USAHA FOKUS BLOG TERGANGGU

Assalamu'alaikum.

Lama rasanya tidak menaip di blog. Maklumlah, kesibukan melayan kerenah Aleef yang sudah berusia 7 bulan dan Akif yang berusia 3 tahun, mengekang waktu untuk saya peruntukkan dengan blog dan kedai atas talian yang sedang disiapkan. Apalagi jika Aleef merengek-rengek tidak selesa kerana rumah yang berhawa sauna.

Dulu, masa saya kecil sekitar usia 9 tahun, rumah ini tidak panas kerana di tepi rumah ada hutan dan di hadapan kawasan perumahan ada sebuah bukit. Setelah lebih kurang 10 tahun saya berpindah keluar dari rumah ini, hutan dan bukit yang menjadi penyejuk udara telah habis ditarah dan dijadikan perumahan golongan berada.

Berbalik kepada cerita blog tadi, saya masih usaha juga buat dan dapatkan masa untuk siapkan walaupun 1 minit. Pandai-pandailah pujuk hati yang teringin sangat lari laju-laju supaya dapat buka kedai cepat. Kadang rasa cemburu tengok dan baca blog rakan pelajar lain  yang masih baru sudah dapat perhatian. Apakan daya. Situasi tidak mengizinkan saya tumpu pada blog dan kedai.

Anak-anak dan suami menjadi keutamaan. Sayang sekali kalau saya korbankan perhatian untuk mereka kerana anak-anak membesar hanya sekali. Kalau abaikan suami pula, takut Allah s.w.t murka, habislah saya.

Sampai sini dulu. Sebentar lagi nak bersahur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN