PERCETAKAN - SEBUAH PERJALANAN LAGI

Salam'alaik semua. Hari ni saya nak cerita tentang perniagaan saya, Legasi Cetak yang saya kata nak tutup tapi sebenarnya tak tutup-tutup.

Sebab apa tau? Sebab syarat terkini SSM, semua nama dalam lesen perniagaan tersebut wajib hadir bersama untuk urusan penamatan perniagaan dan pertukaran pemilik. Walaupun masing-masing dah cap jari, tetap semua kena hadir. Mungkin kerana pernah ada masalah penipuan sebelum ni.

Oleh kerana gagal menamatkan perniagaan dan menukar pemilik, saya terpaksa juga memperbaharui lesen SSM. Terbanglah RM70.60 untuk lesen niaga tersebut. Bertabah sajalah.

Baru-baru ni, kecoh hal mengenai BR1M yang ramai tak dapat sebab ada nama di SSM. Ya. Saya tak terkecuali. Walaupun agak kecewa kerana memang saya tiada wang kerana gagal mengurus Legasi Cetak dengan baik, saya redha wang bantuan rakyat tersebut bukan rezeki saya.

Namun sejak kebelakangan ini, saya mula ketiadaan jualan walau 1 pelanggan pun dari pejabat utama perniagaan percetakan saya di Put3 Sweet Gallery (HQ Kad Runtuh). Bos-bos mula mengancam mengeluarkan agen-agen yang tiada jualan. HQ juga sudah ditutup. Hanya tinggal kedai percetakan Utusan Sehari (juga milik bos yang sama). Seorang agen sudah menarik diri. Seorang pereka grafik turut menarik diri. Semuanya jadi serabut.

Saya bukan tiada pelanggan. Tetapi pelanggan hanya bertanya dan kemudian senyap. Saya tak mungkin memaksa pelanggan membeli kerana orang muda (baru nak kahwin - target pelanggan) ni selalunya kurang sabar. Lagi pula, bukan cara saya memaksa pelanggan atau mengejar pelanggan.

OK. Nak dijadikan cerita...

Kebetulan saya masuk ke sebuah kelas online percuma, Kelas Newbie Meroket yang dianjurkan seorang rakan Facebook saya. Zulaikha Ramlan yang baru bangkit dari kejatuhan. Saya belajar banyak perkara dalam kelas tersebut dan saya turut mendaftar untuk Kelas Newbie Meroket Batch ke-2 yang nilainya RM30 sahaja.

Dalam masa kelas Batch Ke-2 menunggu masa dimulakan, saya sempat menggodek emel-emel di dalam emel Legasi Cetak. Saya fikir saya patut cuba bangunkan namanya semula. Walaupun bersendirian. Saya minta salah seorang adik lelaki saya merekacipta logo baru Legasi Cetak.

Saya hubungi semula pembekal utama saya dan kali ini mereka minta saya mengisi borang dan memberikan mereka salinan SSM dan kad perniagaan saya. Cop perniagaan juga digunakan. Orang yangg menguruskan pendaftaran menerangkan mereka akan memberikan maklumat melalui emel. Lega hati saya mendengarnya.

Biarlah saya cuba berulangkali pun, saya tetap akan usaha hingga berjaya. Tarikh matang perniagaan saya belum tiba. Belum masa untuk mengalah kerana saya sudah validasi perniagaan ini. Saya belajar mengenainya. Saya tahu saya boleh buat dengan cara yang betul. Hanya fokus, usaha, doa dan konsisten saya perlukan. Insya-Allah sikit masa lagi saya pasti akan berjaya.

Saya sudah siapkan VMO (visi, misi dan objektif) yang Tuan Basit ajarkan semasa di Seminar My Document tahun lalu. Saya hanya perlu team yang  boleh bantu saya dan saya sudah jumpa melalui rakan saya, Zulaikha Ramlan dan mentornya.

SAYA PASTI BERJAYA!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN