, penyelenggaraan,
pelesenan, dan pengawasan. Tidak
semua perniagaan memerlukan premis
fizikal, malah premis perniagaan pada
hari ini tidak lagi semestinya dalam
bentuk bangunan.

Alam maya di internet menawarkan
definisi baharu untuk premis perni-
agaan. Anda hanya perlu membangunk-
an laman sendiri untuk mempamerkan
semua barangniaga atau perkhidmatan
anda. Pintunya dibuka 24 jam dan
premis itu boleh dikunjungi oleh sesiapa
sahaja dari seluruh dunia.

PERNIAGAAN TANPA PEKERJA
Tambah kemahiran diri agar anda dapat
menjalankan banyak tugas tanpa ber-
gantung kepada ramai pekerja. Jika
membayar imbuhan kepada pekerja,
tetapkan ganjaran berasaskan output
dan bukannya satu gaji tetap. Misalnya
pekerja jualan di bayar berdasarkan
komisyen jualan.

Jika pekerja mahukan pendapa-
tan lebih tinggi dari gaji asas, maka
mereka perlu bekerja lebih keras. Mere-
ka bukan sahaja mendapat pendapatan
lebih tinggi, perniagaan turut mendapat
untung yang lebih tinggi. Sebelum
melantik pekerja, nilaikan juga adakah
kerja itu bersifat rutin.

Jika kerja itu tidak bersifat rutin,
tidak perlu melantik pekerja sebaliknya
gunakan sahaja khidmat pihak luar.
Sebagai contoh, tidak semua kontrak-
tor pembinaan perlu melantik juruukur
bahan dan pelukis pelan. Dalam banyak
hal, khidmat pihak ketiga lebih ekonomik
dan berkesan. Bukan sahaja pekerja
boleh dikurangkan, malah masa pekerja
dapat ditumpukan pada kerja yang lebih
produktif.

(*¯︶¯*)

Dah habis baca? 3 bentuk perniagaan yang diterangkan di atas memang terdapat di dalam akademi ini.

Dah bersedia untuk ikut serta akademi ini? Hubungi saya di talian tertera. Atau boleh saja melalui Facebook saya.

Siapa saya? Saya pengurus online dalam akademi ini atau dipanggil juga rakan niaga di dalam akademi ini. Nak jadi macam saya? Boleh juga. Hubungi saya ye.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN