SAKIT 3 SERANGKAI : DEMAM, SELSEMA & BATUK

Teks: Ziadah Zainal Abidin

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.

Alhamdulillah masih boleh bernafas walau diiringi batuk dan selsema yang menyesakkan dada. Rasa seperti sudah lama tidak menaip di sini. Mahu tidak mahu, mestilah saya maafkan diri sendiri yang tidak dapat istiqomah (konsisten) menaip di sini dek kerana nikmat kesihatan sedang diambil Allah s.w.t. sedikit. Alhamdulillah. Bukankah sakit itu penghapus dosa?

Ingin saya ceritakan di sini hari pertama sakit kelmarin, saya tidak mampu bangun melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Suami juga tiada untuk membantu. Namun, benarlah apa dikatakan, seorang ibu itu mampu memberikan kehidupan pada anak-anaknya walau sesakit mana pun. Tidak sampai hati melihat anak-anak kelaparan, saya usahakan bangun untuk memasak. Usai memasak seringkas dan secepat mungkin, saya hidangkan agar anak-anak dapat makan sendiri. Saya pula terus baring berehat dan lelapkan mata.

Sehingga malam saya masih berbaring. Sakit. Saya hanya bangun untuk ambil wudhu' dan tunaikan solat. Allah Maha Baik mengilhamkan saya untuk meringankan kesakitan dengan surah Yasin. Saya buka komputer riba dan mainkan surah tersebut. Habis di komputer riba, saya mainkan pula di telefon pintar. Tenang. Sehingga tidur.

Di waktu pagi saya bangun, alhamdulillah. Sakit yang memberat semalam sudah terasa ringan dan beransur pulih. Alhamdulillah. Sehingga kini, sakit yang masih bersisa adalah batuk dan selsema.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN